Tips Menjadi Pasangan Sweet Tahap Diabetes Mellitus

admin Avatar

Sekarang ni banyak drama di TV yang menayangkan pasangan yang nampaknya sangatlah sweeeet, orang kata kalau tengok tu boleh jadi diabetes. Betul ke benda-benda tu cuma ada dalam drama je? Yang kat luar ni, jauh panggang dari api.

Sebenarnya kan.. boleh, boleh sangat nak jadi pasangan yang sweet-sweet di alam realiti ni. Baru kahwin ke, dah 20 tahun pun boleh.

Haaa.. macamana tu nak jadi pasangan sweet tahap diabetes?

ZUL ARIFFIN

1. Solat jemaah bersama-sama

Eh kalau dah jemaah tu haruslah bersama. Kalau tak pernah buat, masa ni la nak start. Yang isteri boleh aturkan sejadah siap2 dan ajak suami solat bersama. Yang suami, bagi arahan je la kot ek?

2. Rancang masa depan bersama-sama

Walaupun masing-masing ada cita-cita masing-masing, tapi selalu lah berbincang sama-sama tentang impian masing-masing. Bila kita tahu impian pasangan kita, kita pun boleh memberi sokongan kalaupun ia berbeza dengan impian kita.

3. Dedikasikan satu masa untuk berdua

Lumrah bila dah ada anak, orang perempuan biasanya kerja nak berkepit dengan anak je. Lagi-lagi dapat anak jenis yang merap. Tapi jangan lupa, baik suami atau isteri, salah satu atau kedua-dua sekali, ada sejenis perangai nak jadi baby kepada pasangannya selalu. Dedikasikan satu masa untuk dating berdua. Kalau pasangan bekerja tu mungkin boleh lajak makan malam bersama-sama, shopping ke tengok movie ke. Lagi best kalau dapat bercuti berdua, sehari dua cukuplah. Memanglah tak sampai hati tinggal anak, tapi ini pun untuk kebahagiaan berpanjangan juga.

isteri zul ariffin

4. Saling mendoakan

Suami doakan isteri, isteri doakan suami. Kalau ada masalah, jangan dok cerita kat orang. Doa dulu, ngadu kat Allah. Minta Allah lembutkan hati pasangan. Doa yang ikhlas, insya-Allah… ada jawapannya.

5. Fahami bahasa cinta

Tak semua orang reti cakap “I love you” setiap hari. Dan mungkin suami/isteri kita tu adalah dari spesis ini. Dia mungkin tak pernah cakap “I love you” “Sayang” atau sebarang kata-kata manis mendatangkan diabetes,tapi cuba renung-renung… macamana dia jaga keluarga, macamana dia lindungi diri dan keluarga…

zul ariffin ayda jebat

6. Gurau senda membawa bahagia

Kalau dapat pasangan yang suka mengusik, jangan suruh dia berhenti mengusik. Usik-usik tu buat dia rasa happy dan seronok. Kalau kita tak bagi, nanti dia usik orang lain pulak, tak ke haru tu?

7. Jaga rahsia suami isteri

Nak sweet ke seaweed ke, simpan antara korang berdua sudahlah. Dunia internet media sosial ni memang nak kita kongsi semua benda. Itulah cabarannya… Ada benda boleh kongsi, ada benda lebih baik jangan kongsi, ada benda jangan kongsi langsung. Terutama yang melibatkan aib pasangan. Benda yang patut diperbetulkan, selesaikan sama-sama. Kalau tak boleh juga, cari orang yang layak untuk bantu. Benda yang manis-manis kongsi berdua saja lagi bagus kok, nanti ramai pulak yang diabetes.

zul ariffin anak

8. Bercinta kerana Allah

Sebut senang, tulis senang… dan buatlah betul-betul. Cintailah pasangan kerana Allah, bukan kerana handsome atau cantik, bukan kerana duit dia, bukan kerana bijak dia,… semua benda tu tak kekal. Cintailah dia kerana agama yang ada pada dia. Kalau dia setia pada Tuhannya, insya-Allah, dia pun reti nak setia pada kita. Kalau dengan Tuhan pun dia ingat-ingat lupa….ingat dia tak boleh buat benda tu pada kita? Naudzubillahi min zalik.

Pape pun, yang sweet-sweet itu hanya untuk pasangan suami isteri yang ada ikatan yang sah. Yang ‘suami-isteri’ belum ada ikatan sah tu… sahkan dulu, baru lah sweet. Sebelum sah, macamana rasa ‘manis’ pun tak cukup sweet tu. Gula tiruan tu boleh mendatangkan penyakit!

P/S : Selamat Pengantin Baru kepada my fren, Irma yang baru bermadoh ni 🙂

Tagged in :

admin Avatar

5 responses to “Tips Menjadi Pasangan Sweet Tahap Diabetes Mellitus”

  1. Mummy Dina Avatar

    Setuju..confirm suweet je

  2. 3lalat Avatar

    salam aidilfitri ;p

  3. emalinmohd Avatar

    Haah…sahkan dulu baru suweet tahap dewa gitu…

  4. Sal Avatar

    menyampah i…hahaha…

    tapi ur tips tu lebih praktikal..
    berpijaklaah di bumi nyata…
    kata nak bahagia higga ke Jannah.
    so kenalah melabur ke arah itu…

  5. Baby Magella Avatar
    Baby Magella

    Saya suka ini….Suami isteri Kene la sweet kan….Xkan masa bertunang je nak sweet… Mohon share ye.. Thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge