Ada 3 orang sahabat – Ali, Mali dan Kali.
Satu hari 3 sahabat ni bersama-sama dalam satu ekspedisi ke Gunung Kinabalu. Sebelum tiba mereka bertiga berbual-bual tentang Gunung Kinabalu. Masing-masing tak sabar nak panjat dan menawan puncak gunung tersebut.
Sebelum pendakian, Ali berlatih dengan mendaki anak tangga di Batu Caves naik-turun lima pusingan dalam masa sejam dan memanjat Bukit Broga & Gunung Nuang. Kali pula berjogging di taman dekat rumahnya kerana dia kata tak sempat nak ikut Ali berlatih. Mali pula, cuma menonton rancangan SpongeBob Squarepants episod panjat gunung bersama Patrick.. katanya, ambil feel... Bukan susah pun setakat Gunung Kinabalu.
Bila tiba di kaki gunung, tiba-tiba Mali diserang perasaan gubra lalu berkata “Aku rasa, kamu berdua pergi dulu lah, aku belum bersedia nak memanjat”.
Maka, Ali dan Kali mula mendaki.
Sampai di Laban Rata, Ali dan Kali mula teruja untuk menyaksikan matahari terbit dari puncak Gunung Kinabalu.
Jam 2 pagi esoknya Ali mengejutkan Kali, namun Kali berkata dia terlalu penat dan hendak berehat di situ saja.
Maka Ali meneruskan pendakiannya ke puncak.
Maka, Ali telah mendapat reward dengan pengalaman seperti di atas.
Bila beliau upload gambar-gambar di FaceBook… dan tag kawan-kawannya.
Maka Mali pun komen “Best la ko, dapat tengok view sunrise dari summit… aku ni telan liur jela..”
Kali pula komen “Kalau la aku ikut ko training, mesti aku tak penat2 dan boleh sampai situ gak :(“
Masalahnya, salah siapa???