Siapa suka minum kopi?
Saya adalah antara penggemar kopi. Pernah satu masa, saya mesti minum kopi sekurang-kurangnya 2 cawan sehari. Macam-macam jenis kopi saya cuba. Paling seronok kalau ke kedai makan bernama ‘Chawan’ dan ‘Uncle K’, sebab ada macam-macam jenis kopi kat situ.
Namun, sekiranya ada penggemar kopi yang nak ke luar negara, (atau pun mungkin di kafe-kafe antarabangsa di dalam negara pun…) sedikit panduan agar tuan dan puan berhati-hati jangan sampai tersalah minum!
Di negara kita, kopi pelbagai jenis dan cap, Kopi Kapal Api, Kopi Cap Tupai, Kopi Kemaman, Kopi Hang Tuah, Kopiko… semua tu jenis-jenis dan brand. Tapi awas bila tengok dalam menu ada kopi-kopi ini (terutama di luar negara):
>>> Irish Coffee
>>> Italian Coffee
>>> Coffee Amaro
>>> Flaming Spanish Coffee
>>> French Connection Coffee
>>> Cappucino Cascade
>>> Cafe Barbados
>>> Roman Rasta Coffee
>>> Cafe Royal
>>> Cafe Carribean
>>> Sultan Special Coffee
>>> Skye Coffee
>>> Calypso Coffee
>>> Kaffe ask
Senarai di atas adalah ‘liqueur coffee’ atau ‘cocktail coffee’ yakni kopi yang dicampur dengan arak-arak tertentu.
Cocktail coffee ni biasanya ada krim kat atas dia.
So, kalau ke tempat yang kita tak biasa, order kopi biasa-biasa je ya, tak payah teruja nak try kopi-kopi lain, mungkin kopi tu adalah liquor coffee.
Paling senang, bawa je kopi dari rumah sendiri 😀
Leave a Reply