Mata adalah pancaindera anugerah Allah untuk kita melihat. Kalau tak ada mata, kita buta. Mata yang tak dijaga dengan elok boleh jadi rosak, seperti rabun.
Saya sendiri sejak darjah 2 sudah memakai cermin mata. Hinggalah pada tahun 2012, saya menjalani prosedur LASIK untuk mengembalikan pengelihatan saya. Baca entry ini untuk pengalaman LASIK saya bersama Profesor Muhaya.
Pancaindera, anggota kita ni ada satu ni je. Jadi kena jaga elok-elok.
Di bawah ini adalah tabiat yang perlu ditinggalkan agar mata kita sihat dan pengelihatan terang sentiasa.
1. Menonton movie di laptop
Sekarang ni trend kalau nak tengok movie, download dan tonton di skrin komputer. Sebenarnya tabiat ni sangat tak elok. Ia memberi bebanan kepada mata kita.
Bila kita tonton movie secara berterusan, mata kita kena hadap skrin tanpa henti. Dan ia menyebabkan kemerosotan pada mata….
*kalau kita memang kerja hadap komputer, gunakan teknik 20-20-20… setiap 20 minit, pandang sesuatu yang berjarak 20 kaki dari kita selama 20 saat.
2. Membaca dalam kenderaan bergerak
Ni tabiat saya juga ni. Bila boring dalam kereta atau apa saja kenderaan, apa lagi nak buat? Baca buku lah. Sebenarnuya ni tak elok. Bila kita membaca dalam kenderaan yang bergerak, mata kita struggle nak kena fokus dan adjust.
Kalau dalam kenderaan lebih baik berbual atau tengok pemandangan.
3. Menonton/membaca sambil baring
Elakkan menonton ke membaca ke, sambil baring seperti gambar di bawah ni.
Bila kita melakukannya dalam keadaan macam ni, mata kita struggle nak fokus dan membetulkan imej yang kita tengok tu.
4. Tak minum air yang mencukupi
Minum air yang mencukupi adalah sangat penting untuk kesihatan kita. Air yang cukup ni sangat penting untuk mata kita juga. Kalau tak cukup air, mata kita akan jadi kering dan mungkin boleh jadi sakit.
5. Makan ikut sedap rasa
Seperti juga air, jaga makan sangat-sangat penting untuk kesihatan. Makanlah makanan yang berkhasiat dan seimbang.
Hapuskan tabiat-tabiat ni, dan apa saja tabiat yang merosakkan mata. Jagalah amanah Allah ini kerana ia tiada galang gantinya.
Leave a Reply