Tinggalkan 5 Tabiat Ni Untuk Dapatkan Mata Yang Sihat

admin Avatar

Mata adalah pancaindera anugerah Allah untuk kita melihat. Kalau tak ada mata, kita buta. Mata yang tak dijaga dengan elok boleh jadi rosak, seperti rabun.

Saya sendiri sejak darjah 2 sudah memakai cermin mata. Hinggalah pada tahun 2012, saya menjalani prosedur LASIK untuk mengembalikan pengelihatan saya. Baca entry ini untuk pengalaman LASIK saya bersama Profesor Muhaya.

Pancaindera, anggota kita ni ada satu ni je. Jadi kena jaga elok-elok.

Di bawah ini adalah tabiat yang perlu ditinggalkan agar mata kita sihat dan pengelihatan terang sentiasa.

1. Menonton movie di laptop

Sekarang ni trend kalau nak tengok movie, download dan tonton di skrin komputer. Sebenarnya tabiat ni sangat tak elok. Ia memberi bebanan kepada mata kita.

Bila kita tonton movie secara berterusan, mata kita kena hadap skrin tanpa henti. Dan ia menyebabkan kemerosotan pada mata….

*kalau kita memang kerja hadap komputer, gunakan teknik 20-20-20… setiap 20 minit, pandang sesuatu yang berjarak 20 kaki dari kita selama 20 saat.

2. Membaca dalam kenderaan bergerak

Ni tabiat saya juga ni. Bila boring dalam kereta atau apa saja kenderaan, apa lagi nak buat? Baca buku lah. Sebenarnuya ni tak elok. Bila kita membaca dalam kenderaan yang bergerak, mata kita struggle nak kena fokus dan adjust.

Kalau dalam kenderaan lebih baik berbual atau tengok pemandangan.

3. Menonton/membaca sambil baring

Elakkan menonton ke membaca ke, sambil baring seperti gambar di bawah ni.

MAA YANG SIHAT

Bila kita melakukannya dalam keadaan macam ni, mata kita struggle nak fokus dan membetulkan imej yang kita tengok tu.

4. Tak minum air yang mencukupi

Minum air yang mencukupi adalah sangat penting untuk kesihatan kita. Air yang cukup ni sangat penting untuk mata kita juga. Kalau tak cukup air,  mata kita akan jadi kering dan mungkin boleh jadi sakit.

5. Makan ikut sedap rasa

Seperti juga air, jaga makan sangat-sangat penting untuk kesihatan. Makanlah makanan yang berkhasiat dan seimbang.

Hapuskan tabiat-tabiat ni, dan apa saja tabiat yang merosakkan mata. Jagalah amanah Allah ini kerana ia tiada galang gantinya.

Tagged in :

admin Avatar

6 responses to “Tinggalkan 5 Tabiat Ni Untuk Dapatkan Mata Yang Sihat”

  1. Akak Vitamin Avatar

    Aduh bab asyik tengok gajet tu memang susah nak tinggalkan. Haha

  2. Zfarina Avatar

    Baru tahu makanan pun boleh efek mate,,, kita memang silau teruk, , rabunnya tak, dulu kecik2 suka baca buku dalam gelap mak cakap

  3. myliferia Avatar

    Tips yang sangat membantu. Semua benda tu memang orang tak perasan pun selalu buat. Thanks for sharing 🙂

  4. Muliani Avatar

    Bnda yg paling sukar bila tk bleh main lappy dan sbgainyaa.. Hehe

  5. khairul Avatar
    khairul

    Assalam.. maaf bertanya.. bagaimana kualiti pandangan sekarang? Adakah sama seperti pkai spec?

  6. SihatAfiat Avatar

    Untuk tinggalkan terus gadjet seperti telefon , tablet dan laptop mungkin sukar. Tetapi mungkin kita boleh mencuba tetapan membaca , kurangkan kecerahan, selalu tengok benda hijau seperti pokok-pokok dan banyakkan makanan berkhasiat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge