Setakat ini saya pernah jejak 3 taman tema Disneyland- Hong Kong, Tokyo dan Paris. Alhamdulillah, taman-taman tema Disneyland ni boleh dikatakan ‘mesra Muslim’.
Di Hong Kong misalnya, dua restoran (Tahitian Terrace dan Explorer’s Club) yang mendapat pengesahan halal dari badan persijilan halal Hong Kong. Jadi tak perlu risau nak makan apa-apa di Disneyland Hong Kong. Carilah Adventure Land, restoran Tahitian Terrace terdapat di situ. Explorer’s Club pula di Mystique Point.
Disneyland Paris pula menyediakan makanan halal di Hakuna Matata, berdepan dengan Adventure Land. Landmarknya grand canyon. Tapi makanan halal di sini cuma Menu 3 saja iaitu kebab. Satu lagi restoran halal di Disneyland Paris adalah Agrabah Cafe yang menyediakan sajian Maghribi atau Morocco. Di Paris ni kami asyik makan makanan Morocco saja.
Untuk solat pula, surau memang tak ada, tapi tak perlu solat di bawah pokok atau tepi jalan… Kerana kita boleh pinjam satu bilik di City Hall. Cuma beritahu kaunter ‘Information’ yang kita nak guna bilik dia untuk sembahyang.. Memang tak ada masalah.
Di Disneyland Tokyo kami tak ada pengalaman makan dan solat di situ, sebab ke sana sekejap sangat. Lagipun tak bawa anak-anak; jadi cuma ulang-alik dari tempat penginapan bandar Tokyo ke Disneyland.
Leave a Reply