Sempena kedatangan bulan Ramadhan ni, mari kita semak balik amalan-amalan sunat untuk diamalkan sepanjang bulan yang mulia ni nanti.
Satu amalan sunat yang rasanya semua orang pun tak pernah tinggalkan amalan ni – berbuka puasa dengan kurma dan air masak.
Ia adalah amalan Rasulullah SAW yang disabdakan dalam hadis ini:-
“Jika seseorang daripada kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci.” (HR Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Buah kurma yang dimaksudkan dalam hadis di atas dalam rutob, yakni buah kurma masak yang lembut sebelum dijadikan kurma kering atau tamar. Rutob lembut dan manis, sedap dimakan dalam keadan sejuk.
Berbuka puasa dengan kurma banyak hikmahnya, selain dari pahala sunat, ia juga mengandungi protein, fiber, vitamin dan mineral serta gula ringkas yang mudah diserap oleh tubuh untuk tenaga segera. Masya-Allah, memang besar sungguh hikmah di sebalik amalan Rasulullah.
Sekiranya tiadak buah kurma, Rasulullah menyarankan kita berbuka dengan air kosong yang bersih lagi suci.
Semoga kita lebih bersedia untuk menyambut Ramadhan tahun ini dengan penuh harapan dan pengisian. Bukan mengisi perut dengan pelbagai makanan semasa berbuka hingga rasa berat untuk segera menunaikan solat, berterawih dan bertadarus.
Bulan puasa tahun ni, sampai panggilan untuk adik saya berpuasa di Tanah Suci. Menurut cerita mereka yang pernah berpuasa di sana (Mekah dan Madinah), pengalaman berbuka di Masjid Nabawi dan Masjidilharam adalah yang tidak dapat dilupakan.
Semoga kedatangan Ramadhan tahun ni memberi sinar baru walau di mana kita berada.
Leave a Reply