Seperti kebanyakan lapangan terbang di Eropah yang menyediakan tempat ibadat, Charles de Gaulle (CDG) Aeroport, Paris juga menyedia ruang ibadat yang sangat selesa.
Di Terminal 1 lapangan terbang ini, ruang ibadat terletak bersebelahan dengan tempat check-in Malaysia Airlines (MAS) di Hall 5 (tingkat bawah). Ia terletak bersebelahan tandas yang berdekatan Mc Donald’s.
Apa yang menarik tentang tempat ibadat di CDG ni, ia bukan multi-faiths room seperti di kebanyakan tempat, malah ia menyediakan 3 bilik berbeza untuk Muslim bersolat, Judaism dan Kristian. Tempat solat siap ada penghadang untuk memisahkan lelaki dan perempuan. Ia turut menyediakan tempat ambil wuduk.
Surau di CDG bersih, kemas dan selesa. Ia turut menyediakan kitab suci Al-Quran, kitab hadis dan buku2 lain. Arah kiblat juga jelas.
Jadi, sekiranya ada pembaca MySuperKids yang singgah atau turun dan naik di Paris CDG, tak perlu risau tentang solat, boleh solat di situ. Jika dari Hall 2, cari kafe Starbucks, turun tangga berpusing di sebelahnya, dan anda akan nampak kedai nama Relay di sebelah kanan dan Mc Donald’s di sebelah kiri. Berjalanlah di laluan di antara keduanya, dan akan mula nampak tandas di sebelah kanan, dan ‘Meditation Room’ di sebelah kiri. Tolak pintu dan jalan terus sampai hujung, di situlah surau yang berlambang bulan dan bintang pada pintunya.
Leave a Reply