Minggu lepas dengan gigih kami telah pulang ke kampung, selepas waktu pejabat. Alhamdulillah perjalanan yang lancar dan kami sampai di rumah jam 1 pagi. Budak2 dalam kereta tak senang duduk tapi tak apelah, macam la tak biasa kan 😀
Esoknya my Dad made a quick decision untuk buat kenduri kecil, solat hajat dan doa selamat. Mujurla my Nenek tukang masak, so takde masalah just call je cakap nak buat makan2. Pagi tu judak parents saya dan Abiy pegi cari barang kenduri. Dalam pukul 11 macam tu start kerja2 memasak untuk makan selepas solat Jumaat. Yummy2 menunya ayam goreng berlada, kari daging dan sambal kick.
Ragam orang dapur
Dik Fahry happy ramai melayan
My favorite beras siam. Beras cap Serindit!
HAPPY ANNIVERSARY MAK & AYAH.
Ini adalah suprise party yang kami rancangkan dengan Mokcik, Pok Teh, Mok Teh memandangkan 4 Jun tu adalah anniversary Mak & Ayah saya. Dah 29 tahun hidup bersama. Saya, Abiy & HAfiy keluar petang tu konon nak gi kedai, tapi sebenarnya beli kek. Kemudian simpan di rumah Mokcik. Mokcik pulak konon2 ajak semua orang datang dinner kat rumah dia, saja2 nak jamu kami. Hehe.
Macam biasa kalo ada party2 mengejut ni, sorang tukang off bekalan elektrik, sorang tukang jaga line. Pastu ramai2 bawa kek keluar nyanyi “Allah selamatkan kamu..”
Allah selamatkan Mak & Ayah
Sedap kek ni, laku betul, sekejap je licin…
Genap setahun 9 hari selepas tarikh 4 Jun 1981, saya pula lahir hehehe.
Leave a Reply