Puasa dan Menyusukan Anak : Tips Menyusukan Bayi di Bulan Puasa

admin Avatar

Bulan Ramadhan yang makin hampir menjadikan ramai ibu terutama yang menyusukan anak membuat persediaan untuk menghadapinya. Ini adalah tahun kedua saya berpuasa dalam keadaan menyusukan Danny.

Pengalaman manis tahun lepas, alhamdulillah mengerjakan puasa dan menyusui serentak. Pada masa itu saya menyusukan kedua-dua anak : Danny dan Fahry. Tahun ni hanya Danny seorang kerana Fahry dahpun bercerai susu ibu pada usia 3 tahun setengah.

Walaupun dah banyak kali melaluinya dan menulisnya, mengingatkan diri sendiri adalah sangat bagus kan ^^

Kali ni saya nak kongsi beberapa tips menyusukan anak di bulan puasa:

KETAHUI HAK IBU MENYUSU

Apakah hak ibu menyusu? Ya, hak untuk mendapat kelonggaran dalam mengerjakan ibadah puasa. Itulah keutamaan yang diberi oleh Islam terhadap penyusuan susu ibu. Ibu yang menyusukan bayi yang mendapati susunya kurang, atau risau susunya kurang dan tak cukup untuk bayinya, diberi kelonggaran untuk berbuka.

Tapi awas! Bukan suka2 nak buka puasa atas alasan ‘menyusukan anak’, ia hanya untuk ibu yang mengalami masalah di atas sahaja.

MAKAN MAKANAN SEIMBANG DAN TINGGI NUTRISI

Makanlah mengikut saranan, sewaktu berbuka dan makan malam, pastikan hidangan yang seimbang. Biasalah bulan Ramadhan di bazar-bazar Ramadan atau Baram dan pasar-pasar Ramadhan atau Param banyak menjual makanan yang jarang dipeolehi pada hari biasa. Terutama di tanah kelahiran saya, Kelantan, masa ini lah kuih-kuih manis seperti buah tanjung, jala mas, nekbat, tahi itik dan sebagainya boleh didapati dengan mudah.

Makan jangan ikut perasaan, pastikan ikut saranan piramid makanan


Jangan ikut piramid ni pula…


TIPS BERSAHUR

Bersahurlah dengan makanan yang rendah GI tapi tinggi GL, kerana seharian kita tidak mendapat bekalan kalori (yang penting dalam penyusuan). Namun jangan risau, kerana dalam keadaan berpuasa, tubuh kita akan menggunapakai lemak dan protein yang disimpan. Walaupun kita tidak mengambil kalori namun bekalan kalori akan diambil dari ‘tangki simpanan’ sendiri.

Bersahurlah dengan minuman yang mengandungi sodium seperti Performance Drink Shaklee, yang mengawal kehilangan air oleh tubuh dan menjaga keseimbangan elektrolit badan kita.


Minum air masak sebanyak-banyak semasa sahur sebenarnya lebih menggalakkan kehilangan air dari tubuh kerana air kosong mempunyai sifat diuretik yang sama dengan kopi.

DOA ORANG BERPUASA

Rasulullah bersabda tentang doa yang mustajab:

Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya.
[HR At-Tirmizi]

Jadi gunalah kesempatan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia untuk berdoa sebanyak-banyaknya pada Allah. Mengadulah, pohonlah agar dipermudahkan perjalanan, secara spesifiknya, urusan menyusukan anak hingga cukup tempohnya.

Kini kita dah dalam bulan Syaaban, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN kepada semua pembaca My Super Kids.

Sekiranya anda ingin bertanya lebih lanjut tentang Pakej Puasa : Mighty 3 Gems, boleh hubungi saya : sauberlina(@)gmail.com ^^

—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).

Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.

||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Puasa dan Menyusukan Anak : Tips Menyusukan Bayi di Bulan Puasa”

  1. Ramzi Avatar

    Bener juga ni bulan ramadhan sebentar lagi ya, mulai sekarang para ibu2 harus mempersiapkannya ni terutama bagi ibu menyusui wajib baca postingan ini
    nice share..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge