Post FESS – Follow Up Minggu 1

admin Avatar

Selepas seminggu pembedahan FESS dilakukan, saya menemui Dr Yeo lagi untuk follow-up. Tujuannya nak membersihkan blood clot dan apa2 yang boleh mendatangkan masalah di kemudian hari.

Bila tiba giliran saya, nurse memasukkan sesuatu ke dalam lubang hidung, berupa spray bagi menjadikan hidung terasa kebas. Kebas tu supaya rasa kurang sakit bila dimasukkan tiub bagi menyuluh ke dalam saluran sinus.

Dalam 10 minit lepas tu, baru doktor panggil masuk ke dalam biliknya. Minta duduk di kerusi, dongak sikit dan mulalah sesi menyuluh ke dalam lubang hidungku. Rasa tak selesa tapi takdelah rasa sakit. Kengerian bermula bila Dr Yeo mula mengeluarkan sejenis alat serupa gunting dan dimasukkannya ke dalam hidungku.. T___T

Sakit sangat bila dia keluarkan clot yang terkumpul kat dalam sana. Bayangkan kalau kita ada luka yang berkuping, tarik kuping tu.. ada la sebesar jari telunjuk.. Boleh bayang kepedihannya… terasa berdenyut sampai ke otak.

Darah mengalir2 semula 😀

resdung

Selepas prosedur, korek-tarik tu saya disuruh berehat selama 30 minit sebelum dibenarkan pulang.

Sakit dan pedih tu berterusan sampai ke malam.

Kali ni sakitnya memang tak boleh blah. Astaghfirullahalazim… sangat pedih berdenyut.. hehe semoga jadi penghapus dosa…

Jadi sekarang ni nak kena jaga jangan bagi jadi clot, nanti second follow up kena tarik lagi.. huwaaa

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Post FESS – Follow Up Minggu 1”

  1. salzahari Avatar
    salzahari

    eh…apsa masalahnya u ye? sejarahnya ni..? x ikut pulak tapi tahula u ada pergi surgery…

    pasal hidung2 ni, risau pulak sbb i pun ada mlsh ENT ni sebln lebih dah tp x pi consult lg dgn specialist (dah escape appointment :p)

  2. Ramzi Avatar

    Moga anda lekas sembuh sis, yang tawakal aj ya..

  3. Puteri Avatar

    Lyna,
    So now mcm mana u dah ok ke? Update la lagi follow up seterusnya.
    Hubby I jumpa dr yeo jugak. maybe nak kena buat jugak FESS ni.
    Seriau la dengar.
    Were you admitted lepas surgery? Berapa lama nak sembuh 100%?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge