Bila dah ada baby selepas 5 tahun tak ada baby… Semuanya macam repeat semula anak pertama… Barang2 baby pun semua dah bagi orang
Seperkara lagi adalah tentang hal-hal baby especially bab sakit demam… Saya ni jenis tradisional, classic mom bak kata Fasha Sandha, hahaha. Walaupun anak saya fully vaccinate, tapi saya tetap fo for natural. Ada yang nak kecam? Lantaklah eh.
Irene ni dia agak sensitif sikit bila dok dalam aircond. Selesema je la kerjanya. Kecualo aircond rumah sebab ada ionizer.
Lagi2 lah bila berkampung di hospital masa Fahry operate itu hari.. Kesian Irene selesema batuk full package!
Apa yang saya buat bila Irene mula selesema..
Mandi Lemon/Limau
Caranya hiris sebiji limau atau lemon dan masukkan dalam besen mandian dia. Syok berendam dengan air lemon tu.. Selesema dan batuk pun cepat hilang.
Garlic Oil
Kalau rajin saya bakar bawang putih, tumbuk sikit, taruk olive oil, dan sapu pada dada dan belakang dia.
Tapi ada cara lebih mudah, senang dan boleh buat di mana-mana pun. Saya beli garlic oil di farmasi, yang supplement dalam soft gel tu… Senang kita pecahkan je soft gel tu dan sapu ke dada dan belakang baby.
Lepas tu biasanya baby akan muntah. Jangan risau sebab tu dia muntahkan kahak2 sekali.
Insya-Allah baby kembali OK.
Irene pun dah kering dah hingus dia. Batuk pun dah takde. Alhamdulillah. Susukan dengan susu ibu, baby sihat dan kuat!
Leave a Reply