Setelah berada di Mekah selama 5 hari dan menggemukkan badan (semoga pahala juga gemuk!), kami menamatkan kembara umrah & ziarah Kota Mekah kami untuk meneruskan ibadah jaulah melihat kebesaran Allah ke Turki pula.
Di Mekah, alhamdulillah segalanya berjalan dengan sempurna, semoga ibadah umrah kami juga diterima oleh Allah dengan sempurna.
Berat hati nak meninggalkan Kota Mekah, kota yang penuh barakah, dinaungi malaikat, tidak disinggahi dajjal dan terdapat batu syurga di tanahnya. Bumi kelahiran Nabi Muhammad SAW yang tercinta. Bumi yang damai dan tenang dan penuh saspen.. Jeng jeng jeng ๐
Akhirnya kami pasrah jua kepada masa. Selepas check out, kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah untuk penerbangan ke Istanbul. Di Airport Jeddah kami check in dalam kumpulan, dan ini memang perkara yang menarik bagi jemaah umrah yang bawa banyak barang dan air zam-zam. Bagasi kami dikira dalam kumpulan dan tiada masalah excess baggage, yahoo! (Bagasi kami tak excess pun, travel light kan).
Penerbangan ke Istanbul mengambil masa 3 jam 45 minit lebih kurang, dengan Qatar Air. Dari atas plane saya nampak gunung ganang bersalji. Cantiknya subhanallah. Walaupun cuma dari atas ๐
Tiba di Istanbul, ada masalah dengan bagasi group kami. Maka lama menunggu untuk menyelesaikannya… Pukul 1 pagi baru sampai di Hotel Conrad Istanbul. Sangat penat dan tidur terus sebab esok kena bangun awal!
Istanbul hoลgeldiniz!
||| Email : sauberlina(@)gmail.com ||| Call/SMS : 012-2811136
~ Mencegah lebih baik dari mengubat. Bak Sabda Rasulullah, perut punca segala penyakit, jadi mari pastikan kita makan makanan yang baik2, halal dan tinggi khasiat ~
insya-Allah, biidznillah
Leave a Reply