Kami tiba di Hotel Oberoi pada waktu petang. Hotel ni memang sangat dekat dengan Masjid Nabawi, berapa langkah je dah sampai. Dan sangat dekat dengan pintu pagar serta pintu masuk jemaah wanita.
Tapi sayangnya saya terlepas beberapa waktu solat jemaah dan ziarah ke Makam Rasulullah.. itulah kisah yang saya nak ceritakan.
Gara-gara tertidur sepanjang perjalanan ke Doha, saya cuma dapat mengepam susu di airport Doha. Di tempat duduk-duduk sambil tunggu penerbangan seterusnya.
Akhirnya saya telah mengalami demam (demam susu) setibanya di Madinah. Kebetulan saya uzur syar’ie di samping uzur jasmani tadi. Dan kerana itu juga saya terlepas rombongan menziarahi Rasulullah.
Kata mutawwif yang membawa kami, demam/sakit di Kota Madinah, Allah ampunkan dosa2 selama 60 tahun. Apa pun, sakit itu pengampunan dosa, tanda kasih sayang Allah dan menjadi tetamu agung Allah.
Sebab tu orang sakit ni special. Dia jadi raja. Baring je tak bangun2 pun tak ada orang marah. Orang suapkan makanan. Mandi orang buatkan, berak orang cucikan.. Cuba kita yang sihat ni buat macam tu… Kalau tak kena sumpah seranah mungkin kena penyepak. Hehe, gurau je. Tapi memang sakit ni special kan.
“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” – [Asy-Syura:ayat 30]
Kami di Madinah 3 hari 2 malam. Di sini pelbagai benda yang ‘halus’ dinampakkan. Ya, menginap di Hotel Oberoi yang sekangkang kera dari Masjid Nabawi pun tak menjamin boleh ke masjid setiap waktu.
Pada malam kedua alhamdulillah saya dah sihat sepenuhnya, dan mengikuti rombongan ke Raudhah dan menziarahi Rasulullah serta 2 sahabat Baginda, Abu Bakar & Umar.
Raudhah ni adalah tempat istimewa dalam Masjid Nabawi. Digelari Taman Syurga di mana tempat menghimpun doa mustajab. Ia terletak antara mimbar Rasulullah dan makam Baginda. Tandanya ialah karpet di Raudhah berbeza dengan karpet biasa. Karpetnya hijau dan karpet masjid merah.
Saya tak bawa kamera ke dalam masjid.. Skema kan. Jadi tak ada lah gambar. Maka saya mencilok gambar dalam arkib Google. Boleh?
Gambar atas ini lah Raudhah. Yang macam pintu tu mimbar Rasulullah. Yang macam bumbung 3 segi ada tulisan khat dalam bulatan tu mihrab Baginda.
Bukan senang nak masuk Raudhah ni, berebut. Terutama bagi perempuan. Ada timing untuk perempuan masuk Raudhah.
SESI PAGI : Lepas solat Subuh hingga jam 10.00 pagi
SESI TENGAH HARI : Lepas solat Zuhur hingga jam 3.00 petang
SESI MALAM : Lepas solat Isyak hingga jam 11.00 malam
Kali pertama ke sana saya ikut makcik2 masuk Raudhah selepas Zuhur. MasyaAllah orang memang ramai. Nak sujud tu atas belakang orang nak cakapnya.
Yang kali ni kami ikut trick yang diajar ustazah yang bawa kami. Apa trick-nya? Raaaahhaaasssiiiiaaa, hehehehe.
Alhamdulillah, orang kata tak lengkap ke Masjid Nabawi tanpa ke Raudhah dan menziarahi Rasulullah. Tapi ingat, ia bukan wajib. Kalau tak mampu buat, tak apa. Tapi sebolehnya berada di situ, terasa perasaan yang amat indah.
Namun, bukanlah di Raudah saja doa kita didengari. Doa mustajab mengikut hadis Rasulullah ada pada tempat, masa dan keadaan. Jadi masuklah ke Raudhah dengan ikhlas, bukan semata2 sebab nak doa mustajab.
Bersambung lah pulok…
—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).
Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.
||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||
Leave a Reply