Siapa ada pernah dengar tentang 3 panggilan Allah kepada hamba-Nya? OK saya ringkaskan saja..
Allah memanggil kita dengan 3 panggilan:
(1) Azan
(2) Umrah/Haji
(3) Kematian
Panggilan pertama kita jawab dengan solat.
Panggilan kedua kita jawab dengan berihram dan lafaz “Labbaikallahumma labbaik..”
Panggilan ketiga kita dah tak boleh jawab dengan lisan.
Alhamdulillah, saya diberi peluang oleh Allah SWT untuk menjawab panggilan-Nya yang kedua. Panggilan kedua ni dia special sikit, tak macam panggilan pertama walhal panggilan pertama tu lebih utama. Mungkin second call ni gempak sikit kot. Jarang orang dapat panggilan kedua ni, especially kat airport, hehe. Silap2 terlepas terus. Tapi panggilan pertama tu ramai je yang tak jawab kan ;(
Panggilan Umrah/Haji dikatakan jemputan Allah & panggilan yang halus dan istimewa. Tak semua orang dapat. Walaupun kaya berduit tapi tak dapat2 ke sana, walaupun miskin takde duit tapi sampai jua. Kisah orang2 dari benua afrika menarik pedati semata2 nak ke Tanah Suci sangat mengagumkan.
Saya bertolak bersama suami. Rancangan membawa anak, tapi akhirnya tak jadi. Walaupun agak terkilan namun saya yakin perancangan Allah itu terbaik.
Seminggu sebelum bertolak, kami diberi taklimat ringkas tentang ibadah umrah dan ziarah ni, oleh mursyid Imam Muda dan kolumnis dalam Majalah Iman iaitu Ustaz Izhar. Masa tu anak2 dijaga oleh mak saya, hehe. Famili saya memang excited sikit bila orang nak ke Mekah, maklumlah mengunjungi rumah Allah. Kalau kawan kita nak ke rumah orang2 glamour pun kita ada rasa excited sikit kan.
Kami bergerak pada 8 April, turun dari rumah dalam jam 10 malam. Malam tu ada ABPBH, hahaha. Kami bawa 2 beg : satu beg luggage besar, satu backpack tapi dicompile jadi satu – backpack masuk beg besar.
Guna style travel-lite, semua benda masuk compression packs. Memang mudah, tak payah nak heret banyak2 beg.
Penerbangan kami dengan Qatar Air, jam 3.30 pagi 9 April. Yang bestnya naik kapal terbang Arab ni, depa baca doa naik kenderaan. Hehe. Terasa diberkati ^__^ hehe.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Doha dalam 7 jam macam tu. Tidur je sepanjang penerbangan. Transit di Doha selama 7 jam. Kami diam di airport saja.
Airport Doha ada banyak surau, tapi yang paling best yang berdekatan lounge ni, sebab tak ramai orang & toiletnya attach dengan surau tu.
Selepas 7 jam, barulah kami berangkat ke Madinah. Naik kapal yang sedikit kecil. Dalam 2 jam lepas tu tiba di Lapangan Terbang Madinah. Di airport, bas dah sedia menunggu membawa kami ke hotel.
Alhamdulillah, Madinah masa ni sejuk, tak seperti waktu saya datang kali pertama, panas sangat, sampai nak bernafas pun tak boleh. Kena tutup hidung dengan kain baru boleh bernafas. Sebelum kami tiba pun orang2 yang baru balik mengingatkan bahawa cuaca sangat panas, siap jerebu.
Sebelum kami tiba, hujan turun di bumi Madinah. Begitu juga waktu kami ada di sana.. Hujan turun sampai jalan berlopak. Syukur, semua rezeki nikmat dari-Nya.
Kami menginap di Hotel Oberoi, betul2 berjiran dengan Masjid Nabawi. Sebelah pagar je.
Ni pula pemandangan dari tingkap bilik kami. Memang sangat dekat, usha tengok orang dari atas dulu hehe.
Beberapa foto pemandangan Masjid Nabawi dari luar..
OK sampai sini dulu. Nanti sambung lagi dalam Part 2 tentang apa jadi pada saya bila mula2 tiba di Madinah 🙂
—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).
Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.
||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||
Leave a Reply