Tanggal Julai 2012 adalah detik yang bersejarah, bila saya menghantar surat berhenti kerja kepada syarikat minyak & gas tersebut. Notis 3 bulan, bulan Oktober secara rasminya saya menyerahkan name tag setelah 7 tahun bekerja di situ.
Surat berhenti kerja pun sempoi dan simple saja… tak adalah sampai bermuka-muka surat. Satu perenggan saja.. kerana saya berhenti bukan atas dasar tak puas hati, tapi kehendak sendiri kerana ada ‘offer yang lebih baik’ – bisnes online dari rumah.
Impian saya sekian lama, memiliki bisnes yang membolehkan saya bekerja dari rumah saja. Sebelum berhenti kerja, saya memulakan persediaan untuk menjalankan bisnes dari rumah. Sebab… ia bukan mudah. Lebih-lebih kalau dah berhenti kerja baru nak mula. Biasanya kita memerlukan masa untuk sesuaikan diri, selepas berhenti kerja. Saya rasa, 3 bulan juga saya ‘blank’ sebab berubah rutin.
Perubahan yang sangat nyata bila kita kehilangan ‘klien’ dari golongan profesional. Bila melakukan bisnes online, pelanggan datang dari pelbagai lapisan masyarakat. Jadi, macam-macam lah ragamnya. Tapi itu memang sesuatu ciri-ciri bisnes dari rumah lah.
Merubah rutin tu bukan mudah sebenarnya. Pada bulan2 pertama, banyak benda yang saya tak mampu buat, walhal benda tu saya boleh buat dengan berkesan semasa bekerja. Mulanya rasa agak tertekan juga. Benda yang paling susah nak buat ialah – makan tengahari. Maklumlah di pejabat biasanya kita order dan makan.. tapi di rumah, nak masak-masak pun tak ada idea, nak makan pun rasa tak enjoy je sorang-sorang. Akhirnya saya minum Cinch Shake Mix je sebagai replacement (untuk masa2 ‘down’ tu). Tapi berat badan bertambah, mungkin sebab makan malam yang ‘sangat berat’. Maklumlah, seronok makan ramai-ramai.
Walaupun berhenti kerja, tapi anak-anak saya dihantar ke taska juga. Sayang, sebab taska bukan sekadar menjaga, tapi penuh dengan aktiviti stimulasi (Glen Domann style). Lagipun di rumah saya lebih sibuk bekerja dengan pelbagai tanggungjawab baru yang tergalas.
Masa mula-mula berhenti kerja, saya rasa sedih juga nak tinggal… maklumlah tempat kita belajar kenal dunia. Lagipun sejak kecil ada juga rasa nak berkhidmat dengan syarikat tersebut. Cita-cita (yang tak pernah tertulis) tercapai, Allah punya kuasa.
Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya, berhenti kerja, dan berbisnes online.
Yang nyata , memang lebih sibuk daripada sebelumnya, tapi kita gembira. Sebelum ni sibuk tu sibuk, tapi stress dan tertekan. Setiap pagi rasa taknak ke pejabat 😛 tak suka dengan jem.. tapi sekarang stress tu dah tak ada. Stress lain pula, tapi sangat berbaloi.
Alhamdulillah. Semoga Allah terus memberi petunjuk ke jalan yang benar untuk kita semua.
Leave a Reply