Penapis Air/ Water Filter Mudah Alih Yg Practical

admin Avatar

Sekarang ni kalau tak ada penapis air memang tak sah. Lagi2 la kalau pakai air paip yang diusahakan oleh syarikat2 perawatan air.. aduh kadang tu dapatla merasa mandi air teh O ais limau sehari dua.

Masa saya kecik2 dulu… kami tak guna air paip yang disalur dari pusat rawatan segala ni. Pam dari perigi je. Sejuuukk~~~

Sejak2 pindah rumah baru (my parents), dah tak pakai perigi dah. Lagipun rumah kecil di tepi sawah tak sesuai gali perigi. Nanti airnya payau.

Yang sadisnya bila dah pakai air paip ni.. air karat tu adalah perkara paling normal. Rasanya biasa je la kat mana2 tuh. Kat umah kampung tu kena tapis 2 kali, kat tempat air mula2 masuk & kat tempat outlet dia. Pastu kene frequent cucilah. Kalau tak agak2 karat yang accumulate tu boleh jual kat kilang besi buruk.

Masa di Miri dulu kami tak pakai penapis air, beli je air mineral kotak-kotak. Jimat… Balik KL Tok Ma pakai air R.O. dalam botol besar yang airnya tu tiap2 minggu abang van datang hantar. Cuma yang lecehnya nak mengangkat balang air yang berat gilosss tu, mau makin slip disk sesapa yang ada slip disk tuh.

Akhirnya kami telah sepakat nak beli water filter. Senang sikit keja tak payah tertonggeng-tonggeng angkat balang air.

bestwater

Iniler filter yang dimaksudkan tuh. Bestwater nama dia yang memang BEST. Apa yang best pasal water filter bestwater ni?

  1. PORTABLE atau dalam bahasa kita, mudah alih. So kalau stok2 yang suka travel, jalan2, makan angin segala tu, bawak aje penapis air ni. Kalau pegi ke ceruk mana pun, especially bila bawak baby, terjamin air yang berkualiti untuk si baby terchenta.
  2. Saiz COMPACT. Sebab tu ler dia ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Masuk je dalam beg, setel.
  3. SENANG NAK PASANG. Tak payah install benda tambahan ke, tebuk2 dinding ke tak payah. Dia pun sesuai dengan semua jenis kepala paip kecuali pili Bomba.
  4. Ada INDICATOR bila patut TUKAR. Dia ada lampu LED hijau kelip2. Kalau lampunya dah bertukar menjadi merah, ia akan bertukar menjadi Ultraman. Oh memang lawak tak boleh blah, bila merah, kita tukarlah.
  5. Sebab dia compact, filter hanya perlu tukar SEKETUL saja. MURAH la berbanding kalo yang ada berketul2 kan. Agak2 dalam setahun sekali la kena tuka, so maintenance cuma RM498 per annum je.
  6. Kebaikan dia boleh tengok kat sini. KLIK JE.

Kalau ada pro mesti ada cons kan. Alah, semua benda pun macam tu. Mana ada benda perfect. Prefect pun ponteng kelas jugak Wakakakaka.

Contra-nya pulak:

  1. Dia ada Single 3-Stage Microfiltration Cartridge. Dia punya filter saiz is 0.2 micron. Kecik gila. Tu kalau area yang tahap kebersihan air paip di paras yang melampau pencemarannya, senang nak clog. Ada satu cerita orang Terengg*n* (nama negeri dirahsiakan atas sebab2 yang munasabah, aww~) ni pakai bestWater tak sampai 6 bulan dah tak keluar air. Marah2 lagi bengang dia bawak pegi office Shaklee. Sekali bila bukak, hambek kau penuh tanah liat! Hmm.. paham2 je la kualiti air kat Terengg*n* tu cemana. Tanah liat kau!
  2. Saiznya yang kecil menampakkan dia macam water filter murahan. Maklumla kalo penapis air lain tuh macam nak buat satu water treatment plant pulak dalam rumah. Ni seketul setuek je.. biar betul makcik ni kan. Tapi percayalahhhhhh dia memang standard wooo.

Namun yang paling best tetap yang no 1 kat atas tadi tu la : PORTABLE. Bayangkan le kalau kita travel mana2, hatta balik kampung pun kalo tempat yang takde water filter tu. Dalam masa travel tu la kita nak buat air minum, buat susu anak (untuk anak yang dah tak BF or tak BF lah)… kalau takde filter, hmm.. apa la agaknye yang masuk dalam perut anak kita tu kan. Ni senang, pasang ke kat kepala paip dia, then setel, air yang bersih dan terjamin mengalir keluar…

Haha ni mesti orang kata nak promo Shaklee ni. Promo tu promo la.. tapi kan bagus kalo dapat share benda baik camni kan. Lagipun sekarang ni ada offer you.

bestwater

Harga asal (bukan retail price, tapi member price. Kalo retail lagi mahal lerr) RM2399. Sekarang ni ada diskaun, RM1499 je (Boleh buat 12-month installment)!  Tapi kalau nak beli ni, tak boleh beli direct kat kedai dia/dengan ejen mana2 sebab nanti depa kenakan retail price.

Kalau minat nak tau boleh contact saya sebab saya member. Saya boleh la dapatkan harga member untuk sesiapa yang minat. Sementara ada diskaun ni kan.

Apa beza BestWater ni dengan water filter brand lain? Kat SINI diorang ada letak Comparison Chart. Tapi bagi saya yang tak boleh nak blah-blah adalah tu lah… harga yang lebih murah (diskaun summore kan), maintenance pun tak banyak & portable! Senang makcik nak travel kang tak payah beli2 air mineral ke minum2 air paip ke.. hehe.

Memang ada beza air yang kita tapis dengan tak tapis. Ada sekali tu Abiy lupa nak setkan penapis so dia kuarkan air paip. Air tu me bawak pegi office. Bila nak minum tu tengok rupa dia lain macam je.. ada banyak bubble kat dinding bekas air. Pastu ada rasa klorin, pastu rasa dia ‘keras’ semacam je.’ Terus mesej Abiy “You tapis tak air ni Bang?” Hahaha dia kata dia tak perasan. Sah2 la tu.

Mula2 start minum air tapis BestWater ni, ada la rasa loya2 sikit. Maybe sebab dah biasa minum air R.O. yang beli tu so body yang ‘biasa dengan air mahal’ ni susah nak switch. Sekarang dah OK. Senang pun senang sebab tak payah nak masak air, dia dah tapis semua mikro-organisma segala. Nasiblah molekul air tu lagi kecik dari saiz mikroorganisma, kalau tak, dengan air-air sekali dia tapis.

Last week my fren ada call tanye pasal penapis air yang bagus. Saya kata kau nak yang macamana? Kalau nak yang mudah alih & murah sikit dari brand lain aku boleh tolong belikan. Kalau brand lain kau kena pegi outlet dia la.

Hmm.. pada pendapat saya, golongan yang sesuai untuk memiliki water filter yang portable ni:

  • Mereka yang selalu pindah2 rumah.
  • Mereka yang selalu travel.
  • Mereka yang suka pergi melancong/bercuti bersama keluarga.
  • Mereka yang tidak ada masa untuk buat routine maintenance pada water filter, sebab dia ada LED kelip2 yang bagi signal bila patut kita tukar katrij.
  • Mereka yang mempunyai ruang dapur yang kecil sebab ia sangat comel dan tak makan space.
  • Mereka yang ‘malas’ nak maintain banyak2 komponen.
  • Mereka yang mempunyai simple lifestyle.
  • Mereka yang ingin melakukan penjimatan.
  • Mereka yg ingin keluargnya sihat, esp anak tersayang….

Now watch my amateur home-made video pasal BestWater Shaklee nih:

Actual unit in our home:

IMG_0316

Berminat untuk tau lebih lanjut? kontek saya di sauberlina[at]gmail.com.

admin Avatar

14 responses to “Penapis Air/ Water Filter Mudah Alih Yg Practical”

  1. anasfadilah Avatar
    anasfadilah

    e eh..kecik betul ye..boleh masuk dalam handbag..keskeskes..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Boleh2. Nk bwk g keje pom bolehhh

  2. Asiah Abd Jalil Avatar

    Masa tinggal kat Sel*n*gor (nama negeri dirahsiakan atas sebab-sebab yang munasabah…) dulu, mak mertua saya guna air bertapis bukan setakat untuk minum, tapi juga untuk masak, even untuk mandi pun! Sebab air kat situ, masya Allah… bak kata Along, cukup setahun karat dia tu boleh kumpul jual kat kedai besi buruk untuk pendapatan sampingan!

    Now dah tinggal kat Joh*r (nama negeri dirahsiakan atas sebab-sebab yang munasabah…), mak mertua saya guna air bertapis untuk siram pokok-pokok bunga dia, dia kata nampak segar sikit.

    Air paip kat seluruh Malaysia ni memang macam tu la gamaknya kot.
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Driving licence =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Tingat cite lecturer kat US, air paipnya bole tadah minum terus rasa cam air mineral. Very the high cost kot nak provide air yg suci Dari karat or sbb tokei proses air paip pun merangkap tokei kilang water filter. Oh fitnah2!

  3. Masayu Avatar

    Saya juga buat dua kali tapis, satu dekat kepala paip, satu lagi tapis biasa, maknanya dua kali lah proses tu, baru yakin nk guna aktiviti masak-memasak n bagi anak-anak minum.
    .-= Masayu´s last blog ..Buku Inspirasi Contest 2010 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      1 rumah 2 filter. 10 rumah? Makcik kayo!!!

  4. Hanz Avatar

    Menarik! Nanti me up more Qs to u this Sunday ya..
    .-= Hanz´s last blog ..What I have been doing for the remaining working hours before New Year =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Allrite!

  5. eliss Avatar

    kena kumpul duit dulu ni.memang nak pasang pun.

    nway,
    selamat tahun baru!
    semoga tahun 2010 lebih indah !
    .-= eliss´s last blog ..Aku Bukanlah Joker =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Mai la angkat yg ni eliss

  6. rose Avatar

    salam kak lyna

    akak kenal dak ngan kak raja?
    dia otai gak dealer shaklee ni
    upline sy

    hp sy rosak..so no dia dahilang
    susahla nak order2ni..
    if akak kenai dia..leh tak email kt sy no phone dia..plzzz….:-D
    .-= rose´s last blog ..Bai Bai 2009..Welkam 2010 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Salam rose

      ohh sorry akak tak kenal nt akAK tante upline akal ye

  7. qay Avatar

    boleh buat 12mnth instalment ke lyna..kekeke..comel jerr..

    air kt my house pun, bkn men kotoq nya lgi..geli wejhhhhh
    .-= qay´s last blog ..child… =-.

  8. […] Best Water kembali lagi!! Dari harga RM2499, kini dengan harga promosi RM1499!!! Ulasan dari Cik Lyna dan Cik Arnieh pasal Best Water mmg bagus. Kira terbaik punyalah. Ramai pengguna sangat berpuashati […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge