Koh Samui tak macam di Krabi atau Phuket yang mana berlambak makanan halal. Kat sini ada… Tapi tak sebanyak di belah sana.
Lagipun Pulau Samui ni tak besar pun… Rasanya keliling satu pulau pun dalam 50km lebih2 je.
Kalau nak pilihan makanan halal yang banyak, boleh cari di area masjid. Masjid Nurul Ihsan letaknya di Kampung Melayu Hua Thanon, kira2 30km gitu dari airport.
Banyak choice makanan halal kat sini.
Kalau nak senang jalan kat Koh Samui (kalau drive sendiri), jangan dok ikut sangat arah Waze tu, biasalah Waze kalau kita set route paling cepat, doa hantar ikut jalan kampung paling sempit tu lah. Selalu lah ikut route ‘Highway’. Nama je highway tapi jalan besar biasa je.
Kalau kat tempat lain,cari je kedai yang ada حلال ada la satu dua.
Di area Chaweang Lake (sebelah Central Festival) ada satu kedai yang boleh tahan, namanya FarEast. Menu pun ada pelbagai. Belakang FarEast ni pun ada kedai kebab.
Pendekata tak susah cari makanan halal di Koh Samui, sebab ia tak besar dan kita boleh je pusing keliling pulau berkali2.
Leave a Reply