Isu makan gaji bagus ke tak mungkin sedikit sensitif to most of us. Namun, teknik merendah-rendahkan orang yang makan gaji sangat popular dikalangan pengusaha or peniaga berkaitan produk kerja sendiri; spt ejen MLM or insuran ataupun produk or perkhidmatan kerja dari rumah/pakej perniagaan.
Nah, I don’t mean what they (or maybe I? Hmmm) did is wrong, mereka hanya cuba tarik perhatian anda saje. But the real question yang strike my mind is “Hina Sangat Ke Kerja Makan Gaji Ni?”. Mari kita sama-sama challenge the common point.
Makan Gaji Takkan Kaya
Soal kaya ni sangat subjektif. Majoriti rasa cukup kaya dah dengan RM1 juta. Tapi zaman skang ni RM1 juta cuma boleh dapat rumah teres jer, huhu. The Star pernah expose kerja makan gaji investment banker 29 tahun di Malaysia dapat RM180,000 setahun atau RM15,000 sebulan; tak masuk bonus bagai. I read newspaper The Star jugak that said En Wahid Omar dapat saham TM worth RM1 juta sebelum he left dan join Maybank.
So cukup kaya ke tak?
Nak buat duit berjuta-juta dengan hanya makan gaji tidak mustahil jika industri yang diceburi memang menguntungkan. Sektor kewangan & perubatan adalah yang paling evergreen, tapi bukan semua yg kerja dalam indsutri ni dapat faedah yang sama.
Di sektor kewangan, apa yang saya tahu, investment banker gaji paling best. So i guess anda juga perlukan skill yang paling di cari-cari dalam industri tertentu.
Makan Gaji Membosankan
Bosan mainly sebab buat kerja rutin yang tak mencabar minda.
Bagi saya, majikan sanggup menggaji orang for 2 reasons;
1) buat kerja rutin
2) selesaikan masalah.
Jika anda fikir anda belong to the first group but deserve better, sila “upgrade” yourself to be the 2nd one. Propose something and present to board and feel the thrill, memang tak sempat nak bosan. Kalaulah anda student grad 1st class buat kerja kerani, of cos la bosan kan kan.
Kalau tak bosan jugak mmg something wrong tu, huhu.
When I was doing my internship program zaman U dulu, memang bosan la kan kalau dapat kerja-kerja kuli budak suruhan ni. Masa tu memang banyak la engineer mengeluh,.. belajar tinggi-tinggi tapi tak pakai pun knowledge tu bila kerja sebab asyik buat paperwork & keje2 management je (including me???).
Tapi, kalau kita enjoy doing it, boleh je spend time learning technical parts while doing the management jobs, kan? Bosan or not is from us la kot.
Makan Gaji Banyak Politik
Common argument kita kerja rajin-rajin tapi orang lain yang dapat nama. Or, kita kerja macam orang gila tapi orang jenis suka bodek lebih cepat naik pangkat. I think the common problem pekerja jujur tapi diam ialah they fall short on selling part.
Betul, kerja kita design bangunan tapi kalau tak pandai serlahkan hasil ke pihak atasan, siapa nak hargai? “Oh, saya kerja ikhlas tak harapkan balasan”. Tapi bila jadi pape pandai komplen jugak?
In politics, orang label as “kroni”. Dalam business it s widely known as “networking”.
So apa yang salahnya dengan “pilih bulu” dalam dunia makan gaji? Selagi yang namanya manusia, kita memang terdedah dengan unsur-unsur emosi & “preference”; tak kira la ikut warna kulit, kampung mana or bendera apa.
Instead of complaining, ada baiknya kita perluaskan “circle of control & influence” supaya takdela asyik jadi mangsa keadaan je.
Summary
Kerja sampai 12 tgh mlm tak menjanjikan apa-apa sebab yang lebih penting sekarang ialah HASIL. Sekarang dah bukan masanya nak tuntut hak kenaikan pangkat hanya sebab kita kerja sampai lewat malam sebab saya pasti soalan yg perlu anda jawab ialah “how much have u contribute?”. Kalau dah contribute a lot tapi dun get what you deserve, it’s time to go.
Tapi ingat, kualiti itu tak diukur dengan kuantiti…
Tapikan, saya pun lebih suka kerja sendiri atas sebab “kebebasan”. But I learn a lot from my working environment; masih dalam proses nak adapt the positive corporate culture into my business approach. Sangat banyak peniaga atau usahawan berjaya yg saya kenal mula dengan makan gaji for reasons. Apa kah reason-reason tersebut?
Tunggu…
Leave a Reply