,

Kuasa Air Tangan Ibu

admin Avatar

Anak-anak saya biasanya patuh dan mendengar kata. Walaupun mereka memang tak lepas dari fasa-fasa kanak-kanak seusia seperti tantrum dan sebagainya, namun tak sukar untuk dikawal. Namun saya perhatikan sebulan dua ini anak-anak saya agak berubah. Bertambah liat dan agak ‘menjauh’ dari saya.

Saya cuba selidik apakah yang telah melanda anak-anak saya.

Saya percaya antara antara penyebab anak saya berubah sikap, mungkin berasal dari perbuatan saya. Mungkin dari kata-kata, doa, tabiat, dan sebagainya. Akhirnya saya jumpa satu sebab yang kemungkinan besar adalah puncanya.

Ia kerana sebulan dua kebelakangan ni saya kerap travel. Jadi, saya jarang sangat masak. Biasanya makan di luar kerana alasan saya, ‘beli barang mentah, esok travel lagi. busuk macam tu je. baik makan luar’. Walaupun anak saya kerapkali minta “Mami, masaklah” tapi disebabkan sebab-sebab di atas, saya bawa mereka keluar juga.

Ternyata memang memberi impak yang besar terhadap anak-anak saya. Selain dari kuasa air tangan ibu tu, makanan di rumah bebas dari bahan-bahan perasa, bahan yang kita tak tahu pun apa yang dimasukkan ke dalamnya. Jika di rumah, kita berkuasa kawal bahan yang kita guna. Saya tidak menggunakan bahan perisa, guna perisa semulajadi yakni dari ikan bilis saja. Begitu juga dengan air dalam masakan, saya gunakan air bertapis. Belum lagi ucapan dan zikir-zikir yang kita lagukan semasa memasak.

Selain itu, pemakanan juga sebenarnya memberi impak kepada tabiat anak-anak. Biasanya saya detect anak saya ‘kurang zat apa’ dari tabiat mereka. Misalnya Danny pernah ketagih gigit ais. Salah satu penyebabnya ialah kekurangan zat besi. Jadi saya boleh plan makanan untuk anak-anak saya, dengan menambah sumber zat besi dalam makanan mereka, terutama Danny. Kalau makan di luar, kita tak dapat kawal

Serik juga saya dengan keadaan ni. Jadi sempena bulan Ramadhan ni memang saya masak hari-hari, sama seperti dulu (kecuali jika ada jemputan berbuka puasa). Sesungguhnya memang sangat-sangat benar sekali saranan Rasulullah agar masakan disediakan di rumah.

admin Avatar

6 responses to “Kuasa Air Tangan Ibu”

  1. yangbaik Avatar

    anak saya juga suka minum ais… mungkin juga kerana kurang zat besi.. 🙂 terima kasih untuk entry ini yang turut membantu dan mengingatkan saya mengenai hubungan dengan anak2.. 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kadang2 kita rasa masakan kita biasa2 je, tp yang biasa2 tu yang luar biasa kuasanya

  2. aidie Avatar
    aidie

    nothing beats mom’s cook 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hoo betul. even tho cuma telur goreng 😀

  3. Blog Pengedar Produk Shaklee Malaysia terutama Set Bersalin Avatar

    Wah kagum kak Lyna

    busy pun sempat masak untuk family

    inshaaALLAH nanti bila dah masak semula

    budak2 pun dekat semula dengan akak 🙂

    selamat berpuasa

  4. Rina Avatar

    Setiap makanan yang dihasilkan oleh tangan langsung ibu akan lebih jadi daging dan sumber tenanga bagi anak dari pada yang di dapat dari luar terutama makanan siap saji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge