Ramai yang bertanya kenapa selepas 5-6 hari mengambil set B (breastfeeding) tak ada hasil pun? Tipu ke? Ada juga yang ambil set D tapi muka tak cantik2 pun…
Badan kita ni sebenarnya seperti rumah. Kalau kita pergi ke satu kawasan perumahan baru… semua rumah kat situ kelihatan sama. Bentuk yang sama, design yang sama.. cuma mungkin ada yang tambah awning, ada yang tukar pagar, ada yang tanam bunga. Tapi basically rumah tu seakan-akan sama.
Akan tetapi, bila masuk ke dalam, setiap rumah pasti berbeza. Sekurang2nya perabot mesti tak sama, atau kalau sama pun susunannya mesti tak sama. Ada rumah yang tuannya rajin, suka mengemas, hari-hari mop, hari2 buang sawang. Ada rumah yang tuannya jenis tak kisah. Bersepah-sepah, lantai tak sapu, siling penuh sarang labah2.
Satu hari, tuan2 rumah ni semua panggil maid nak kemas rumah.
Yang pertama, bahagian mana maid2 ni akan kemas dulu? Dalam rumah atau luar rumah? Mestilah dalam rumah dulu kan?
Tubuh kita pun macam, bila kita makan vitamin, yang pertama akan dilakukan oleh vitamin2 ini ialah membaikpulih sel-sel dalaman kita. Macam la maid2 tadi tu.
Macam maid tadi jugak, kalau rumah tu tuannya rajin kemas-kemas, tak ada lah banyak kerja dia. Malah dia boleh kemas bahagian luar rumah pula. Mungkin siap boleh cat rumah.
Tapi kalau jenis rumah yang bersepahnya Ya Tuhan… asal jalan mesti terpijak barang. Mestilah maid ni perlukan masa untuk kemas.
Badan kita pun… kalau badan yang dah terjaga dari awal, bila ambil set mana2 dari Shaklee, tak banyak sangat kerja untuk pulihkan sel-sel badan. Dalam masa yang singkat saja ia terserlah pada luaran, dan nampak hasilnya. Tapi kalau jenis tak jaga badan, makan tak jaga, banyak amik benda rapu, kehidupan asyik stress, lama lah sikit masa yang diperlukan.
Kesan2 berbeza ini juga disebabkan oleh:
- Tidak pernah mengambil sebarang vitamin sebelum ini.
- Mengambil benda2 lain seperti makjun, jamu, pil perancang, etc.
- Kehidupan yang stress dan terlalu penat.
- Terdedah kepada pencemaran udara, air, etc.
- Kurang minum air.
- Kurang rehat.
- Kuat minum minuman berkafein.
- Merokok termasuk perokok sekunder.
- Sedang menderita sesuatu penyakit.
- Badan yang lemah dan tidak sihat.
- Ketidakseimbangan hormon.
- Terlalu teruja untuk melihat perubahan sehingga meninggalkan kesan psikologi.
Dapatkan informasi tentang kesihatan di blog Gaya Hidup Sihat. 🙂
Leave a Reply