admin Avatar

Sebelum ke Switzerland, saya agak gementar. Mungkin kerana negara ini menggunakan 3 bahasa utama – Bahasa Itali, Bahasa Perancis dan Bahasa Jerman. Gementar kerana saya tidak tahu sepatah pun bahasa-bahasa tersebut! πŸ™‚ Dari cerita-cerita yang saya dengar sebelum ni – komunikasi di negara-negara yang bahasa utamanya bukan bahasa Inggeris adalah SANGAT SUSAH! Hingga terpaksa guna bahasa isyarat katanya…

Satu lagi adalah Islamophobia. Semasa sampai di Paris, timbul perasaan ‘risau’ dengan Islamophobia di sana. Apa lagi banyak dengar berita tentang larangan memakai tudung di negara Perancis. Mungkin agak lucu, tapi timbul rasa ‘takut’ tudung ditarik polis Perancis πŸ™‚ Apa lagi Switzerland yang melahirkan produk Nestle ni, hehe. (Sebetulnya sebelum ni tak pernah dengar tentang Islamophobia di Switzerland).

Namun, bak kataΒ  Aldous Huxley, “To travel is to discover that everyone is wrong about other countries”

Orang-orang Switzerland begitu ramah, mereka menegur dan berbual dengan kami, terutama di dalam tren. Walaupun ada yang tidak fasih berbahasa Inggeris, namun tidak menghalang untuk berkomunikasi. Namun, kebanyakannya memang fasih berbahasa Inggeris.

Si Comel saya memang teman backpacking yang sangat ‘best’. Membantu kami mendapat perhatian daripada masyarakat setempat πŸ™‚

Sepasang suami isteri warga emas, si suami tidak fasih berbahasa Inggeris manakala sang isteri fasih, si isteri menjadi jurubahasa kepada suaminya.

Ramai yang menegur kerana kecomelan si dia πŸ™‚ Danny yang keletah, sering menarik perhatian orang terutama nenek-nenek Swiss yang balik dari hiking.

Kebanyakan warga Switzerland baya nenek saya, aktif beraktiviti hiking di kawasan pergunungan di sana. Sepanjang perjalanan dengan keretapi, bersilih ganti warga emas naik-turun dengan peralatan hiking mereka. Seorang nenek memberi kad warga emasnya kepada Danny untuk dibuat mainan (kasihan anak pengembara, tiada bajet ruang untuk mainan :P). Umurnya hampir 70 tahun namun masih gagah dan sihat.

Mungkin di situ terletak kelebihan orang-orang Swiss. Walaupun dari segi pemakanan, mereka sangat ‘kaya’ dengan lemak, keju, coklat dan sebagainya, namun jangka hayat penduduk Switzerland adalah kedua terpanjang selepas Jepun. Kedudukan geografi bergunung ganang dan sejuk membuatkan mereka memerlukan lebih banyak lemak, ditambah dengan aktiviti yang menyihatkan.. (-_^)b

Kami lihat banyak keluarga Swiss bersama anak-anak menjalankan aktiviti hari minggu di kawasan perbukitan – hiking, berbasikal dan sebagainya. Terasa betul kami kurang aktiviti fizikal bersama anak-anak, selain berbasikal dan di taman permainan. Mungkin masanya untuk merancang aktiviti hiking bersama anak-anak. Mulanya terasa banyak juga alasan boleh diberi, ‘Malaysia panas’, ‘Budak-budak di Malaysia tak tahan sebab panas dan berpeluh’. Hehe, nak seribu daya, tak nak seribu dalihkan.

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Keramahan Orang Swiss”

  1. Farra Avatar

    bestnya..it’s my dreamholiday gak ni..hehe..boleh refer ur blog kalau jadi gi..

  2. Rina Avatar

    sudah pernah ke Swiss ya mbak, senang sekali ni bisa mendapatkan info mengenai orang2 Swiss dan keramahannya
    nice share:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge