Kelas Renang Fahry

admin Avatar

“Mami, esok hari apa?”

“Khamis”

“Lusa Jumaat ke?”

“Ya, lepas Khamis tentu Jumaat”

“Boleh tak, kalau Khamis tu lama-lama sikit, Fahry tak mahu hari Jumaat”

Hari Jumaat adalah hari paling ‘blues’ bagi Fahry. Dia tak suka sangat, sebab ada kelas renang.

Sebenarnya Fahry dah pandai berenang. Akan tetapi dia sangat tak suka ikuti kelas renang di sekolahnya. Mungkin sebab cikgu garang sangat (memang garang pun). Tapi rasanya cikgu renang kanak-kanak perlu garang, kalau tak, budak tak pandai-pandai 🙂

Abu Umamah ibn Sahl r.a. melaporkan bahawa Umar Al-Khattab r.a. menulis kepada Abu Ubaidah al-Jarrah r.a. mengarahkan kepadanya, ” ajarkanlah anak-anak kamu berenang.” [HR Ahmad]

Anak-anak saya mengikuti kelas renang di sekolah mereka (taska). Bagi saya memang mudah lagi memudahkan bila hantar sekolah yang ada kelas renang ni. Tak perlu hantar ke tempat lain, dan bayarannya lebih murah.

Seawal usia 2 tahun, saya masukkan mereka ke kelas renang. Sebelum itu saya perkenalkan mereka kepada air dengan membawa mereka ke kolam renang.

Hafiy dan Fahry sudah pandai berenang, walaupun banyak drama tangis dan airmata. Danny pula baru saja ikuti kelas renang (baru lepas usia 2 tahun). Tak dengar pula cerita Danny menangis. Kalau Fahry tu boleh dikatakan tiap2 kali kelas renang, dia akan menangis.

Sebenarnya banyak kebaikan bila hantar kelas renang. Setakat yang saya nampak, ia mengurangkan kerisauan saya bila anak-anak mandi (main air). Mereka suka mandi ramai-ramai, berendam dalam besen besar. Biasanya saya memerhati dari luar sambil memasak atau menguruskan dapur. Dari pemerhatian saya, mereka boleh mengurus sendiri keadaan seperti tergelincir dalam besen. Disebabkan mereka dah biasa dengan keadaan dalam air seperti menahan nafas, bubble dan sebagainya, mereka dapat hadapi konflik2 dalam bilik air (tapi awas jangan biarkan sendiri, you’ll never know!). Tapi mungkin boleh jadi satu motivasi kepada ibu bapa, sebagai ikhitiar mengelakkan kejadian tidak diingini di bilik air dan di mana-mana tempat berkaitan dengan air, dengan memasukkan anak-anak ke kelas renang.

Saya pernah terbaca kisah kanak-kanak berusia 5 tahun yang lemas dalam kolam ikan kecil milik datuknya. Kolam tu kecil je, tapi, iyelah, benda nak jadi, kadang-kadang tak logik. Kun fa yakun. Tapi sekurang-kurangnya kita ikhtiar.

Dan anak-anak saya, masih tak suka pada hari Jumaat, dek kerana kelas renang 🙂

 

Tagged in :

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge