Hotel Oberoi Madinah adalah antara hotel terdekat dengan Masjid Nabawi.
Ia betul2 berjiran dengan Masjid Nabawi. Orang kata kalau terkentut tu boleh balik ambil wuduk kat bilik hotel je.
Gambar2 di atas menunjukkan betapa dekatnya Hotel Oberoi dengan pintu pagar Masjid Nabawi.
Alhamdulillah, berpeluang menginap di hotel ni. Dapat pula bilik menghadap masjid Nabi ni..
Jom layan gambar
Makanannya pun alhamdulillah.. Walaupun menunya kebanyakan masakan Arab tapi kena dengan citarasa saya. Mungkin juga sebab menunya pelbagai. Jadi ada banyak pilihan. Ada nasi beriani, nasi Arab, nasi putih pun ada. Lauknya pun kena dengan citarasa Malaysia.
Yang bestnya saya dapat makan baklava sepuas hati 🙂
Dan banyak dessert2 Arab yang manis2. Hehe padanlah orang panggil Kelantan Serambi Mekah, dessert manis2.. Hehe
Saya juga sukakan Om Ali, sejenis dessert dari Mesir yang wallah! Macam puding roti tapi ada bijirin dan nuts di dalamnya.
Restoran tempat makan tu di level 7, kamar kami di level 14.
Di bawah hotel Oberoi ni ada banyak kedai.. Macam butik2 camtu. Dan ada Starbucks juga, hehe.
Tapi kami takde nak bershopping kat situ, lagipun baju2 kat kedai tu moden2. Tak abaya langsung, hehe. Starbucks pun tak pernah singgah.
Lorong depan hotel tu pagi2 dan petang2 penuh sebab ramai orang berjualan.
Itulah sedikit sebanyak tentang Hotel Oberoi Madinah ni. Namun di mana kita menginap, bagi saya bukan subjek utama. Kerana kita ke sana nak menziarahi Rasulullah & para sahabat, serta solat di Masjid Nabawi, termasuk bertandang ke Tanah Haram Madinah.
Bila agaknya dapat sampai lagi ya 🙂
—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).
Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.
||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||
Leave a Reply