Tips cara nak kurus dengan cepat ni adalah pengalaman suami saya sendiri.
Suami saya, rasanya mungkin sama seperti kebanyakan suami-suami yang lain (tak semua), bila dah lama sikit bergelar suami ni mula lah ada perkembangan di beberapa kawasan, terutama bahagian perut. Orang lelaki memang cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian abdomen, dan inilah dikatakan salah satu punca serangan jantung – banyak lemak di bahagian atas badan.
Disebabkan kecomelannya, maka suami saya terpaksa kerap membeli baju baru, kerana baju lama dah tak padan.
Sebagai isteri haruslah saya nak tengok suami saya kurang ‘comel’. Bukan semata-mata nak dia handsome (oh menakutkan bersuamikan lelaki handsome kut hehehe), tapi supaya dia sentiasa sihat. Yelah, ajal maut di tangan Allah tapi kita harus berusaha untuk menjaga sementara nyawa masih ada.
Disebabkan kehidupan kami yang kurang aktif, saya mencadangkan beliau mengambil Meal Replacement (Shaklee Cinch Shake Mix) untuk mengurangkan jumlah pengambilan kalori harian. Namun beliau tak suka pula.
Maka saya telah mengubah menu dan aktiviti beliau bagi menggalakkan lagi pembakaran kalori. Ingat:
Kalori yang diambil = kalori yang digunakan
Tapi, masalahnya kita hari ni kebanyakannya,
Kalori yang diambil > kalori yang digunakan
Umpama student yang masuk lebih ramai dari student yang keluar (sebab ramai repeat paper), maka tak cukuplah bilik asrama…
Jadi, apa yang saya buat bagi membantu suami saya mengikuti cara kurus dengan cepat:
- Kurangkan pengambilan karbohidrat, dari nasi putih kepada roti (sebolehnya cari yang bran penuh); kurangkan portion lemak dan protein, perlebihkan fiber.
- Konsisten dengan suplemen terutama yang membakar lemak, metabolisma sel dan pembebasan tenaga.
- Perbanyakkan aktiviti fizikal
Jadi, apa yang berlaku kepada beliau…
Maka secara tidak diduga semasa National Conference awal Jun haritu beliau dah muat pakai seluar yang lama dah saya simpan dalam arkib. Dan sekarang baju-baju yang dulunya taknak pandang (sebab dah ketat) kini dah boleh pakai semula.
Kira cepat juga suami saya dapat kurus. Masa balik dari umrah akhir April haritu beliau di tahap kecomelan paling kronik.
Alhamdulillah, suami saya juga memberi komen beliau makin ‘ringan’ sekarang. Kalau tak asyik nak baring je, banyak lemak katakan, hehe.
So, kepada para isteri di luar sana… jangan lah mengeluh dan risau bila suami menternak lemak (atas sebab kesihatan), lakukan sesuatu! Kalau nak tips dari saya boleh contact saya – sauberlina(@)gmail.com
Leave a Reply