Saya biasa alami sakit kepala, hidung tersumbat, selesema.. dan jadi teruk semasa pregnant (imuniti tubuh menurun). Saya beberapa kali ingat ada masalah dalam otak sebab selalu sangat sakit kepala. Yang paling kronik berlaku 4 tahun lepas dalam penerbangan. Tiba2 datang sakit mencucuk menyerang macam ada beribu2 jarum di bahagian dahi. Walaupun dalam masa seminit je, dah mengucap habis dah. Hehe. Part rasa tekanan pada kepala dan muka tu kira hari2 lah.
Bila diperiksa doktor kata “Sinusitis”.
Saya memang bertahan dengan suplemen Shaklee terutama Alfalfa, namun bila keadaan ekstrem i.e. badan tak sihat, serangan datang bertalu2. Jadi PWP pulak hehe.
Sinusitis tu apa? Sinusitis tu resdung. Orang tua2 kata ada ulat dalam muka. Hehe.
Sinus adalah komponen dalam muka kita yang dipenuhi udara (warna pink dalam rajah di bawah). Dalam sinus ni ada tisu2 lembut.. Bila berlaku jangkitan pada tisu2 lembut ni makan terjadilan sinusitis atau resdung
Ada 2 jenis sinusitis : akut atau short-term, yang mana mungkin berlaku selepas kita demam ke selesema ke. Yang satu lagi ialah kronik atau long-term. Yang ni tak kira demam ke sihat ke, dia menyerang. Saya punya yang kedua.
Penyebab sinus kronik ni ada banyak, misalnya kerana alergik, polip dalam saluran hidung dan sinus, mempunyai masalah dengan saluran hidung. Mereka yang suka berenang dalam air kotor dan sering berada dalam close contact dengan kanak2 juga terdedah kepada risiko mendapat sinus.
Jadi apabila serangan yang teruk sampai saya tak boleh bangun 2 selama 2 minggu sebulan yang lepas, akhirnya saya ambil keputusan untuk menjalani FESS (Functional Endoscopic Sinus Surgery). Sebenarnya dari tahun lepas dari Pakar ENT suruh saya jalani pembedahan ni tapi saya taknak lagi. Konon2 boleh bertahan tapi rasanya dah tak sanggup >.< Lebih2 lagi kerana saya juga ada masalah dengan tulang hidung. Itu juga faktor menjadikan sinusitis saya lebih teruk.
Saya akhirnya menjalani 3 prosedurs, FESS, dan lagi 2 tak ingat apa dia (discharge summary tak jumpa kat mana, ada sesiapa nampak?).
Pembedahan tu dibuat pada pagi Isnin 3 September 2012 di Prince Court Medical Centre. Nama je ‘minor surgery’ tapi kena GA (general anesthetic) atau bius seluruh badna menjadikan saya berada dalam posisi delta. Tak sedar apa sampaila dikejutkan bila pembedahan selesai.
Yang kelakarnya sebelum ubat bius berjalan, saya tengah borak2 dengan doktor pakar bius tu. Entah apa lah aku merepek agaknya.
Pembedahan tersebut menggunakan kaedah endoskopi, di mana satu tiub kecil dimasukkan dalam hidung saya. Benda tu lah yang sedut keluar segala jangkitan, lendir, kaviti, polip dan segala benda yang mengganggu perjalanan udara dalam sinus tu.
Sedar2 tu semua dah selesai.. Hidung berbalut sebab darah tak henti2 keluar. Darah, lendir, darah beku keep on flowing masa 2-3 hari pertama. Sampai hari ni (hari ke-8), masih lagi berdarah tapi dah mengalir macam itu hari. Cuma darah beku. Yang tak bestnya darah beku tu ada melekat di kerongkong. Memang tak selesa sangat. Terasa pahit, kelat dan ada benda melekat. Urghhh.
Kepala pun tak berapa nak betul lagi. Mungkin masih ada block di mana2 agaknya… Badan pun rasa lesu sangat2. Yang lepas surgery tu memanglah, kesan ubat bius. Nak angkat tangan pun tak larat.
Inilah kali pertama saya boleh buat benda ni – masukkan air ke dalam hidung belah kanan, sampai keluar balik dari lubang hidung belah kiri. Hahaha. Aduh, Macam ngeri nak fikir mula2 tu sebab tak pernah buat. Rupanya takdela dahsyat sangat 🙂
Ramai yang tanya, kenapa tak cuba cara tradisional? Bedah2 ni macam mengerikan je. Hmm.. sebenarnya saya lebih yakin dengan apa yang saya nampak (so far). Doktor tu tunjukkan hidung saya ada masalah dengan tulang, jadi dia kena clearkan tulang yang bermasalah tu. Lagipun senang nak claim jumpa doktor ni, dia bagi MC lor. Hehehe. Takpelah, mana2 aje pilihan masing2 janji risiko tanggung sendiri.
So far, lepas seminggu, masih dalam peringkat pemulihan. Belum lagi ada sebarang tanda positif sebab hidung masih keluar darah dan kerongkong pun masih mengumpul darah. Insya-Allah, semoga dalam sedikit masa lagi I’ll get better. Lepas ni kalau kena acute sinusitis pun insya-Allah kita cuba atasi dengan Nutriferon.
Kalau sesiapa nak dapatkan maklumat lanjut tentang FESS ni boleh contact saya 🙂
Leave a Reply