Saya ingin berkongsi senario yang saya hadapi (tiba-tiba rasa ramai yang beranggapan seperti ini, heh). Tentang bisnes sambilan, keluarga dan kerjaya.
Seseorang bertanya saya tentang bisnes sambilan… err, lebih kepada ‘menuduh’ sebenarnya. Ikuti kisah yang sudah saya olah bagi menyedapkan cerita 😛
Kisahnya begini.. beliau datang kepada saya dan berkata “Awak ni kerja dah bagus, bisnes lagi. Awak memang tak tahu bersyukur”.
Saya tak terkejut, sebab memang dah expect dengan ‘pujian’ macam tu. Jadi, mengambil keputusan untuk melayan saja 🙂
“Part mana yang saya tak bersyukur?”
Kata dia saya tak bersyukur kerana tak cukup-cukup dengan apa yang ada. Tak cukup dengan gaji yang diberi. Tak cukup dengan kerja yang dah ada.
Saya tak menjawab sebaliknya tukar topik kepada harga barang yang melambung sekarang.
Jawab beliau “Itulah, apa punya kerajaan, semua benda tak boleh kawal. Kita yang terpaksa tanggung semua, hish. Sikit-sikit naik harga. Kerajaan ni memang tak guna, menyusahkan rakyat”
“Begitukah cara kamu bersyukur?” tanya saya kepada beliau yang membuatkan beliau terdiam.
Saya rasa tipikal, bila orang menuduh sesiapa yang membuat bisnes sambilan sebagai tak bersyukur dan tak cukup dengan apa yang ada. Saya rasa mereka ni cuma nampak duit untuk dibelanjakan pada satu jalan saja – shopping. Tak nampak kepentingan duit untuk benda lain, misalnya untuk keselesaan keluarga (seperti menghantar anak-anak ke sekolah yang bagus-mahal, dan sebagainya) serta untuk kebajikan. Bila orang banyak duit je dikata tak elok, kedekutlah, Qarunlah..
Lepas tu, mungkin masih tak puas hati menembak saya, beliau menambah lagi “Keluarga dan anak-anak kamu mesti terabai. Ya lah, kamu kan sibuk di pejabat, balik rumah nak berniaga lagi. Lepas tu kena keluar berniaga pula. Kamu tak rasa kasihan ke pada anak-anak? Dahlah siang kamu bekerja, malam dan hari minggu kamu keluar berniaga pula”.
Saya gelak saya. Jawab saya “Minta maaf, tapi awak silap, saya tak pernah keluar pun. Berniaga online dari rumah sahaja”
“Eh, kamu kan ada bisnes Shaklee, MLM kan? Takkanlah tak keluar jumpa prospek”
Jawab saya “TAK. Saya cuma dari rumah saja. Kalau keluar pun untuk mengadakan kelas buat downlines saya (dan coaching) saja”
“Jadi, di rumah kamu mesti sibuk. Tak sempat masak untuk keluarga kan? Kasihan keluarga awak”
“Maafkan saya, kalau tak sampai di rumah pada pukul 8 malam ke atas, saya tetap memasak”
“Alah, setakat panaskan lauk je kan?”
“Suami saya tak suka lauk yang dipanaskan. Jadi saya masakkan yang fresh untuk mereka”
Masih belum puas hati “Setakat masak saja tak cukup, awak mesti tak ada masa untuk anak-anak”
“Lepas masak, layanlah mereka… baca buku ke, tengok TV ke, melukis, bermain. Anak dah tidur baru buat benda lain”
“Pukul berapa mereka tidur tu? Pukul 9?”
Jawab saya “Pukul 1 pagi”
Beliu menambah “Oh, jadi awak tak berapa sukseslah dalam Shaklee ya? Yelah, macam banyak masa dengan keluarga je”
“Apa yang awak maksudkan dengan sukses tu?”tanya saja.
“MLM kan ada pangkat-pangkat tertentu, saya rasa awak takkan ke mana dengan bisnes dari rumah saja, sibuk dengan anak pula. Baik awak berenti sajalah. Berapa sen sajalah yang awak dapat..”
Saya dah mula rasa ‘berapi’. Suka hati je cakap macam-macam kan? Saya menjawab dengan nada tenang”Takdela banyak sangat, 5 angka je..”
“5 angka? Tipulah! Tak pernah saya dengar buat Shaklee dapat 5 angka. Ke, kamu buat P*B?” wah, beliau masih tak puas hati.
“Macam ni lah, kalau awak teringin juga, boleh join saya” saya cuba nak menutup mulut beliau.
“Takmaulah, saya tak pandai berniaga”
Jawab saya “Ya, awak takkan dapat jika terus bersikap prejudis sebegini”.
OK, sebenarnya saya bukan nak cerita tentang kawan yang prejudis tu, by the way cerita di atas tu adalah berdasarkan apa yang sering ditanya dan dikata orang terhadap saya.
Saya ni sebenarnya seorang yang pemalu, tak pandai berkawan, saya suka lone ranger. Oleh sebab itu saya lebih gemar bisnes di internet, berbanding offline yang kena jumpa orang untuk menjual. Sebelum saya mula menjual produk fizikal (Bling Buubies, Shaklee, etc.) saya terlebih dahulu menjual produk digital yang 100% diuruskan di talian internet saja. Untuk produk fizikal pun saya memilih untuk pemasaran internet, sebab saya tak berapa reti nak promo secara offline. Di pejabat saya pun, kawan-kawan tahu melalui FaceBook, baju Bling Buubies yang saya pakai dan botol Shaklee yang bersusun di meja saya.
Jadi, bersifat pemalu, tak pandai bercakap bukan satu masalah.
Malah, walaupun sibuk keluarga tidak sesekali terabai. Anak-anak adalah agenda terbesar saya. Sebelum bisnes, anak-anak mesti selesai dulu.
Saya ni bukanlah dah berjaya, maklumlah, masih baru lagi (tak sampai 10 tahun) tapi setakat ini alhamdulillah, saya masih boleh manage, dan masih boleh menikmati hobi saya – membaca. Antara rahsianya ialah – jangan merungut, banyakkan membuat.
Apa yang saya nak kongsikan di sini, tiada yang mustahil untuk dicapai, walaupun kita guna ‘road less travelled’. Dah ramai ibu yang bila saya offer peluang untuk buat duit dan bisnes dengan Bling Buubies ke, Shaklee Euphoria ke, katanya tak boleh sebab dia pemalu, tak pandai menjual dan tak reti bercakap dengan orang. Saya pun macam tu. Kalau jumpa saya di luar, saya tak becok macam dalam blog atau laman sosial atau chatting room mana-mana. Jadi, gunakan kelebihan di situ. Tapi, kalau sendiri tak mahu tu saya tak boleh buat apa lah.
Lagi satu kita kena ada tujuan atas apa yang kita laksanakan. Ramai yang saya jumpa, buat bisnes sambilan, bila ditanya tentang perancangan masa depan, jawabnya dia cuma suka-suka saja. Boleh, bukan tak boleh, tapi kalau sekadar suka-suka saja, kita tak ke mana. Sampai ke sudah pun suka-suka saja.
Ramai juga yang nak bisnes yang senang. Hakikatnya bisnes ni memang tak mudah dan ada risiko. 5 angka dari rumah, sesungguhnya bukan dengan goyang kaki. Kecuali tukang jahit (tapi sekarang mesin jahit dah moden tak perlu goyang-goyang kaki lagi dah). Ramai, bukan sedikit ya, yang sign up untuk jadi affiliates perniagaan saya -apa2 saja- lepas tu datang balik dan berkata “Tak jadi pun, tak ada pun orang datang beli dengan saya. Kata bisnes ni bagus sangat”.
Ada ke macam tu? Kalau buka 7-Eleven kat tengah-tengah hutan Banjaran Titiwangsa ada orang nak singgah beli ke?
Yang menjadikan bisnes itu berjaya bukan bisnes itu sendiri, tapi siapa yang menjalankan bisnes tersebut.
Jadi, belajar, merancang, dan lakarkan hala tuju hidup, keluarga dan bisnes anda 🙂
P/S: Sesiapa nak menjana pendapatan sebagai reseller/ejen/stokis/affliate produk kesihatan Shaklee boleh hubungi saya
Leave a Reply