Dulu2 pun saya tak faham apa kaitan supplement dengan ubat. Sebab bendanya sama je, dalam bentuk pil atau cecair… bila kita tak sihat doktorkasik vitamin jugak..
Tapi bila dah besar, banyak membaca dan melalui beberapa pengalaman yang melibatkan isu kesihatan, saya nak kongsi dengan semua yang masih keliru dengan isu ini. Saya tambah milk booster, untuk perkongsian ibu menyusu juga.
Supplement/Vitamin
Bila kita makan sesuatu, tujuan sebenar kita adalah untuk mendapatkan nutrient dalam makanan itu i.e. vitamin dan mineral. Kita makan nasi, orang putih makan kentang, untuk dapatkan karbohidrat. Kita makan ulam, orang putih makan salad, untuk dapatkan vitamin dan serat.Kita makan ikan kembung, orang putih makan salmon untuk dapatkan protein. Itu adalah anugerah Allah yang semulajadi untuk kita nikmati dan serapi khasiatnya.
Sekarang ni, atas kesedaran mereka yang mementingkan kesihatan, vitamin2 ni boleh didapati dalam bentuk pil, kenapa?
- Terlalu banyak pencemaran di dunia sekarang hinggakan sumber semulajadi tidak dapat nak mengawal radikal bebas*
- Cara penyediaan makanan menghilangkan vitamin dan mineral dalam makanan, i.e. memasak terlalu lama, menggunakan haba yang panas, etc.
- Pengambilan makanan segera dan minuman ringan.
- Aktiviti yang tidak sihat membuatkan tubuh kurang efisen untuk sintesis vitamin.
*Radikal bebas ialah hasil uraian dari tindakbalas sel dalam tubuh kita. Secara semulajadi tubuh kita mampu menyerap radikal bebas ini, tapi disebabkan oleh terlalu banyak pencemaran, tabiat yang tidak sihat menyebabkan radikal bebas terlalu banyak lalu badan tidak berupaya meneutralkannya. Jadi molekul oksigen yang reaktif ini akan bertindakbalas dengan sel2 badan kita yang lain, merosakkannya, dan menukar DNA sel2 itu. MEeurut teori, penyakit kanser dan penyakit oleh sebab penuaan adalah disebabkan tindakbalas ini.Satu cara untuk menghapuskan radikal bebas ini ialah dengan mengambil antioksidan yang terdapat dalam buah-buahan yang tinggi kandungan karoten, vitamin E dan vitamin C.
Secara amnya, vitamin adalah untuk menjaga sistem dan sel badan kita. Ia adalah PENCEGAHAN.
Ubat
Kebanyakan ubat adalah dari jenis2 dadah (drug) yang digunakan untuk mengubat sesuatu penyakit. Contohnya paracetamol adalah untuk menurunkan suhu badan. Ubat kita mabil bila kita sakit SAHAJA. Kalau kita ambil ubat semasa tak sakit, itu namanya cari penyakit. Penyalahgunaan ubatan ini boleh membawa kemudaratan, contohnya ubat batuk boleh menghasilkan kesan khayal.
Ubat BUKAN vitamin. Ubat adalah untuk RAWATAN, bukan pencegahan. Tidak boleh samakan ubat dengan vitamin, kerana dalam makanan harian kita seperti buah oren mengandungi vitamin C tapi tak ada paracetamol di dalamnya.
Milk Booster
Juga disebut galactagogue untuk meningkatkan penghasilan susu badan. Milk booster boleh jadi dari sumber semulajadi seperti longan kering, alfalfa. PEMBETULAN -TQ to Fid: Ubat-ubat seperti maxolon dan sebagainya bukan galactagogue sebaliknya jika diambil ia memberi kesan sampingan iaitu menghasilan susu badan.
Sekali lagi ubat2 seperti Maxolon,Perimperan dan sebagainya BUKAN SUPPLEMENT dan tidak boleh dipanggil supplement. Supplement dalam ertikatanya ialah bermaksud pemakanan tambahan, tapi ubat2 hormon atau drug itu bukan makanan tambahan. Secara peribadi saya tidak menggalakkan ibu menyusu mengambil ubat2 seperti yang tersebut di atas, kerana ia bukan keperluan sejati badan kita. Tubuh kita tidak memerlukan maxolon kecuali dalam keadaan tertentu. Malah maxolon itu tujuannya bukan untuk menambah susu badan, tapi kesan sampingan dari pengambilannya menyebabkan ibu menghasilkan susu badan.
Tapi dari sumber semulajadi seperti alfalfa, walaupun tidak sebagai milk booster, kita masih boleh mengambilnya sebagai salad dan ia tidak mendatangkan kesan kepada kesihatan.
Kenapa Ibu Mengandung Doktor Beri Vitamin tapi Ibu Menyusu Tidak?
Doktor2 atau Kementerian Kesihatan perlu memastikan ibu dan kandungannya selamat sepanjang kehamilan dan kelahiran. Kekurangan vitamin akan menyebabkan ibu mungkin mengalami anemia, tumpah darah, bayi tidak membesar dan sebagainya. Sebab tu setiap kali check up ibu kena check air kencing, tekanan darah, etc.
Tetapi bila bayi dah lahir, semua risiko tu dah tak ada. Ibu dah tak perlu nak buat check up bulan2. Baby pun cuma check up untuk imunisasi. Kemudian, pilihan untuk menyusukan bayi dengan susu apa pun terletak di tangan ibu. Jadi kenapa nak kena bagi vitamin kan. Kecuali kalau baby tak berapa sihat, ada masalah mungkin doktor akan beri vitamin.
Itu tidak bermakna hanya ibu mengandung yang wajib ambil vitamin. In fact all of us need it. Jangan kata you tak payah ambil vitamin, in fact dalam makanan harian you pun ada vitamin & those vitamins lah yang membina sel2 badan you.
Cuma bila ia dibuat dalam bentuk pil, ia menjadi sesuatu yang asing. Orang panggil ia sebagai ‘ubat’. Orang malas nak makan vitamin sebab katanya boleh ambil dari sumber semulajadi.
Well kita boleh makan sayur berkilo2, tapi tahukah betapa proses pemanasan itu memusnahkan vitamin C. Malah sayur yang dah dimasak selepas 2-3 jam baru dimakan mengeluarkan sejenis enzim yang boleh memberi kesan kepada sel2 badan kita secara perlahan2.
Pemakanan tambahan/supplement/vitamin ni sebenarnya adalah satu cara penjagaan kesihatan kita. Jangan sampai dah sakit2 baru lah nak makan vitamin itu ini. Alangkah bagusnya kalau kita mulakan dari awal, sel2 dan sistem badan kita terjaga.
Pesanan dari arwah bapa mentua saya, yang dah pulang ke Rahmatullah pada 2008, selepas 6 bulan disahkan mengidap lukaemia… katanya “Semasa sihat ni ambil lah vitamin supaya sel2 badan kita kuat. Bila dah sakit, sel badan dah rapuh. Vitamin pun dah tak bagi kesan. Ubat pun cuma nak kurangkan sakit je”.
Memang hidup mati kerja Tuhan, tapi usaha tu di tangan kita. Jangan bila dah kena baru nak salahkan orang, dan ada yang lebih teruk lagi salahkan Tuhan!
Leave a Reply