Saya dah 14 hari berpantang. Baby Danny pun dah dapat surat beranaknya, maka rasmilah nama DANNY AL-FIRAS (sebut Da-Ni, bukan De-Ni).
Setelah 7 hari bersama emak saya (mak ambil cuti dan datang menjaga saya di KL), kami balik ke kampung untuk akikah Baby Danny. Dan kini berada di KL semula untuk tempoh pantang yang seterusnya.
Berpantang sendiri.. menang besar la cabarannya, maklumlah dengan anak-anak lain yang masih kecil juga. Anak-anak saya, baik Hafiy mahupun Fahry masih jugaklah nak bermanja-manja… yelah diorang pun kecil lagi kan. Mujurlah sekarang adik saya yang no.4 ada di rumah (sebenarnya dia datang nk kerja), jadi adik saya yang tolong jagakan diorang, cebok, mandikan, etc. Siang-siang legalah sikit sebab kedua-dua abang besar tu ke taska.
Sebenarnya saya memang dah biasa pantang sorang-sorang, sejak zaman Hafiy lagi. Walaupun semasa berpantangkan Hafiy, saya di rumah ibu bapa saya, tapi mereka tu kerja. Sesekali nenek saya datang teman, banyak2 kali saya dengan Hafiy aje lah di rumah 🙂 tapi bab masak2, mak saya sediakan, bahan2 mandi (daun kayu) pun dia sediakan.
Kali ni masak-masak saya buat sendiri. Tak ada lah susah pun sebab masak pun simple2 saja…
Sharing apa yang saya ambil/buat semasa pantang:
1. Vitamin Shaklee
Saya memang ambil semua-semua ni. Banyak kan? Tapi saya jenis telan 4-5 biji pil sekaligus. Senang. Hehe.
Alhamdulillah, setakat ni tak ada lah sakit2 urat. Memang lah kalau boleh semua orang taknak ada sakit2 urat ni kan. Susu badan pun meriah. Untuk pertanyaan tentang vitamin2 ni boleh hubungi saya.
2. Makanan pemanas badan
Ibu Kauthar memberikan saya herba-herba Cina yang digunakan dalam masakan terutama sup. Terima kasih, Salwa!
Saya juga meminum air campuran longan kering dan kurma merah. Memang panas betul badan, uhuhu. Saya pergi ke kedai ubat Cina, orang situ suruh ambil sejenis herba untuk sejukkan badan, counter balik panas2 tu. Tapi saya rasa nanti dulu kot, sekarang memerlukan kepanasaaannnn.
Longan kering dengan kurma merah ni biasanya orang rebus, tapi saya rendam dalam air panas dalam bekas bertutup je…. lagi senang kerja.
3. Urut dan tungku
Saya menggunakan perkhidmatan seorang kakak dari Puchong (kalau nak tanya boleh contact saya). Sedap dia urut sebab tak sakit, dia urut pada urat. Service merangkumi tangas, mandi air rebusan daun kayu, tungku urut, mandi baby dan masak sekali untuk mak-mak yang berpantang sendiri. Saya ambil pakej 3-3-3, 3 hari awal, 3 hari tengah, 3 hari penghabisan.
Seronok berurut dengan akak ni sebab dia sangat peramah. Tak kering mulut bercerita hehe.
4. Makanan dalam pantang
Saya banyak ambil makanan bersup, taruk halia dan herba Cina tadi tu. Mak saya ada berikan belut, tapi belutnya masih hidup! Setakat ni tak ada orang yang sanggup nak siang 😀
5. Berbengkung
Saya berbengkung sendiri je, dengan menggunakan bengkung moden.
Senang gunakan bengkung moden, sebarang saiz pun boleh masuk. Saya pernah pakai bengkung kain yang ikat-ikat tu.. seminggu je boleh pakai, lepas tu dah longgar! Bengkung moden memudahkan, nak pakai pun senang sangat2. (Berangan nak Premium Beautiful tapi nak yang below RM1k, ada jual? Wakakaa)
6. Senaman ringan
Senam-senam ringan untuk kesegaran tubuh badan… gerakan2 lembut dan sikit2 je. Ye lah orang kata urat putus lah, urat terhimpit lah.. masa ni la nak regang2 kan.
Kalau nak kira pantang-larang orang tua-tua memang banyak. Kadang2 tu menyusahkan pun ada… tapi mana yang baik kita buat, yang rasa merapu tak payahlah dibuat kan. Apa-apa pun masa pantang kena banyak2 berehat.. biar pulih semua yang dalam-dalam. Maklumlah lama lagi nak pakai 🙂
Leave a Reply