Belajar Dari Wardina

admin Avatar

Siapa tak kenal Wardina Safiyyah kan?


Wardina bagi saya (dan mungkin ramai lagi) adalah salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan dan tauladan.

Mendengar kisah Wardina sebenarnya, banyak yang kita boleh aplikasi dalam kehidupan, terutama dalam hal keibubapaan.

Dari cerita beliau, semasa kecilnya beliau hadapi krisis identiti, yang mana lahir dalam keluarga kacukan. Anak Melayu ke anak Mat Saleh ke.. Dan ibu beliau, anak kepada seorang imam meneruskan tradisi yang boleh saya katakan kepimpinan melalui tauladan tanpa penerangan.

Misalnya suruh solat tapi anak tak tahu kenapa kena solat.

Saya teringat masa saya kecil pun begitu. Saya tak diberitahu kenapa kita kena solat. Jadi kita solat mengikut mak ayah dan orang2 lain yang solat. Sehingga solat menjadi sebahagian dari hidup kita tapi kita pun taktau kenapa.

Sepertinya kita tak tahu kenapa kita bernafas dan kenapa kita boleh mati kalau berhenti bernafas.

Jadi dari teladan Wardina tadi, beliau mengambil langkah menerangkan kepada anak2nya tentang kenapa begitu kenapa begini. Ya kerana dalam diri setiap orang ada perasaan “kenapa tu” cuma dari segi penzahiran saja.. Mungkin ada yang zahirkan mungkin ada yang buat tak tau je.

Hinggakan sesetengah orang mengambil tindakan memberontak sebab nak tahu kenapa tu 🙂

Kalau rajin ikutilah celoteh beliau dalam Twitter atau FaceBook atau kolum yang ditulisnya. Secara peribadi saya amat kagum dengan beliau, kuat bekerja dan pada masa yang sama tidak mengabaikan keluarga. Bertemu secara personal menampakkan beliau seorang yang amat mudah didekati dan orang kata ‘tak cover-cover’.

Semoga lebih ramai ‘Wardina’ yang muncul memberi mesej yang baik buat wanita2 lain yang masih tercari2 identiti Muslimah yang sejati 🙂

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Belajar Dari Wardina”

  1. Fara Avatar

    Sedikit sebanyak, sy juga kagum dgn dia. Bermula dgn kebebasan tanpa had. Dan tiba2 berubah atas kehendak diri sendiri tanpa paksaan. Bukan keputusan mudah. Dan sy juga pnh melalui fasa yg same. Krisis identiti tanpa sebab.

    =D

  2. eliss Avatar

    saya pun kagum dengan dia macam kagum dengan mommy Lyna. seriyes 🙂 bilo la nak jupo dio jugok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge