Bila kita semak balik kejadian H1N1 ni, selain dari teori konspirasi, sebenarnya ia banyak berbalik semula kepada fitrah kita, fitrah suci manusia dalam usaha nak mencegah H1N1 ni.
Antara langkah pencegahan H1N1 –
Usaha pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan:
- Amalkan cuci tangan dengan sabun terutama selepas menggunakan tandas atau menyalin lampin, sebelum menyediakan makanan, sebelum dan selepas makan, selepas memegang objek awam, etc.
- Tutup makanan dan jangan biarkan terdedah.
- Pakai mask kalau batuk, selsema, bersin dan demam. Jangan sebarkan kuman2 anda kepada orang lain.
Usaha pencegahan melibatkan pemakanan:
- Banyakkan makan buah buahan segar.
- Banyakkan minum air kosong.
- Pengambilan vitamin untuk kuatkan imuniti badan.
- Banyakkan makan sumber protin seperti ikan.
- Breastfeeding 😀
Usaha pencegahan melibatkan spiritual:
- Banyakkan berdoa.
- Tawakkal.
- Bergantung harap pada Allah.
Kata Abiy, tak payah nak stress-kan benda di atas dan kaitkan dengan selsema babi H1N1 ni la.. sebab semua tu memang patut kita buat bila2 masa pun. Agaknya Tuhan pun sengaja nak turunkan H1N1 ni biar kasi ingat sikit umat manusia 😀
Apa-apa pun, memang.. setiap kejadian tu ada sebab dan musababnya. Dan tak ada apa yang dijadikan Allah itu sia-sia. Walaupun nampak buruk di mata kita. Allah pun dah berfirman, yang mungkin apa yang kita tak suka tu baik bagi kita, dan mungkin yang kita suka tu tak baik bagi kita.
Tapi tak adalah kita kena duduk diam menadah takdir. Wajib bagi kita untuk berusaha menjauhi wabak ni. Ini lagi antara usaha pencegahan dan penawar H1N1 :-
Kuatkan imuniti badan:
- Nutriferon dari Shaklee – … hubungi saya kalau nak order.
- UMI dari Agel.
- Ambil supplement untuk kuatkan imuniti seperti Vitamin C, protein, etc.
Tangani virus dan mikrob H1N1:
- Formula Dr. Nashuha.
Penawar/ Antivirus/Antidot H1N1:
- Formula Saudacare
- Formua Dr. Wan Mahani (@miela77)
Petua2 Mencegah dan Merawat H1N1 yang boleh dicuba:
- Masukkan kurma ke dalam mangkuk, tuangkan air kelapa dan biarkan selama sejam. Kemudian kurma dimakan dan air kelapa diminum.
- Makan sekurang2nya 6 biji epal hijau sehari selama diserang wabak.
- Minum jus oren segar.
- Minum air ECPI sekurang2nya 5 liter sehari.
- Bancuh gula melaka dgn air panas dalam gelas mcm teh o pekat. Pastu ambil secubit garam campurkan skali. Dah sejuk minum dengan selawat.
- Kopi Radix dari HPA.
- Sentiasa bawa cengkih dan kulit kayu manis ke mana-mana. Bila dah mula bersin, mamah 5 kuntum cengkih dan 1/2 inci kayu manis, 2-3 X sehari.
- Bila ada tanda2, guna 1/2 inci kayu manis , 5 kuntum cengkih, 1/4 – 1/2 jari halia hidup, 1/4 – 1/2 jari kunyit hidup & 5 biji lada hitam. Tumbuk hingga lumat. Tambah 1 cawan air panas dan minum, 2-3 kali sehari
*SUMBER: email forward.
Apa-apapun kita kena yakin semua penyakit tu datang dari Allah, dan sesiapa terkena penyakit tu kemudian meninggal kerananya adalah dah tertulis di lukh mahfuz. Cuma tanggungjawab kita untuk menghindarinya dan mengawalnya.
Bersama memerangi selsema babi dan virus H1N1!
*tak selera nak pegi pasar Ramadhan sebab foodnya kebanyakan tak bertutup. Dah2, jangan sorok gula lagi kang langsung orang tak pegi. Eheh.
**Mama Emma ada gossip pasal vaksin H1N1..
Leave a Reply