Antara dilema yang dihadapi oleh ibu yang menyusukan anak ialah apabila susu mula merudum. Adakah ini petanda susu ibu mulai kering?
Tidak.
Kecuali jika ibu mengalami perubahan tertentu seperti sakit, mengambil ubat, mengandung dan sebagainya.
Dalam keadaan biasa, susu ibu tidak kering selagi anak masih menyusu.
Perangkap ibu-ibu terutama ibu baru apabila menghadapi masalah ini ialah – BACK UP DENGAN FORMULA. Ini adalah praktik yang salah kerana ia bukan saja mengganggu proses penyusuan eksklusif, malah mengurangkan stimulasi yang sepatutnya.
Ini adalah kisah saya sendiri, yang mana saya mengalami masalah susu merudum yang sangat dahsyat selepas balik dari umrah.
Dari purata 20 oz sehari kepada 3 oz sehari.
Apa? Ambil milk booster? Ambil supplement? 😉 FYI saya adalah pengamal supplement dan untuk pengetahuan semua, supplement bukan PENYEBAB susu ibu menjadi banyak. Ada rahsia di sebaliknya… Itu cerita lain.
OK, bila susu saya merudum sehingga 70%, sudah pasti saya jadi resah. Betul kan? Siapa tak susah hati.
Jadi, apa yang saya lakukan?
(1) Praktikkan HYPNO-BREASTFEEDING. Ya, ramai yang kata ia bermula dari minda. Jadi perlu sentiasa positif dan yakin bahawa masalah ini dapat diatasi.
(2) BERSYUKUR sedar atau tidak, kita cuma tahu bersyukur selepas mendapat nikmat. Sedangkan sebenarnya nikmat itu akan datang lebih banyak bila kita bersyukur sebelum nikmat tu datang.
(3) BERDOA maaf cakap, saya dapati ramai ibu yang tidak amalkan ini. Berdoa untuk susu yang banyak dan mencukupi untuk anak. Tak perlu nak hafal2 doa tertentu pun tak apa (kalau hafal lagi bagus), doa je dalam bahasa Melayu atau bahasa apa pun. Allah faham.
3 elemen di atas perlu ada dalam diri setiap ibu yang menemui masalah dalam penyusuan. Kemudian..
POWER PUMPING
Ya, saya masih ingat seorang ibu mengadu kepada saya tentang susu badannya yang kurang. Beliau bertanya apakah milk booster atau supplemen extra lagi yang patut beliau ambil (beliau juga mengamalkannya).
Saya jawab mudah saja. Makanan harus seimbang, dengan semua elemen mengikut piramid makanan. Suplemen atau milk booster adalah pilihan. Seperti anda memilih baju, asasnya menutup aurat, kemudian warna, jenis kain, hiasannya… Semua terpulang kepada empunya badan.
Namun, sebagus mana milk booster itu pun, jika tiada stimulasi (dari pam atau bayi), tiadalah akan berhasil. Kerana susu ibu berkonsepkan – pengeluaran berdasarkan permintaan. Makin banyak permintaan, makin banyak pengeluaran.
Lalu saya meminta beliau melakukan power pumping. Beliau yang pertama kali melakukannya, mengikut saja tips saya.
Selepas seminggu belia menghubungi saya “Terima kasih, Mommy Lyna! Sekarang susu saya dah banyak semula. Bagus lah power pumping ni,”
Syukur alhamdulillah.
Dan itu jugalah praktik saya selama 2 minggu kebelakangan. Setiap hari, saya melakukan power pumping 1 atau 2 kali.
Berapa lama baru nampak hasilnya? Sesungguhnya bukan overnight. Ramai ibu yang give up power pumping sebab katanya tak ada perubahan pun..
Ia bukan magic ya. Sehari dua memang tak nampak apa2. Saya sendiri selama 3 hari masih mendapat amaun yang sama. Hari ke-4 ada peningkatan sikit.
Dan saya mengambil kita semua aspek secara holistik. Fizikal, emosi…
Sabar.
Syukur.
Alhamdulillah selepas 2 minggu, susu saya dah 80% recover. Bermakna saya masih kurang 4 oz untuk kembali kepada asal. Dan daripada amaun semasa merudum hari tu, ia dah meningkat sebanyak 250%!
Jadi, buat ibu2 yang mengalami nasib yang sama.. Jangan berputus asa, berusaha, berdoa, bersyukur dan bertawakallah. Pasti Allah tidak membiarkan hamba-Nya selepas Dia memerintahkan ibu2 untuk menyusukan anak dengan lengkapnya selama 2 tahun.
Insya-Allah, biidznillah.
Sekiranya ada di antara pembaca yang ingin berkongsi masalah atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman saya, bolehlah hubungi saya : sauberlina(@)gmail.com.
—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).
Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.
||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||
Leave a Reply