Saya sebenarnya kadang-kadang tak suka dengan email2 forward ni. Tapi baca jugak. Hehe.
Antara email yang berkaitan anak2 yang saya selalu dapat ialah bahaya Vicks dan hand sanitizer.
Kes SATU, sorang bapa yang meluahkan perasaan anak dia kena penyakit berkaitan dengan hati akibat penggunaan Vicks. Dan yang KEDUA sorang kanak2 hospitalized sebab termakan hands sanitizer.
Memanglah niat mereka baik untuk memberi awareness tentang bahaya benda2 di atas. Tapi kadang2 tanggapan pembaca akan nampak mesej – VICKS BAHAYA, JANGAN GUNA. HANDS SANITIZER BAHAYA, JANGAN GUNA.
Perkara pertama bila membeli barang2 ialah dengan memeriksa dan membaca label. Saya memang label curious, setiap kali nak beli apa2 terutama makanan, mesti tengok harga cop halal. Kemudian ingredient dan apa2 yang tertulis. Ingat lagi masa nak beli susu masa pregnant dulu, duk compare2 nutrition value among susu2 tu 🙂
Masa nak beli Vicks untuk anak dulu, saya baca label dan ada tulis : Tidak sesuai untuk kanak2 2 tahun ke bawah OR Untuk kanak2 2 tahun dan ke atas sahaja, even Balm untuk children pun ada tulis untuk 2 tahun ke atas sahaja. So dah well said kan. Sapa yang pakaikan Vicks kat anak bawah 2 tahun, bukan salah Encik Vicks la kan. Dia dah warning awal2, tapi kenapa tak baca betul.
Tapi sekarang Children’s VaporBalm brand 21st Century dah tak ada warning tu. Dulu dia ada tulis warning that ia tak sesuai untuk kanak2 di bawah usia 2 tahun. Sekarang tidak lagi 🙂
Dulu takleh, sekarang dah boleh.
Tak nampak pulak, maklumlah pakai kamera phone je. Nak baca pegi tengok sendiri kat farmasi/kedai. Ni saya beli kat Watson.
& dia ada add yang product tu takde champor so sesuai utk semua peringkat umur.
Tataula kalo dia saja kata tanpa Champor sebab nak lakukan product dia kan?
Now boleh lah dapatkan Vapor Rub for Children dari 21st Century 🙂
dan kalau nak lebih tanpa was-was lagi boleh cuba product anti virus yang dijual oleh Kak Miela77. Fungsi dia lebih kurang dengan vicks (bole sapu di leher dan dada bile selesema), malah lebih lagi! Nak tau detail jengah saja ke blog beliau.
Di peket hand sanitizer pula, dia ada tulis, ‘JAUHKAN DARI KANAK2’. Aduh, so kalau ada budak yang terambil dan tertelan tu, salah siapa… Tokei kilang awal2 dah warning supaya jauhkan dari kanak2 kan.
Jadi, bawak-bawaklah baca label dan latihlah anak-anak kita membaca label. Mesti ada sebab diorang tulis panjang2 kat kotak packaging tu kan. Banyak faedahnya tabiat membaca label ni. Selain dapat mengelak terkena benda yang tak patut, ia juga salah satu cabang membaca. Kalau bab membaca ni bukan semata2 baca buku je, tapi baca label, baca tag, baca signboard…
Sebut pasal signboard, saya suka baca signboard. Ada pernah sekali saya (kami ramai2) tersesat di KL, tapi saya dapat mengagak kami di mana berdasarkan signboard dan papan iklan yang saya hafal semasa melalui jalan yang sama beberapa ketika dahulu.
Tak rugi bila kita rajin membaca walaupun mungkin ada orang kata ‘gile ape orang ni semua benda pun dia nak baca!’
Leave a Reply