Baca Label Terlebih Dahulu dan Vapor Rub Sesuai Untuk Kanak-Kanak

admin Avatar

Saya sebenarnya kadang-kadang tak suka dengan email2 forward ni. Tapi baca jugak. Hehe.

Antara email yang berkaitan anak2 yang saya selalu dapat ialah bahaya Vicks dan hand sanitizer.

Kes SATU, sorang bapa yang meluahkan perasaan anak dia kena penyakit berkaitan dengan hati akibat penggunaan Vicks. Dan yang KEDUA sorang kanak2 hospitalized sebab termakan hands sanitizer.

Memanglah niat mereka baik untuk memberi awareness tentang bahaya benda2 di atas. Tapi kadang2 tanggapan pembaca akan nampak mesej – VICKS BAHAYA, JANGAN GUNA. HANDS SANITIZER BAHAYA, JANGAN GUNA.

Perkara pertama bila membeli barang2 ialah dengan memeriksa dan membaca label. Saya memang label curious, setiap kali nak beli apa2 terutama makanan, mesti tengok harga cop halal. Kemudian ingredient dan apa2 yang tertulis. Ingat lagi masa nak beli susu masa pregnant dulu, duk compare2 nutrition value among susu2 tu 🙂

Masa nak beli Vicks untuk anak dulu, saya baca label dan ada tulis : Tidak sesuai untuk kanak2 2 tahun ke bawah OR Untuk kanak2 2 tahun dan ke atas sahaja, even Balm untuk children pun ada tulis untuk 2 tahun ke atas sahaja. So dah well said kan. Sapa yang pakaikan Vicks kat anak bawah 2 tahun, bukan salah Encik Vicks la kan. Dia dah warning awal2, tapi kenapa tak baca betul.

Tapi sekarang Children’s VaporBalm brand 21st Century dah tak ada warning tu. Dulu dia ada tulis warning that ia tak sesuai untuk kanak2 di bawah usia 2 tahun. Sekarang tidak lagi 🙂

vapor balm

Dulu takleh, sekarang dah boleh.

vick kANAK KANAK

Tak nampak pulak, maklumlah pakai kamera phone je. Nak baca pegi tengok sendiri kat farmasi/kedai. Ni saya beli kat Watson.

& dia ada add yang product tu takde champor so sesuai utk semua peringkat umur.

no champor

Tataula kalo dia saja kata tanpa Champor sebab nak lakukan product dia kan?

Now boleh lah dapatkan Vapor Rub for Children dari 21st Century 🙂

dan kalau nak lebih tanpa was-was lagi boleh cuba product anti virus yang dijual oleh Kak Miela77. Fungsi dia lebih kurang dengan vicks (bole sapu di leher dan dada bile selesema), malah lebih lagi! Nak tau detail jengah saja ke blog beliau.

Di peket hand sanitizer pula, dia ada tulis, ‘JAUHKAN DARI KANAK2’. Aduh, so kalau ada budak yang terambil dan tertelan tu, salah siapa… Tokei kilang awal2 dah warning supaya jauhkan dari kanak2 kan.

Jadi, bawak-bawaklah baca label dan latihlah anak-anak kita membaca label. Mesti ada sebab diorang tulis panjang2 kat kotak packaging tu kan. Banyak faedahnya tabiat membaca label ni. Selain dapat mengelak terkena benda yang tak patut, ia juga salah satu cabang membaca. Kalau bab membaca ni bukan semata2 baca buku je, tapi baca label, baca tag, baca signboard…

Sebut pasal signboard, saya suka baca signboard. Ada pernah sekali saya (kami ramai2) tersesat di KL, tapi saya dapat mengagak kami di mana berdasarkan signboard dan papan iklan yang saya hafal semasa melalui jalan yang sama beberapa ketika dahulu.

Tak rugi bila kita rajin membaca walaupun mungkin ada orang kata ‘gile ape orang ni semua benda pun dia nak baca!’

admin Avatar

18 responses to “Baca Label Terlebih Dahulu dan Vapor Rub Sesuai Untuk Kanak-Kanak”

  1. DNNA Avatar

    TQ mommy lyna …

    Nak tambah sket bole tak? TQ

    Pastu kan rakan-rakan, kalau beli barang especially makanan dalam tin tu kan, jangan lupa baca / tengok expiry date dia ya … Last but not least, jangan beli tin yang dah kemek ye.
    .-= DNNA´s last blog ..MamaTisya Duit Raya Giveaway =-.

  2. yumyum Avatar

    haa betul2, mesti baca label. kitorang dulu kat japan semua food mmg kena belek satu sbb kalau tak ada alcohol, mesti ada animal extract especially pork. roti kacang merah punn nak letak pork, alcohol bagai. dah la ingredients dia selalu tukar, selama ni boleh makan, tiba2 jadi tak boleh makan.
    so bila balik sini dah jadi habit mesti nak baca ingredients b4 beli.

    jgn lupa baca expiry date ubat juga, last week beli ubat dekat guardian, tgk2 expired bulan 5 . bila nak tukar semua ubat yg sama on that shelf tu dah expired rupanya. nasib baik alert. kalau tak, org lain pun terkena.

    🙂

    1. dressar che lie Avatar
      dressar che lie

      nak mencelah sket lagi laaa… ubat batuk/dalam botol.. setelah dibuka penutup (ubat batuk), ia hanya boleh bertahan selama 3 bulan. itu yang disarankan oleh Pharmacist… selepas tu kalau dah lbh tarikh tu, ubat yg diberikan kpd anak2 tidak memberi kesan atau mungkin menambahkan bahaya…

      sy tau la sket2, sebab dah kerja dressar… hehe

  3. fid Avatar

    hahahhahaaa
    malaysian memang suka TAK BACA label begitu juga dengan instruction book
    apa ingat murah mau buat label???
    marah ni!

    berikutnya
    dah ko letak vicks macam lumur tepung kat ikan yang nak digoreng mau tak kena side effect…guna berpada-pada laaa

    hand sanitizer…
    sapa suruh mkn????
    .-= fid´s last blog ..rumah baru =-.

  4. miela77 Avatar

    Memang da jadi habit rakyat malaysia membeli sewenangnya tanpa meneliti kandungan terlebih dahulu.. daku paling pantang kalau anak2 beli coklat atau gula2 dari thailand..dah sah2 bermacam2 ingredient yang merapu dicampur didalamnya.. tapi itulah yang banyak terjual di kedai2 runcit even di sekolah sekali pun. Payah kita nak pantau … kalau dengan kita senangla..

    N thanks a lot for promoting my antivirus eh.. hanya pengguna yang pernah menggunakan produk ini je tau dan rasa keberkesanannya.. sharing is caring…
    .-= miela77´s last blog ..UK Anti-Virus Formula Bio-Tech Herbal – Sesuai Utk Mencegah H1N1…Sticky Mode =-.

  5. akak su Avatar

    samala cam akak pun, guna gak vicks ni utk anak…tapi alhamdullillah setakat ni tiada sebrg masalah..lagipun bukannya kita letak byk…sapu ckit2 aje

  6. littlemama Avatar

    ha ah..vicks calit sikit2 dah la… yg pegi letak kat hidung budak bwh 2 tahun pesal.. orang kalau dah terkena memang cari alasan nak salahkan manufacturer.. padahal silap kat pengguna.. tak nak BACA label/instruction.

    mcm kerusi bumbo la.. sah2 tulis jgn letak atas tempat tinggi.. pegi jugak letak.. bila baby jatuh sampai koma.. disalahkan kerusi bumbo tu tak selamat.. tak ikut piawai…salah sendiri tak nampak…ho..ho
    .-= littlemama´s last blog ..Our House Almost on Fire!! =-.

  7. jua Avatar

    vicks hijau tu mmg i tak guna kat anak i sejak dia baby. panas sangat kan vicks hijau tu. itu lah dia kata tak sesuai utk budak bawah 2 tahun. i guna vaporbalm ni jelah dari dulu sbb sil i pharmacist kata yang ini boleh utk baby. dah orang kuat kata boleh, sebab dia pakar bab2 baca label..i ikutlah.

    lepas pakai, rasa macam nak melahap anak sendiri. boleh?
    .-= jua´s last blog ..Ibu dan Facebook!! =-.

  8. eliss Avatar

    semak label dulu !! 🙂

    eliss pun memang suka baca label…
    .-= eliss´s last blog ..Sama Nama =-.

  9. ummuwafi Avatar

    Teringat dgn habit diri sendiri….
    Suka sgt membaca label, sign boards, buku manual n every single thing yg printed or non-printed, as long as ada words and alphabets. (tapi buku malas baca pulak).
    Pantang nampak kotak, instructions kat kotak, packaging barng..semua mesti baca.
    But i think it’s really a very good habit…bnyk membantu diri ini.
    .-= ummuwafi´s last blog ..Negeri Di Bawah Bayu – Part 2 (24-27 July 2009) =-.

  10. jiji Avatar

    kena peka,bukan setakat ubat, ni makanan pon.. kadang kita syok nak kasi anak makan itu ini… jarang sangat membaca…
    .-= jiji´s last blog ..House Warming Contest | Want to win a Blog Makeover? =-.

  11. farah Avatar

    btul tu lyna..kena baca label utk setiap produk yg kita beli….lagi2 kalau product tu plak untuk baby…afif tu dahla banyak alergicnya..

    saya pon pakai vaporbalm 21st century ni utk afif….
    bau die dah la wangi..tak macam bau vicks tu..so takdela sesak nafas anak kita kalau guna pon hahaha
    .-= farah´s last blog ..Tips penjagaan bersalin c-sect =-.

  12. i am a mummy Avatar

    yep. the purpose of the label is to read kan. bukan to look n then blank je. its the matter of alertness or awareness. n i see that lotsa malaysian are lack of these 2. well.. this is based on experience. sbb my family owns a company and ade la jual our own product. dah terang2 ade label dkt product tu, sila simpan elok2. no direct sunlight. mcm tu lah bunyinya. tapi adelah beberapa hamba Allah ni, tak tgk langsung label tu, pi simpan dkt dlm kete yg sah2 kene direct sunlight .so bile dah rosak, ade hati nak marah2 n nak sue. dah byk kali dah jadi..
    .-= i am a mummy´s last blog ..nuffnang, beyonce and so and so =-.

  13. kak N Avatar

    Memang diakui kebanyakkan org tak alert pun dengan apa jua label.
    .-= kak N´s last blog ..Jangan tak BACA…siapa tak baca satu kerugian. =-.

  14. Nadiah Sidek Avatar

    ye la…kalau dh jd benda2 yg tak diingini…mudah je tuding jari pd org/benda pdhal salah sendiri. hmm..
    .-= Nadiah Sidek´s last blog ..Kereta dan Salji di Musim Luruh =-.

  15. zaila Avatar

    info yang cukup bagus;) well perangai Lyna samerlah macam hubby Zaila..kalau makanan tu dia akan pastikan ada label halal & dia yakin untuk makan..barulah dia akan ambik..maklumlah kita sebagai umat Islam kenalah aware sket ngan label halal haram ni coz nanti ia akan jadik darah daging kita kan..selain tu, hubby juga cukup alert bila beli barang baru..xkisahlah perkakas elektrik ke, baju ke, apa2 sahaja yang ada label..pasti dia akan baca sampai dia khatam & tahu fungsi setiap satu barangan tersebut..tapi zaila sendirik, malas nak baca..harapkan hubby jer..teruk sungguh!!

  16. laila Avatar

    lynna,
    saya pun mmg suka baca label… hehehehe…
    btw, utk encik yg nk guna vicks tu.. utk bb ada vicks special utk baby. so kalau nk guna utk bb belilah yg tu… tu pun jgn lupa baca jugak.. sbb utk bb bawah 3 bulan pun takleh…

  17. herbal katarak Avatar

    Terima kasih artikelnya kak. Sangat bermanfaat untuk pengetahuan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge