Dulu-dulu sy ingatkan, kalau kita nak hidup dengan sihat, kita kena bersenam. Makin banyak senaman kita buat, makin sihatlah kita.
Tapi bila saya masuk kelas-kelas Shaklee, dan buat pembacaan tentang nutrisi, rupa-rupanya bukan! Bersenam bukan saja tak cukup untuk hidup sihat, malah tak seimbang.
Bila kita bersenam sebenarnya tubuh kita akan mengalami stress. Sebab tu kita tak boleh membuat senaman yang terlampau atau bersenam tanpa adanya masa untuk memberikan tubuh kita rehat dan memulihkan diri. Bersenam ni seumpama membuat kerja-kerja yang berat. Ia membuatkan badan kita letih dan stress.
Sebab itulah saranan pakar-pakar nutrisi dunia, dan saranan Shaklee, untuk amalan gaya hidup sihat perlukan sekurang-kurangnya 3 perkara asas ni:-
– makan makanan seimbang
– bersenam
– mengambil supplements
Dr Bruce Miller meletakkan 2 lagi elemen untuk hidup sihat:-
– amalan kerohanian
– bersosial
Jadi setakat bersenam, atau setakat jaga makan saja, tak cukup untuk hidup sihat. Ya kita mungkin nampak sihat pada luaran, jarang sakit, jarang demam…. Tanpa kita sedari bahawa jarang demam tak semestinya sihat. Demam adalah signal yang diberi oleh tubuh kita bila ada ‘penceroboh’ di kalangan sel kita. Tak demam tak semestinya tiada jangkitan, tapi mungkin lampu signal dah rosak….
Jadi jangan lah ambil mudah hal-hal penjagaan kesihatan dan meletakkan ‘jarang demam’ ‘jarang sakit’ ‘tak pernah masuk hospital’ sebagai indikator kesihatan. Amalkanlah sekurang-kurangnya 3 perkara di atas, dan buatlah saringan kesihatan secara berkala. Jangan lupa ramai orang yang mati mengejut adalah yang ‘tak ada sakit’.
Leave a Reply