Di samping menggunakan kombinasi memproduk dari set kecantikan NutriWhite dan Enfuselle, saya juga masih mengamalkan cara tradisional untuk penjagaan kulit wajah. Haaa… Sejak zaman remaja lagi saya mengamalkannya.
Tahukah anda bahawa beras yang kita tanak jadi nasi tu sangat banyak zat dan galian terkandung di dalamnya? Antaranya ialah niasin, tiamin, riboflavin vitamin D, kalsium, fiber dan zat besi. Dari air basuhan sampailah produk akhir – nasi – semuanya berguna.
Saya mengamalkan mencuci muka dengan air basuhan beras. Ya, air yang biasa kita buang sesama membasuh beras tu. Ada orang guna air basuhan pertama, dan apa yg diajar kepada saya ialah air basuhan yang kedua. Mana yg lebih bagus saya pun tak pasti. Tapi saya tetap dengan yg kedua lah π
Air basuhan beras yang kedua ni saya simpan dalam bekas lain, untuk digunakan sebagai pencuci muka.
Ia juga boleh dijadikan toner dan masker. Sangat berguna kan?
Oleh itu jangan buang air basuhan beras tu.
Semasa menyapu air basuhan beras tu ke muka, bacalah doa dan selawat. Mudah-mudahan yang ada masalah kulit boleh selesai, dan yang cantik bertambah cantik βΊοΈ
– Posted using BlogPress from my iPhone
Leave a Reply