Sekarang ni kalau tak ada penapis air memang tak sah. Lagi2 la kalau pakai air paip yang diusahakan oleh syarikat2 perawatan air.. aduh kadang tu dapatla merasa mandi air teh O ais limau sehari dua.
Masa saya kecik2 dulu… kami tak guna air paip yang disalur dari pusat rawatan segala ni. Pam dari perigi je. Sejuuukk~~~
Sejak2 pindah rumah baru (my parents), dah tak pakai perigi dah. Lagipun rumah kecil di tepi sawah tak sesuai gali perigi. Nanti airnya payau.
Yang sadisnya bila dah pakai air paip ni.. air karat tu adalah perkara paling normal. Rasanya biasa je la kat mana2 tuh. Kat umah kampung tu kena tapis 2 kali, kat tempat air mula2 masuk & kat tempat outlet dia. Pastu kene frequent cucilah. Kalau tak agak2 karat yang accumulate tu boleh jual kat kilang besi buruk.
Masa di Miri dulu kami tak pakai penapis air, beli je air mineral kotak-kotak. Jimat… Balik KL Tok Ma pakai air R.O. dalam botol besar yang airnya tu tiap2 minggu abang van datang hantar. Cuma yang lecehnya nak mengangkat balang air yang berat gilosss tu, mau makin slip disk sesapa yang ada slip disk tuh.
Akhirnya kami telah sepakat nak beli water filter. Senang sikit keja tak payah tertonggeng-tonggeng angkat balang air.
Iniler filter yang dimaksudkan tuh. Bestwater nama dia yang memang BEST. Apa yang best pasal water filter bestwater ni?
- PORTABLE atau dalam bahasa kita, mudah alih. So kalau stok2 yang suka travel, jalan2, makan angin segala tu, bawak aje penapis air ni. Kalau pegi ke ceruk mana pun, especially bila bawak baby, terjamin air yang berkualiti untuk si baby terchenta.
- Saiz COMPACT. Sebab tu ler dia ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Masuk je dalam beg, setel.
- SENANG NAK PASANG. Tak payah install benda tambahan ke, tebuk2 dinding ke tak payah. Dia pun sesuai dengan semua jenis kepala paip kecuali pili Bomba.
- Ada INDICATOR bila patut TUKAR. Dia ada lampu LED hijau kelip2. Kalau lampunya dah bertukar menjadi merah, ia akan bertukar menjadi Ultraman. Oh memang lawak tak boleh blah, bila merah, kita tukarlah.
- Sebab dia compact, filter hanya perlu tukar SEKETUL saja. MURAH la berbanding kalo yang ada berketul2 kan. Agak2 dalam setahun sekali la kena tuka, so maintenance cuma RM498 per annum je.
- Kebaikan dia boleh tengok kat sini. KLIK JE.
Kalau ada pro mesti ada cons kan. Alah, semua benda pun macam tu. Mana ada benda perfect. Prefect pun ponteng kelas jugak Wakakakaka.
Contra-nya pulak:
- Dia ada Single 3-Stage Microfiltration Cartridge. Dia punya filter saiz is 0.2 micron. Kecik gila. Tu kalau area yang tahap kebersihan air paip di paras yang melampau pencemarannya, senang nak clog. Ada satu cerita orang Terengg*n* (nama negeri dirahsiakan atas sebab2 yang munasabah, aww~) ni pakai bestWater tak sampai 6 bulan dah tak keluar air. Marah2 lagi bengang dia bawak pegi office Shaklee. Sekali bila bukak, hambek kau penuh tanah liat! Hmm.. paham2 je la kualiti air kat Terengg*n* tu cemana. Tanah liat kau!
- Saiznya yang kecil menampakkan dia macam water filter murahan. Maklumla kalo penapis air lain tuh macam nak buat satu water treatment plant pulak dalam rumah. Ni seketul setuek je.. biar betul makcik ni kan. Tapi percayalahhhhhh dia memang standard wooo.
Namun yang paling best tetap yang no 1 kat atas tadi tu la : PORTABLE. Bayangkan le kalau kita travel mana2, hatta balik kampung pun kalo tempat yang takde water filter tu. Dalam masa travel tu la kita nak buat air minum, buat susu anak (untuk anak yang dah tak BF or tak BF lah)… kalau takde filter, hmm.. apa la agaknye yang masuk dalam perut anak kita tu kan. Ni senang, pasang ke kat kepala paip dia, then setel, air yang bersih dan terjamin mengalir keluar…
Haha ni mesti orang kata nak promo Shaklee ni. Promo tu promo la.. tapi kan bagus kalo dapat share benda baik camni kan. Lagipun sekarang ni ada offer you.
Harga asal (bukan retail price, tapi member price. Kalo retail lagi mahal lerr) RM2399. Sekarang ni ada diskaun, RM1499 je (Boleh buat 12-month installment)! Tapi kalau nak beli ni, tak boleh beli direct kat kedai dia/dengan ejen mana2 sebab nanti depa kenakan retail price.
Kalau minat nak tau boleh contact saya sebab saya member. Saya boleh la dapatkan harga member untuk sesiapa yang minat. Sementara ada diskaun ni kan.
Apa beza BestWater ni dengan water filter brand lain? Kat SINI diorang ada letak Comparison Chart. Tapi bagi saya yang tak boleh nak blah-blah adalah tu lah… harga yang lebih murah (diskaun summore kan), maintenance pun tak banyak & portable! Senang makcik nak travel kang tak payah beli2 air mineral ke minum2 air paip ke.. hehe.
Memang ada beza air yang kita tapis dengan tak tapis. Ada sekali tu Abiy lupa nak setkan penapis so dia kuarkan air paip. Air tu me bawak pegi office. Bila nak minum tu tengok rupa dia lain macam je.. ada banyak bubble kat dinding bekas air. Pastu ada rasa klorin, pastu rasa dia ‘keras’ semacam je.’ Terus mesej Abiy “You tapis tak air ni Bang?” Hahaha dia kata dia tak perasan. Sah2 la tu.
Mula2 start minum air tapis BestWater ni, ada la rasa loya2 sikit. Maybe sebab dah biasa minum air R.O. yang beli tu so body yang ‘biasa dengan air mahal’ ni susah nak switch. Sekarang dah OK. Senang pun senang sebab tak payah nak masak air, dia dah tapis semua mikro-organisma segala. Nasiblah molekul air tu lagi kecik dari saiz mikroorganisma, kalau tak, dengan air-air sekali dia tapis.
Last week my fren ada call tanye pasal penapis air yang bagus. Saya kata kau nak yang macamana? Kalau nak yang mudah alih & murah sikit dari brand lain aku boleh tolong belikan. Kalau brand lain kau kena pegi outlet dia la.
Hmm.. pada pendapat saya, golongan yang sesuai untuk memiliki water filter yang portable ni:
- Mereka yang selalu pindah2 rumah.
- Mereka yang selalu travel.
- Mereka yang suka pergi melancong/bercuti bersama keluarga.
- Mereka yang tidak ada masa untuk buat routine maintenance pada water filter, sebab dia ada LED kelip2 yang bagi signal bila patut kita tukar katrij.
- Mereka yang mempunyai ruang dapur yang kecil sebab ia sangat comel dan tak makan space.
- Mereka yang ‘malas’ nak maintain banyak2 komponen.
- Mereka yang mempunyai simple lifestyle.
- Mereka yang ingin melakukan penjimatan.
- Mereka yg ingin keluargnya sihat, esp anak tersayang….
Now watch my amateur home-made video pasal BestWater Shaklee nih:
Actual unit in our home:
Berminat untuk tau lebih lanjut? kontek saya di sauberlina[at]gmail.com.
Leave a Reply