7 Petala Cinta Merapu

admin Avatar

Pertama kali melihat trailer filem ‘Islamik’ terbitan MIG, hati saya terdetik “Wah, revolusi filem Melayu kah?”. Terbayang di mata filem2 Indonesia seperti Ayat-Ayat Cinta dan seumpamanya.


Ternyata sangkaam saya sangat meleset dan agak kecewa dengan pembukaan filem sudah ‘dihidangkan’ dengan adegan sayang-rindu dua orang anak muda yang dalam tempoh bertunang!

Saya yakin ini adalah filem Islamik kerana ia menggambarkan kehidupan di sebuah pondok (Madrasah Qalbun Salim). Tapi terpinga2 dibuatnya bila pasangan yang baru bertunang bersayang-rindu, apalagi dating2 walaupun ditemani adik perempuan si lelaki. Belum lagi part tunang lelaki pukul2 manja si perempuan (dengan serban) dan menyarungkan serban di bahu tunang wanita.

Adab bertunang dalam Islam bukanlah ‘kunci kepada perkahwinan’, sebaliknya cuma pintu saja. Kuncinya dibuka bila selesai acara ijab dan kabul.

Adab2 dalam tempoh pertunangan harus dijaga kerana keduanya masih belum halal, samada dari segi aurat, sentuhan, mahupun perkataan. Tempoh bertunang adalah ‘under probation’ untuk mengenali bakal suamk/isteri masing2, bukan masanya meluahkan perasaan cinta, rindu, dendam dan sebagainya. Perbualan sekadar bertanya khabar, bertukar2 info, nasihat2 berfaedah. Tu je.

Saya tak kisah kalau filem ni adalah Ombak Rindu ke, 3 Temujanji ke.. Tapi 7 Petala Cinta ni kisahnya di madrasah.

Saya tak ambil tahu pun jika pembikin filem dan semua yang terlibat dah dapatkan approval Majlis Fatwa ke Pusat Islam ke, tapi bukan itu sepatutnya ditunjukkan kepada umum. Apakah hidup perempuan nak ada cinta (lelaki) saja…

Tapi saya suka dengan kisah hero lagi sorang iaitu watak Attar. Saya tidak hairan bila Attar sanggup masuk ke rumah perempuan bukan mahram dia, atau bilik perempuan tu.. Kerana sejarahnya Attar seorang ‘budak nakal’. Namun nampak Attar sedaya upaya menjaga pandangannya, perkataannya, etc. Saya sangat puji watak Attar ni.

Orangnya pun handsome, LOL.


Overall, filem ni biasa je. Kemelutnya pun tak saspen, cuma mungkin nak tonjolkan imej Islam.. Tapi tak faham sangat apa je sebenarnya nak ditonjolkan. Serabut sikit sebab banyak sangat ‘cinta’ yang nak dipamerkan. Cinta pada Allah, cinta pada Rasul, cinta pada kawan2, cinta pada tunang, cinta pada keluarga, cinta pada guru, cinta pada apa2 yang patut. Heh, cukup 7.

Itu je lah. 1/2 bintang sebab kisah menarik Attar tak dapat mengatasi kekecewaan saya dengan hubungan Cinta-Rindu antara Hamka dengan Sayidah. Takpe, boleh cuba lagi. 7 Petala Cinta 2 dengan kisah cinta dalam perkahwinan, tu kan lebih menarik.

Apa pun tahniah kepada produksi, percubaan yang bagus sebenarnya 🙂 semoga lebih banyak lagi filem Islam yang sebenar dihasilkan.

—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia, Indonesia, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).

Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.

||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||

Tagged in :

admin Avatar

8 responses to “7 Petala Cinta Merapu”

  1. masalifah Avatar

    7 petala ngok ngek

  2. eliss Avatar

    baru rasa nak tengok :p tp terus x jadi tengok :p boleh? hahahaha

  3. puanbee Avatar

    Tak tengok sebab nya satu je ..

    pelakon yang berpurdah tu , nama syima kot .. mula2 nak tengok sbb kot memang produksi ambik pelakon berpurdah , tapi tak … pelakon tu sama je dengan pelakon lain

    so kecewa disitu terus tk nak tengok ..

    1. Mommy Lyna Avatar

      agak mengecewakan kalau di luar dia betul berpudah pun 🙁

  4. knv Avatar
    knv

    ciss! baru terfikir nak tengok. harus takleh celen ayat2 cinta.

    1. Mommy Lyna Avatar

      jauh panggang dari oven gamaknya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge