5 Perkara Kurang Dalam Menyusukan Anak Sehingga 2 Tahun

admin Avatar

Ramai para ibu yang berhajat menyusukan anak dengan susu ibu sehingha usianya 2 tahun, namun tak semua yang berjaya melaluinya.

Ya, ia adalah satu perjalanan panjang yang sangat mencabar dan perlukan pengorbanan.

Mari kita lihat antara punca mengapa seorang ibu gagal menyempurnakan penyusuan hingga bayinya 2 tahun?

Kurang Ilmu

Walapun penyusuan susu ibu adalah semulajadi, namun ilmu penyusuan adalah sangat penting. Seorang ibu yang mahu menyusu dalam jangkamasa yang lama mestilah melengkapkan ilmu penyusuan, terutama asas dalam penyusuan –> susu yang ibu hasilkan adalah mengikut keperluan bayi.

Kurang Sokongan

Sokongan adalah penting untuk ibu yang menyusukan, terutama dari suami dan keluarga. Kekurangan atau ketiadaan sokongan membuatkan seseorang ibu menjadi tertekan dan menumpulkan hasratnya untuk terus menyusukan.

Kurang Rangsangan

Misalnya mengepam sekali-sekala, mula ponteng mengepam dan tidak menyusukan anak sekerap sebelumnya. Perbuatan2 ini mengurangkan rangsangan kepada payudara ibu dan boleh memberi kesan kepada penyusuan.

Kurang Keazaman

Penyusuan sehingga 2 tahun adalah lama, dan pelbagai rintangan harus ditempuhi. Ia harus diiriingi keazaman yang kuat dan usaha yang berterusan, bukan semata2 menunggu “ada rezeki” atau “tuah”. Keazaman perlu disemat untuk menyusu anak sehingga 2 tahun.

Kurang Berdoa

Jangan dilupa segala usaha kita, adalah di bawah keizinan-Nya. Jangan lupa berdoa pada Tuhan agar usaha kita diberkati dan hajat diperkenankan.

Alhamdulillah, diizinkan Tuhan untuk saya menyusukan hero2 saya hingga sekarang. Danny kini berusia 14 bulan dan Fahry hampir 4 tahun (sudah overdue untuk weaning!). Pelbagai tanggapan, tohmahan, serta cabaran, terutama sewaktu susu saya hampir kering baru2 ini.

Berkat usaha dan keizinan-Nya, kini susu badan saya kembali meriah dan mewah, alhamdulillah.


Jadi, kepada ibu2 yang mengalami hal yang sama, jangan berputus asa kerana susu badan akan ada selagi bayi menyusu masih ada. Jadi teruskan usaha dengan rangsangan berterusan dan keazaman yang kuat untuk mengembalikan susu.

Jika ibu2 ada pengalaman relaktasi, jom kongsi bersama saya di ruangan ini ^__^

||| Email : sauberlina(@)gmail.com ||| Call/SMS : 012-2811136

~ Mencegah lebih baik dari mengubat. Bak Sabda Rasulullah, perut punca segala penyakit, jadi mari pastikan kita makan makanan yang baik2, halal dan tinggi khasiat ~

insya-Allah, biidznillah

admin Avatar

9 responses to “5 Perkara Kurang Dalam Menyusukan Anak Sehingga 2 Tahun”

  1. nonie Avatar

    izinkan utk share, boleh?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      my pleasure 🙂

  2. ummu affan Avatar
    ummu affan

    apa yg dinyatakan td,saya sokong 100% n maybe tambah satu lg,kurang keyakinan,mcm saya. Saya sempat meyusukan anak sepenuhnya sehingga 1 thn 6-8 bln jer…sblm dpt tahu pregnant yg seterusnya. Saya mula berhenti menyusus akibat alahan yg agak teruk di awal pregnant… wlu bgmanapun,alhamdulillah berjaya jugak sampai ke tahap ini. semoga anak yg keempat ini,sy berjaya mencapai ssasaran utk fully bf sehingga 2 thn. Amin ya Allah

  3. Nia Avatar

    Lyna, saya tengah BF sekarang. Tapi, dah nak mula masuk kerja seminggu lagi. Rasa cuak jugak sebab cabaran masa dah kerja ni lebih. Tengah menguatkan mental jugak ni, dulu masa anak 1st memang fail. Lebih kurang 2 bulan aje sebab kurang ilmu. Insya’Allah nak kuatkan semangat untuk baby kali ni.

  4. cikgu hani Avatar

    sangat setuju tentang 5 perkara kurang tu!alhamdulillah berjaya dengan Faiz ni..rindu saat dia menyusu plak…nak share ye..tq muah!

  5. balkis Avatar

    Congrats Lina..lama x visit sini tau2 Danny dah 14mo++ ye..saya juga berazam utk full bf adik2 Dhani saya nanti smpai at lesst 2yrs dan tidak akan membiarkan keje jadi alasan sy x cukup stock ebm bila kene outstation lg..Insyaallah…

  6. mamasofea Avatar
    mamasofea

    Salam Lyna,

    Please share ur relactation technique and experience.. buat camne, berapa lama masa diambil.. etc…

    i sekarang ade prob susu x balance.. that is.. seblah kiri lg banyak dari kanan sbb my baby mmg refuse nak minum from the right breast.. cuma harapkan pump je.. and a few month back, masa kami pindah rumah.. i was so busy unpacking and settling down.. beberapa kali i terbiarkan the right breast full sbb x sempat nak pump.. makanye sekarang ni susu kat seblah kanan sangat sikit… boleh ckp 1/4 from the left…

    camne nak bagi balance balik ni?

  7. rizz Avatar

    Susu sy sdg berkurangan skrg ni..baby br 7 bulan, sedih..mungkin kene lebih berdoa..tq mommy lina for ur tips

  8. NOREHAN SAAD Avatar

    alhamdulillah saya berjaya susukan ketiga-tiga anak saya sehingga usia 2 tahun….memang itu impian saya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge