Ramai para ibu yang berhajat menyusukan anak dengan susu ibu sehingha usianya 2 tahun, namun tak semua yang berjaya melaluinya.
Ya, ia adalah satu perjalanan panjang yang sangat mencabar dan perlukan pengorbanan.
Mari kita lihat antara punca mengapa seorang ibu gagal menyempurnakan penyusuan hingga bayinya 2 tahun?
Kurang Ilmu
Walapun penyusuan susu ibu adalah semulajadi, namun ilmu penyusuan adalah sangat penting. Seorang ibu yang mahu menyusu dalam jangkamasa yang lama mestilah melengkapkan ilmu penyusuan, terutama asas dalam penyusuan –> susu yang ibu hasilkan adalah mengikut keperluan bayi.
Kurang Sokongan
Sokongan adalah penting untuk ibu yang menyusukan, terutama dari suami dan keluarga. Kekurangan atau ketiadaan sokongan membuatkan seseorang ibu menjadi tertekan dan menumpulkan hasratnya untuk terus menyusukan.
Kurang Rangsangan
Misalnya mengepam sekali-sekala, mula ponteng mengepam dan tidak menyusukan anak sekerap sebelumnya. Perbuatan2 ini mengurangkan rangsangan kepada payudara ibu dan boleh memberi kesan kepada penyusuan.
Kurang Keazaman
Penyusuan sehingga 2 tahun adalah lama, dan pelbagai rintangan harus ditempuhi. Ia harus diiriingi keazaman yang kuat dan usaha yang berterusan, bukan semata2 menunggu “ada rezeki” atau “tuah”. Keazaman perlu disemat untuk menyusu anak sehingga 2 tahun.
Kurang Berdoa
Jangan dilupa segala usaha kita, adalah di bawah keizinan-Nya. Jangan lupa berdoa pada Tuhan agar usaha kita diberkati dan hajat diperkenankan.
Alhamdulillah, diizinkan Tuhan untuk saya menyusukan hero2 saya hingga sekarang. Danny kini berusia 14 bulan dan Fahry hampir 4 tahun (sudah overdue untuk weaning!). Pelbagai tanggapan, tohmahan, serta cabaran, terutama sewaktu susu saya hampir kering baru2 ini.
Berkat usaha dan keizinan-Nya, kini susu badan saya kembali meriah dan mewah, alhamdulillah.
Jadi, kepada ibu2 yang mengalami hal yang sama, jangan berputus asa kerana susu badan akan ada selagi bayi menyusu masih ada. Jadi teruskan usaha dengan rangsangan berterusan dan keazaman yang kuat untuk mengembalikan susu.
Jika ibu2 ada pengalaman relaktasi, jom kongsi bersama saya di ruangan ini ^__^
||| Email : sauberlina(@)gmail.com ||| Call/SMS : 012-2811136
~ Mencegah lebih baik dari mengubat. Bak Sabda Rasulullah, perut punca segala penyakit, jadi mari pastikan kita makan makanan yang baik2, halal dan tinggi khasiat ~
insya-Allah, biidznillah
Leave a Reply