10 Cara Bagaimana Traveling Menjadikan Kita Insan Yang Lebih Baik

admin Avatar

Traveling bagi saya sebenarnya satu hal yang sangat merumitkan. Nak kena tinggalkan rumah, nak pack, unpack, plan, dan sebagainya. Duit pun habis. Tapi ada beberapa benda yang membuatkan saya tak boleh tinggal impian untuk travel.

IRELAND

Tengok je lah foto di atas… cantik kan? Itu di Cliff of Mohers, Ireland.

Di bawah ni foto dari Granite Island, Adelaide, Australia.

ADELAIDE

Ini pula di antara negara tercantik yang pernah saya pergi, Iceland.

EUROPE

Saya tak ambil banyak gambar, sebab saya rasa pemandangan yang terlalu cantik, sayang kalau nak dilihat dari lensa kamera. Subhanallah. Bagaimana hati tak kagum dengan ciptaan Allah. Pemandangan yang biasanya tengok di kalendar, dalam gambar… terbentang depan mata.

Bagaimana traveling boleh menjadikan kita insan yang lebih baik dari semalam?

1. Ada masalah? Travel lah.

Dulu saya cuma hidup dalam lingkungan diri saya saja. Saya selalu stress, sampai rasa macam mati lagi bagus lah. Hehe. First time ke overseas, ayah saya bawa mengerjakan umrah. Syukur alhamdulillah permulaan yang hebat untuk sebuah perjalanan merentas mukabumi.

Bila kita naik kapal terbang, pandang bawah nampak segala macam kecik-kecik je. Then you know… segala macam masalah kita yag kita tanggung selama ni cuma benda kecil saja.

2. Hidup ni tak lama

Mundar-mandir di tempat yang sama, samada boleh buat kita depress atau complacent. Depress bila kita rasa tertekan dengan siatuasi yang sama yang menekan… Complacent bila kita rasa apa yang kita ada dah macam bagus sangat. Padahal di luar sana sangat banyak cabaran yang menanti.

3. Menikmati keindahan ciptaan Allah

Kita boleh tengok dalam TV, dalam gambar,,, tapi bila berada depan mata… bunyinya, baunya… takkan dapat dirasai dengan cara lain. Hingga ke hari ini saya masih mengingati dan merindui bau Mekah tatkala kali pertama jejak kaki ke sana… sekarang dengan segala macam pembangunan di sekitar Masjidil haram, bau itu pun dah hilang.

4. Mendidik jiwa seorang hamba

Kita mungkin ada kerjaya yang bagus, ada keluarga yang hebat. Tapi bila kita travel, kita bukan siapa-siapa. Bila kita berada di tepi pantai dengan ombak menghempas batu, kita rasa diri sangat kerdil. Segala nikmat dan derita yang kita rasai, bukanlah apa-apa pun. Segala benda yang kita selalu complaint about, are completely nothing.

5. Stop worrying about things that not really matter

Bila kita travel, kita jauh dari rutin harian kita. Benda2 yang buat kita pening kepala, perkara2 yang mengganggu perasaan kita… kita tinggalkan di tanahair. Suddenly kita dapat rasakan rupa2nya benda2 tu takde lah penting sangat pun. Kita mampu untuk live in the now.

6. Memahami tentang orang lain

Kita memang ada tanggapan tersendiri terhadap dunia yang didiami oleh orang lain. Tak payah pegi jauh2, sebagai anak Kelantan yang pernah menetap di Sarawak, saya dah rasa kedua2nya. Negeri Kelantan yang sering dipandang sebelah mata, dan sikap terbuka orang Sarawak yang tak ada di sini (Semenanjung).

Bila kita travel ke sana, kita akan faham sebenarnya keadaan mereka bagaimana.

7. Jangan give up

Bayangkan kalau tengah jalan-jalan tiba2 tersesat… kalau di tempat sendiri kita never bother nak ke tempat2 yang kita tak biasa. Tapi bila kita memang dah berada di tanah asing, nak taknak kena lalui. Kami pernah sesat tanpa GPS, melalui jalan tepi bukit yang curam. Mahu give up? Nak give ke mana? Nak pusing pun tak boleh.

8. Memahami erti kehidupan yang sebenar

Rasulullah mengertikan kehidupan ini umpama sebuah perjalanan musafir, yang mana kita di dunia singgah sebentar saja. Macamana nak faham makna singgah sebentar? Bila kita travel, kita berhenti berehat atau bermalam.. apa yang kita  buat? Menyediakan bekalan untuk perjalanan seterusnya. Begitulah hidup kita.

9. Melatih jiwa lebih bersyukur

Bumi ini luas yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kita mungkin biasa makan sushi, tapi macamana kalau dapat rasa sushi yang dibuat dan dimakan di Jepun? Bagaimana kalau boleh menjejakkan kaki ke Eiffel Tower? Mungkin kita nampak macam ‘eleh menunjuk je’ tapi bila kita sendiri yang alaminya, tak ada rasa lain kecuali kesyukuran Allah sampaikan kita ke sana.

10. Melatih diri bersabar

Kita rasa travel tu macam best menarik je.. tapi sebenarnya ia adalah ujian sabar yang paling hebat. tak kiralah travel backpacking ke, sendiri-sendiri ke atau ikut travel agent. Semuanya amat menguji kesabaran. Dalam Islam pun para musafir dapat banyak pengecualian. Musafir ni bukan mudah, seksa… perit. Tapi biasalah, benda susah ni di akhirnya indah. Bak kata pepatah Arab, akar kesabaran itu pahit tapi buahnya manis.

WANAKA

Banyak lagi manfaat yang kita boleh dapat dari traveling. Orang yang biasa travel dan bergaul dengan orang-orang berlainan budaya biasanya akan lebih terbuka dan bijak bertoleransi.

Mungkin dalam keadaan sekarang kebanyakan kita agak sukar nak fikir tentang travel ke luar negara, maklumlah nak makan dalam negara sendiri pun ikat perut. Tapi tak salah simpan impian.

Dan mulakanlah dengan travel dalam negara dulu. Dalam negara sendiri pun sarat dengan pengalaman baru.

Berjalanlah di mukabumi… ada banyak permata.

Tagged in :

admin Avatar

3 responses to “10 Cara Bagaimana Traveling Menjadikan Kita Insan Yang Lebih Baik”

  1. Khadeejah Hasmad Avatar

    Betul2..

    Dulu saya ingat travel adalah saja suka suka.

    Bila sendiri keluar merasa, memang rasa lain sangat, it’s beyond suka suka.

    Travel buat kita rasa, lah, dunia ni besar. Masalah aku tu cinonet je sebenarnya.

    It’s a big world and soooo much more thing out there.

    Selama ni dok layan benda remeh rupanya diri ni…, buang masa.

    It’s not just about aku banyak masa boleh travel. It’s more than that.

    Memang priceless!

  2. myliferia Avatar

    Pengalaman hidup merantau pun memang mencabar. Mulakan hidup baru di tempat orang, jauh dari keluarga dan segalanya kene uruskan sendiri.

    Betul, minda kita lebih terbuka dan kita sendiri lihat budaya dan orang kat tempat tersebut bagaimana. Malah hampir 100% berbeza daripada yang diwar-warkan kat dalam media.

  3. KlinikMinda Avatar

    Betul. Banyak merantau ke tempat orang boleh mendidik diri kita menjadi seorang yang bersabar dan bersyukur. Kalau kita rasa tempat kita teruk tetapi dengan merantau kita boleh tengok tempat yang lebih teruk dari tempat kita. Begitu jugalah sebaliknya.

    Sedikit sebanyak merantau dan melancong ke tempat orang boleh membuka minda kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge