Satu Malaysia tersentak dengan kejadian yang menimpa arwah Dirang, yang mana kejadian berlaku semasa berada di rumahnya sendiri.
Hari ini keluar pula cerita bayi lemas di sungai semasa ibu membasuh kain, anak 2 tahun lemas di tasik semasa berkelah bersama keluarga..
Saya jadi sedih dan tersentak. Saya bukan ibu yang sempurna. Saya juga sering dihantui “Macamana kalau tiba2 anak aku lemas dalam toilet?” naudzubillah…
Kejadian 2-3 hari ni pula melibatkan anak2 dalam usia 6 tahun ke bawah… Usia anak2 saya.. Usia yang mana disifatkan oleh Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya Tarbiyatul Aulad fil Islam sebagai usia yang belum tahu apa2, belum dapat menilai baik dan buruk.
Dalam usia ini, suka atau tidak, anak2 masih dalam peringkat ‘belum boleh diharap’. Saya terkejut bila ada ibu yang meninggalkan anak yang masih bayi dalam jagaan kakak/abangnya yang berumur 4 tahun. Walaupun kakaknya tu pandai jaga adik, tak pukul2 adik… Tapi BELUM BOLEH DIHARAP untuk bertindak bila ada perkara kecemasan berlaku. Itu yanh penting. Benda kecemasan ni tak berlaku setiap hari. Tapi bila dah berlaku, tiada maaf!
Misalnya di rumah saya, bahagian dapur adalah ‘kawasan larangan’ bagi bayi. Walaupun anak saya kuat menangis, tapi saya tak pernah carry mereka semasa memasak. Dulu Bibik (masa ada bibik) ada buat macam tu tapi saya kata jangan… Diamkan dia dulu. Bagi saya dapur adalah antara tempat ‘hazardous’ dalam rumah. Ada api, pisau, minyak panas, air panas, kuali periuk panas dan sebagainya.
Danny sekarang dah pandai berjalan, selalu lah nak ke dapur. Sampai je muka pintu terus saya hantar semula ke luar (Kesnya tak ada safety gate hehe). Bila dah faham arahan baru boleh masuk dapur. Itu pun bahagian stove, no no no.
Anak2 ni nak kena selalu keep on eyes. Dalam2 duk jaga tu boleh je terhantuk, tergolek.. Itu yang depan mata kita, boleh kita kawal selagi terdaya.
Budak2 ni daya eksplorasinya tinggi. Danny kalau dibiarkan, dalam mesin basuh pun dia nak masuk. Tapi sebagai ibu bapa kita kena set boundary. Bukan nak sekat daya eksplorasi dia tu, tapi SAFETY FIRST. Macam saya, tak berkira kalau anak ambil pensel conteng dinding. Ia tak melibatkan safety (cuma nilai estetika rumahku. Oh oh)… Cuma kalau si kecil Danny yang ambil pensel, yang tu kena tengok. Berisiko tercucuk mana2.. Lagi2 bila dia berdiri-jatuh, dan abang2 yg suka melanggar.
Kalau tiada yang menjaga, masukkan saja dalam baby cot/play pen. Biarle dia nangis sekejap sementara kita selesaikan kerja, daripada kita pula menangis tak sudah..
Lagi2 bila berada di luar rumah, kalau anak tak mahu dipimpin tangan, mata jangan lepas. Bila anak bermain di taman permainan, ibu bapa atau sesiapa yang boleh diharap, haruslah ada bersama… Kalau bukan ada orang jahat nak culik, jatuh sana tersepit sini, senang kita nak bertindak.
Ada anak memang bahagia, anak ramai lagi sentosa. Malah disukai Nabi bila umatnya ramai. Namun berbalik kepada Fiqh Aulawiyat… Ada dinyatakan tentang kualiti dan kuantiti anak.
Mari kita doakan keselamatan anak2 kita walau di mana mereka berada.