Alhamdulillah kami semua sudah sembuh dari demam, cuma Abiy saja yang masih pening-pening. Disebabkan travelling tempoh hari mungkin. Mommy masih batuk-batuk dan sakit tekak (rasa macam kena toreh dengan pisau je kerongkong ni). Hafiy pun dah kembali beraksi seperti biasa. Fahry, insya-Allah Fahry sihat, masuk hari ni dah 4 hari Mommy tak tengok Fahry.
Ibu jari kaki Mommy masih berbalut (kes takut nak buka.. risau kot tersangkut di mana-mana, terobek lagi kukuku!). Pada mulanya horrible nak memikirkan pasal kuku yang patah tu, tapi mengenangkan apa yang Fahry alami, apa lah sangat setakat kuku patah je, nampak isi sikit je..
"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan maka Allah akan menimpakan musibah kepadanya." (HR Bukhari)
Semoga Allah menyediakan kebaikan berganda-ganda buat semua umat yang tertimpa musibah, Ameen.
Selama sebulan lebih berada di rumah, alhamdulillah Mommy dapat mencuri masa untuk belajar sedikit-sedikit. Belajar apa?
Insya-Allah, Mommy bakal melancarkan produk sendiri istimewa untuk para bakal ibu. Jika anda bakal ibu yang mahu dan komited untuk memberikan si manja anda yang terbaik, mungkin ini langkah pertama anda.
Seandainya anda berminat, isikan nama dan email di SINI
untuk sebarang pengumuman.
http://sususihat.com gone with the wind movie
Ada tak Mommy cakap pelangggan terawal akan dapat special offer?





{ 8 comments… read them below or add one }
wah, ape nie kak lyna? suspen lak
Uh berdebar2 pulak rasenye nak tau ape produknye ni….pandai tul lynan attract customer ye
itulah… saya pun berdebar2 nak tau nih!
tertinggal pulak…alhamdulillah sume dah kembali sihat…slmt aktif berblogging kembali(oh sory la ayat tak bagus sgt)
bagus nya..
pergh…dasat2x…
registered 2domain tuh…ntah2 lebeh…domaintool ckp ada 4 domain under same name…dasat2x…
brovo!!…keep it up.
bakal ibu sajakah??? dah jadi ibu boleh tak???
emaillah saya ye..imsintan@streamyx.com
Biar betullll..??!!! Melancarkan product sendiri????
Susu sihat adalah susu ibu…Takanlah susu ibu kottt..??!!
Hahahaha…anyway..good luck to you..we’ll support u mommy..