, , ,

Itinerary Korea: Busan, Jeju, Seoul – PART 2

admin Avatar

Day 5 – Jeju

  • Oedolgae
  • Olle Trail
  • Jeongbang Falls
  • Seongsan Ilchulbong
  • Pyoseon Beach

Pagi2 kami keluar jogging di Olle Trail sambil menyaksikan rock formation Oedolgae.

Olle Trail ni adalah walking trail di sepanjang pesisir pantai di Jeju. Trail di Oedolgae ni sebenarnya panjang, tapi kami sampai sekerat je. Maklumlah budak2 dah semput.

Trail ni ada satu cabang menuju ke pantai. Alang2 tak habis (mau 5-6 jam jugak kalau nak habiskan!) kami belok ke hutan dan lari ke pantai.

Dari pantai batu-batu ni boleh nampak Haenyo (ahjuma the divers) tengah tangkap hidupan laut kat area situ.

Dah tengahari sikit, kami drive ke Jeongbang Falls pulak. Air terjun ni cantik sangat. Airnya tu terus mengalir ke laut. Nak sampai sini kena lalu batu2 besar. Jenuh sikit bila berdukung budak, tapi sangat berbaloi.

Kat area Jeongbang ni ada Haenyo jual raw seafood. Apa lagi memang hadap! Sejak pekena kat Busan dah jadi ketagih pulak. Sedap sangat seafood ni makan mentah2.

Lepas makan2 tu kami sambung ke Seongsan Ilchulbong. On the way asal jumpa signboard muzium je berhenti…jeju ni memang penuh dengan muzium.

Dari jauh nampak orang panjat puncak Ilchulbong..hati berdetak “Mampu ke aku??” dengan sedikit keyakinan dan tawakal,akhirnnya puncak Ilchulbong berjaya kami tawan!

Seongsan Ilchulbong tu yang ni ha..

Turun dari Ilchulbong tu ada persembahan demo oleh Haenyo. Situ pun boleh nak makan seafood mentah2.

Lepas tu jalan2 area pantai dekat2 situ.

Kalau korang peminat drama Korea, sila dapatkan map lokasi penggambaran drama Korea di Jeju ni. Memang bersepah!!!

Drama ape ek shooting kat sini?

Dah petang baru balik semula ke Seogwipo.

Day 6 – Jeju

  • Jeju Mini Land (fee Adult 9,000 Won; Child 5,000 Won)
  • Sangumburi Crater (fee Adult 6,000 won; Child 3,000 won)
  • Manjanggul Cave (fee Adult 2,000 won; Child 1,000 won)
  • Bijarim Forest (fee Adult 1,500 Won; Child 800 Won)
  • Jeju Folk Village (fee Adult 10,000 Won; Child 6,000 Won)

Pengembaraan di Jeju di teruskan. Pagi2 sebelum cuaca panas, kami ke Mini Land. Mini Land ni kat tengah2 Pulau Jeju. Main attraction kat sini, miniature landmark seluruh dunia. Imagine macam kat Lego Land tu. Tapi kat sini bukan Lego lah.

Ada jugak area kartun2 macam Doraemon. Gulliver,Smurfs..

Next stop, Sangumburi Crater. Sangumburi kawah gunung berapi. Jeju ni pulau yang terbentuk dari aktiviti gunung berapi beribu2 tahun dahulu…macam Iceland.

Kat Sangumburi ni ada trail keliling kawah ni. Of course kena pusing keliling. Kawasan ni memang cantik dan hijau.

Next, dari tengok kawah dari luar, kita tengok kat dalam pula. Manjanggul Cave tak jauh pun dari sini.

Masa beli tiket tu, yang jual tu (cakap Korea) tanya takpe ke bawak budak2 ni? Kat dalam tu sejuk tau. Ye lah kami semua pakai t shirt je.

Masuk2, brrrrrrr memang sejuk! Aduhai menggigit ke tulang. Lenkali nak masuk lava tube kena bawak sweater.

On the way balik sempat singgah Bijarim Forest. Wajib datang tempat ni. Bukan hutan biasa. Ada banyak pokok terutama pokok pala yang berusia ratusan tahun.

Sebelum sampai Seogwipo, singgah di Jeju Folk Village. Bulan September diorang tutup pukul 6 petang. Masuk Oktober jadi pukul 5 pula operating hour dia.

Hari ni dah tak penat sangat. Mungkin dah get used to.

Day 7 – Jeju

  • Museum Tours
  • Jungmun Beach
  • Jusangjeolli Cliff

JeJu ada banyaaaak sangat muzium. Memang tak habis nak jelajah pun dalam sehari.

Antara muzium di Jeju yang sempat dijelajah:

  • Teddy Bear Museum
  • Ripley’s
  • Chocolate Factory
  • Museum of African Art
  • Haenyo Museum
  • O’Sulloc Tea Museum

Area Jungmun adalah kawasan resort terbesar di Korea. Ada banyak muzium kat sini, dan hotel2 mewah macam Grand Hyatt, Shilla, Lotte… Area orang kaya la sini katanya… Sempat gak kami usha dalam Shilla Hotel tu. Hehe.
Dekat sini juga letaknya Jusangjeolli Cliff. Ia adalah rock formation macam kat Giant’s Causeway di Ireland. Alah yang batu Heksagon tu macam cerita Dilwale. Tapi kat sini tokleh masuk dekat. Apa lagi nak pijak2. Tengok dari jauh je.

Malam tu pusing2 cari kedai makan tapi tak jumpa, sudahnya makan buah je.

Day 8 – Jeju

  • Jeju Downtown
  • Mysterious Road
  • Waterfalls hunting
  • Sangbansan Mountain
  • Cheonjeyeon Falls (fee Adult 2,500 won; Child 1,350 won)

Hari ni kami drive all the way ke utara. Di mana tempat kami started our journey. Sebenarnya nak pegi restoran halal kat situ. Namanya Restoran Bagdad. Sambil jalan2 di sekitar downtown. Kat sini ada Islamic Centre tapi cari tak jumpa pulak.

Lepas tu ke Mysterious Road.

Apa yang misteri sangat jalan ni?

Mysterious Road ni sebatang jalan berbukit di tengah2 Pulau Jeju. Yang misterinya, bila kita nak mendaki jalan bukit tu…matikan kereta dan free kan gear. Kereta gerak sendiri naik bukit!

Ramai yang dok test guna botol. Botol bergolek sendiri naik bukit!

Misteri kan?

Sebenarnya ia cuma ilusi optik atau trick-eye. Mata kita nampak jalan tu macam mendaki, tapi sebenarnya ia tengah menurun. 

Lepas tu acah2 waterfalls hunting. Air terjun kat Jeju ni banyak betul. Tah mana2 kami stop by je.

Then sambung ke Sangbansan. Sangbangsan ni kalau nak tengok view cantik kena mendaki sikit, sampai ke satu area bersambung dengan laut. Ada rock formation macam pancake rock kat New Zealand.

Kat kaki dia ada temple besar. Boleh jalan2 kat taman. 

Kat sebelah mountain ni ada hot spring. Satu-satunya natural carbon hot spring di Jeju.

Ending day… Cheonjeyeon Falls. Air terjun ni adalah air terjun terbesar di Jeju. Tempatnya memang besar. Ada 3 kawasan utama.

Yang first ada kolam dengan kolum heksagon. Tapi ia start dari atas. Bayangkan yang kat Jusangjeolli tu macam cerita Dilwale, yang ni kedudukannya terbalik.

Sini pun ada lagenda pari-pari tapi tokleh nak bajet pari-pari sangat, tokleh cecah kaki pun kat airnya.

Day 9 – Jeju

  • Halla San

Rasanya ni lah dia ultimatum kami di Jeju ni. Mendaki gunung tertinggi di Korea Selatan – Gunung Halla atau Hallasan.

Kami pilih Seongpanak Trail. Walaupun trail ni paling panjang, tapi trail ni paling landai dan direct ke puncak. Trail lain lebih curam dan tak sampai puncak.

Kalau nak hiking Hallasan kena start awal pagi, sebab ada timing untuk berada di puncak. Jam 2.40 kena turun dah.

Walaupun penat tapi memang syiok.
Day 10 – Jeju

  • Habiskan saki-baki
  • Downtown

Hari ni last day di Jeju… Check out hotel di Seogwipo. Kitorang jalan je singgah sana-sini tanpa tujuan.

Petang tu kami check in hotel di downtown Jeju. Kat sinilah baru dapat rasa bubur abalone (jeonbokjuk. Sedap sungguh. Nama apa kedai tu pun taktau. Kat celah2 bangunan je.

Yang recommend tempat ni ahjuma kedai makan depan hotel. Dia kata jeonbokjuk kat kedai dia ada bahan tak halal. Yang kedai buruk tu takde. Totally nasi dengan abalone je.

Lepas tu jalan2, shopping sikit (baju & seluar hiking korea, cantik2 tau!).

Malam tu rehat dan packing… Esok nak fly ke Seoul pulak.

Day 11 – Jeju to Seoul

  • Check In
  • Itaewon

Pagi lepas breakfast jalan kaki kejap area hotel…dalam jam 11 gitu gerak ke airport. Flight jam 1 petang ke Seoul by Asiana Airlines.

Sampai di Incheon, kami ambik tren dari airport ke penginapan di Myeondong. Kat Seoul ni kami beli T-Money untuk senang naik tren dan beli groceries di Seoul ni.

Walaupun baru je sampai Seoul, tapi hati dah terkenang kat Jeju. Hehehe.

Petang tu kami ambik tren ke Itaewon. Tujuan utama nak makan halal Korean food, dan solat di Masjid Itaewon.

Balik dari Itaewon konon nak naik bas, sesat pulak… Berenti kat subway station, naik tren je lah.

Day 12 – Seoul

  • Changdeokgung Palace  (biasa Adult 3,000 Won, include Secret Garden 5,000 Won; biasa Child 1,500 won, include Secret Garden 2,590 Won) hari ISNIN TUTUP
  • Gyeongbokgung (fee Adult: 3,000 won; Child 1,500 Won) – hari SELASA TUTUP
  • Changgyeonggung Palace (fee adult 1,000 won) hari ISNIN TUTUP.
  • Cheong Wa Dae 
  • Hanok Village

 Seoul tak lengkap tanpa visit ke palace2 nya. Tiga2 istana kat atas tu letaknya sebelah2 je. In fact they were in the same complex. Kalau nak visit kesemua tiga2 tu boleh beli tiket kombo 10,000 sorang.

Kitorang seharian kat area sini. Sambil2 tunggu tour nak masuk ke Secret Garden, jalan2 dulu… Solat (sampai kena halau dengan guard).

Akak pakai hanbok tu guide yang bawak kitorang beramai2 ke Secret Garden. Dalam ni bukan taman bunga ke apa… Pokok hijau je. Dan ada komplex bangunan untuk anak2 raja dan budak2 belajar kat dalam ni.

Penat tak terasa pun explore kawasan istana2 ni sebab cantik dan unik.

Cheong Wa Dae atau Blue House adalah ofis presiden. Masuk sini free entrance dan ada tour ikut time yang bawa kita visit dalam kompleks tu.

Lepas minum2 kat kafe area situ, kitorang ke Bukchon Hanok Village opposite je dengan Blue House. Bukchon Hanok Village ni kawasan perumahan tradisional kat Seoul ni.

Sebelum masuk, ambil dulu map di ticket office. Kitorang tak ambil tour, jalan sendiri je.Tapi kalau ambik tour lagi best la..dia bawa ke serata sudut yang best2.

Dah malam, balik…

Day 13 – Seoul

  • N-Seoul Tower (fee adult 10,000 won; child 8000 won)
  • Namdaemon Market
  • Dongdaemon Market
  • Gangnam

Tempat tinggal kitorang dekat sangat dengan Bukit Namsan. Jalan kaki je ke kaki bukit. Ambil lif, lepas tu naik cable car ke tower.

Ramai betul manusia beratur.

Kami tak naik pun tower ni. Duduk2 je kat atas bukit tu tengok2 orang.

Lepas tu ambil tren je Namdaemun Market. Jalan2 je tak retilah nak shopping. Dongdaemun pun.. Jalan2 then balik.

Dah dekat malam tu kitorang cari tren je Gangnam. Nak tengokla juga macamana Gangnam ni kan.. Nampak macam banyak hospital yang buat plastic surgery. 

Sebab dah malam, tak berani nak eksplore. Makan aiskrim je lepas tu balik.

Day 14 – Seoul

  • Gangnam
  • Insadong
  • Cheonggyecheon Stream
  • Myeondong

Tak puas hati dengan Gangnam, repeat lagi! Kali ni jalan kaki pulak keliling Gangnam cari area rumah orang kaya yang dikatakan (yang dok viral kat Malaysia tuuu) ada kaitan dengan Oppa Gangnam Style.

Tak pulak jumpa. Mungkin kat outskirt kot. Gangnam ni damai sikitla berbanding Seoul City Centre.

Petang tu kami balik, jalan2 Insadong. Kat sini banyak jual cenderahati dan tak seramai di Namdaemon. Jalan kaki je dari Insadong, Myeondong, siap ulang-alik. Hehe. Kat tengah2 jalan ada sungai yang jernih dan cantik, Cheonggyecheon Stream. Bestnya kalau ada sungai camni kat KL.

Day 15 – Seoul to Busan

  • Train to Busan
  • Jagalchi Market
  • Gwangbok Dong

Tiba masanya tinggalkan Seoul dan bergerak ke Busan dengan train KTX. Tak ada Zombie 😀

Perjalanan ambil masa dalam 4 jam. Sampai di Busan, kami menginap di hotel yang sama macam mula2 sampai. Letak beg, terus ke Jagalchi Market, makan lagiii.

Malam tu jalan Gwangbok Dong lagi.

Day 15 – Busan

  • Centum City

Hari last di Korea. Bajet nak shopping serba sikit. Hehe.

Kami ke Centum City, hajat nak shopping di Shinsegae Duty Free. Besor betul tempat ni. Siap sempat balik solat,datang balik.

Day 16 – balik!!!!

Yay! Selesai pengembaraan di Korea. Beg tak beranak walaupun ada shopping barang hiking. Ni memang specialty kitorang la bab travel light ni. Hehe.

Alhamdulillah dipermudakan… Walaupun dengan anak2 kecik. OKU summore tapi kita yakin dan tawakal saja, insya-Allah.

Sambung nanti tips nak travel Korea pulak.

admin Avatar

5 responses to “Itinerary Korea: Busan, Jeju, Seoul – PART 2”

  1. raihanah Avatar

    haish bila la nak sampai korea

  2. Wan Syahida Avatar

    Banyak berjalan, memanjat & hiking2.. tak sesuai kalau bawa baby ni.

    1. Lyna Noh Avatar

      Boleh je sebenarnya. Pape pun depend pada kegemaran masing2 😊

  3. Main Saham Avatar

    Istana dekat seoul tengah2 bandar.. Memang cantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge