Apakah Ukuran Kejayaan?

admin Avatar

Menjadi orang berjaya adalah impian setiap insan.

Tapi, apa ukuran kejayaan tu?

Adakah…

degree

Atau…

rumah mewah

Atau…

ceo syarikat

Adakah semua tu ukuran kejayaan? Bagaimana kalau kita tak ada semua tu?

Menurut Donald Trump, kejayaan itu adalah bila kita hidup dengan gembira. Orang yang tak ada apa2 tapi gembira dan bersyukur dengan kehidupannya, adalah orang yang berjaya, walaupun ada orang lain yang ada harta berjuta-juta tapi tak gembira.

Manakala menurut al-Quran, orang beriman yang berjaya adalah yang ada ciri-ciri berikut:-

  • Khusyuk dlm solat
  • Menjauhkan diri dr perbuatan sia2
  • Menunaikan zakat
  • Menjaga kemaluan
  • Menjaga amanah & janji

Ramai orang yang dipandang masyarakat sebagai berjaya, tapi bagi mereka sendiri, masih lagi belum mencapai kejayaan. Kerana kejayaan itu adalah satu perjalanan, bukan satu tujuan.

Berapa ramai orang yang kita ertikan sebagai ‘berjaya’ tapi mengakhiri kehidupan mereka dengan begitu dahsyat.

Jadi, apakah ukuran kejayaan yang sebenarnya?

Orang yang berjaya ialah orang yang menyedari dan ada tujuan hidup, kemudian dia menggunakan sepenuh potensi dirinya untuk memajukan diri, seterusnya menabur bakti kepada masyarakat. Itulah sebenarnya orang yang berjaya – orang yang paling banyak berbakti. Apa guna kereta besar, tapi cuma kita sorang je boleh naik. Apa guna rumah besar tapi ahli keluarga semua tak happy.

Bila semua orang memahami makna kejayaan yang tersurat dalam al-Quran, ia cukup lengkap meliputi personal victory dan public victory.

kuasai diri

Bila kita faham dan dalami ukuran sebenar kejayaan, tak adalah kita nak berasa dengki atau jaki dengan kejayaan orang lain. Ia bukan tentang apa yang kita dapat, tapi apa yang kita beri.

Tagged in :

admin Avatar

5 responses to “Apakah Ukuran Kejayaan?”

  1. kesoma.rai Avatar

    paling setuju sekali dalam bab “kejayaan bukan tentang apa yang kita dapat, tapi apa yang kita beri”

  2. wak gelas Avatar

    aminn ..,, salam jumaat yee

  3. Bas Hasan Avatar

    Kebetulan hari saya menyampaikan sedikit perkongsian kepada kumpulan perniagaan yang saya ceburi. Ukuran kejaya boleh dirungkai berdasarkan dua ukuran. Pertama, peningkatan index qualiti kehidupan seseorang. Kedua.peningkatan index keperibadian seseorang.
    Yang pertama adalah berkaitan tentang pencapaian kehidupan yang nyata seperti keupayaan material dan kebahagian hidup bersama persekitaran keluarga dan komuniti.
    Yang kedua adalah berkaitan pencapaian keperibadian yang lebih bersifat pemikiran minda, kesucian hati, sahsiah diri, keterampilan dan kepimpinan.

  4. Bas Hasan Avatar

    Kebetulan hari ini saya menyampaikan sedikit perkongsian kepada kumpulan perniagaan yang saya ceburi. Ukuran kejaya boleh dirungkai berdasarkan dua ukuran. Pertama, peningkatan index qualiti kehidupan seseorang. Kedua.peningkatan index keperibadian seseorang.
    Yang pertama adalah berkaitan tentang pencapaian kehidupan yang nyata seperti keupayaan material dan kebahagian hidup bersama persekitaran keluarga dan komuniti.
    Yang kedua adalah berkaitan pencapaian keperibadian yang lebih bersifat pemikiran minda, kesucian hati, sahsiah diri, keterampilan dan kepimpinan.

  5. irfa Avatar

    saya mahukan ketenangan fikiran 😉

Leave a Reply to wak gelas Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge