Tudung Syria Murah di Ardini Collection

admin Avatar

tudung syria farah adeeba

Cantik kan tudung Syria? Kena pula muka ala2 Arab macam Farah Adeeba tu memang kena lah.  Ramai dah bertukar style ke tudung jenis ni. Saya pun ada cuba-cuba juga tapi Abiy tak suka 🙁

Antara kawan2 saya yang mula mengorak langkah dalam bidang pembuatan dan pemasaran tudung Syria ni ialah ARDINI COLLECTION’s.

Saya dah bertemu sendiri dengan Shy dan sample tudung Syria nya.. masya Allah memang cantik dan saya rasa coraknya begitu up-to-date dan sangat comel! Saiznya standard Syria biasa tapi boleh request kalau nak labuh. (Saya nak cube pujuk Abiy dulu kalau dia kata OK, bolehla tempah Syria labuh :P)

tudung syria laila

Cantik kan?

Sesiapa yang gemar bergaya dengan tudung Syria boleh lah jalan-jalan ke blog Ardini Collection’s. Ada juga shawl tau. Berbaloi sangat sebab coraknya memang cantik!

tudung adrini

Laila Scarf printed

 tudung laila 3 layer

Laila Scarf 3 layers

tudung shawl

Shawl

admin Avatar

19 responses to “Tudung Syria Murah di Ardini Collection”

  1. mamasyaza Avatar

    semlm akak dah cuba tudung syria ni yg anak sedara akak punya, tak sesuaiamat ngan muka akak yg bulat ni, kalo bujur sirih, sah2 cantik
    .-= mamasyaza´s last blog ..Dalam FB boleh jumpa kawan lama, boleh tau macam2 cerita =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      uhuhu saya pun tak sesuai hehehe
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Kesan Pengambilan Vitamin Yang Berbeza =-.

  2. Hanim Avatar

    tudung syria ni dah jadi trend. cumanya, yang tak seronok sebab dia lebih kepada fesyen dari ikut konsep menutup aurat. Pendek. Lepas tu kpd yg berambut pjg, nampak la bonggolnya. mcm kata rasullullah s.a.w, bonggol unta khurasan… 😀

    1. Mommy Lyna Avatar

      bila refer pada ustaz, katanya maksud hadis tu merujuk kepada crown yang dipakai pada ratu2 cantik, bukan pada sanggul. sebab isteri2 Rasulullah SAW juga bersanggul. malahan wanita sebenarnya tak digalakkan berambut pendek (masa kat sekolah dulu ustazah siap buat spot check lagi, gegirls semua kena rambut melepasi bahu, huhuhu).
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Kesan Pengambilan Vitamin Yang Berbeza =-.

      1. Hanim Avatar

        mungkin sy tersilap. tp yg sy faham sejak kecil, kalau bersanggul pun, jgn smp toncet dan nmpk sgt perempuan tu berambut pjg. walau dia pakai tudung pun. sama juga mcm bertudung. kan kena melepasi dada. 😀
        .-= Hanim´s last blog ..Cubaan menulis =-.

      2. UmmuAhmads Avatar
        UmmuAhmads

        Salam, boleh mommylyna bagi rujukan, ustaz mana yang menerangkan hadis itu sedemikian…. kerana merujuk kpd penerangan tentang hadis itu dlm blog saifulislam & blog isteri ustaz zaharuddin, ia merujuk kpd sanggul rambut, lebih tepat lagi kpd trend tudung tersebut. Saya tak pernah tahu tentang trend tudung ini, kecuali selepas membaca dua artikel berkenaan, kerana saya memang tak pernah mengikuti trend tudung. Malah barulah saya tahu tentang apa yg dimaksudkan dlm hadis itu…. setelah membaca artikel berkenaannya. Secara personal saya berpendapat, ada ramai wanita berambut panjang dlm tudung, tapi org tak perlu tahu pun yang dia berambut panjang kerana boleh diikat atau disimpulkan ke bawah, hampir di belakang leher. Sekadar mendapatkan kepastian tentang pendapat ustaz yang mommylyna sebutkan di atas…:)

        1. Mommy Lyna Avatar

          ummuahmads,

          maafkan saya sebab tak dapat cari nama dia, cuma yg datang ke sini sekali sekala je. tp di sini saya kongsikan pendapat beberapa ustaz ttg hadis yang dimaksudkan (rasanya sejak keluar entry blog pasal hadis berkenaan hal sanggul ni jadi isu kan?) yg dipetik dari blog mereka.

          *bagus jugak entry ni boleh mengundang komentar :)*

          1) USTAZ ZAHARUDDIN:
          ‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

          Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

          2) USTAZ NORAMIN
          Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

          Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

          3) BULUH (KREW I LUV ISLAM DOT COM)
          Saya kira inilah hadis (di atas) yang dimaksudkan itu. Sepertimana yang telah dijelaskan oleh beberapa ahli iLuvislam dalam thread ini, maksud hadis seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga. Mereka yang tidak menutup aurat ini selalunya bersanggul tinggi untuk manarik perhatian lelaki dengan keadaan sanggul mereka itu.

          Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya dan juga tidak manafikan maksudnya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya serta keadaan sanggul tersebut yang tidak tinggi dan keterlaluan sehingga menarik perhatian lelaki.

          4) USTAZ HASRIZAL
          “Saya sudah menutup aurat!” kata seorang perempuan yang bertudung.

          Beliau terlepas pandang, tudungnya memang bertudung tetapi solekan di bibir dan kelopak matanya sangat keterlaluan, di dalam tudungnya ada bonggol sanggul yang sengaja ditolak ke atas meninggikan kepala, kakinya memakai rantai berloceng, hingga setiap inci tubuhnya menarik perhatian untuk dilihat dan direnung, biar pun beliau itu bertudung.

          5) UMMU HUSNA (ISTERI UZAR)
          Jujurnya, rambut wanita yang disifatkan oleh Junjungan Mulia itu sebagai sebesar punuk unta atau bonggol unta sedang berlaku secara meluas dan digayakan tanpa rasa bersalah. Segalanya bermula dari daya tarik inginkan kecantikan yang ada pada wanita yang mengenakan trend tersebut dalam berpakaian ketika mereka keluar bergelandangan di dalam masyarakat. Walaupun telah mengenakan tutup kepala, tetapi hakikatnya mereka masih ingin mempamerkan keindahan dengan meninggikan ikatan sanggul di kepala. Dikatakan, gaya sedemikian dapat menjadikan pemakainya kelihatan lebih seksi dan menawan.

          Lebih malang, bagi wanita yang tidak memiliki rambut panjang, mereka sanggup membeli sanggul tiruan untuk turut serta memeriahkan gaya terkini lagi ranggi itu. Tanpa sedar, dua kesalahan telah mereka lakukan. Dosa memakai rambut palsu, walaupun tersorok di sebalik tudung yang dikenakan; dan kedua, dosa bertabarruj ( berhias dan mempamer kecantikan serta keindahan pada wajah dan tubuh badan kepada yang bukan muhrim ) yang amat dilarang.

          —-
          banyak pendapat tentang hadis tersebut tapi sebagai Muslimah kita pun tahu apa yang boleh dan apa yang tidak untuk diri kita, tak perlu mencari2 alasan lagi untuk membenarkan apa yang tidak. kalau rasa sayang diri, kembali kepada asas menutup aurat tu untuk apa.

          tapi ramai yang tak tahu & mendatangkan confuse. tol tak?

          dan untuk pengetahuan semua, SHY (pemilik ARDINI) menasihatkan setiap pelanggannya untuk tidak mengenakan sanggul tinggi2.
          .-= Mommy Lyna´s last blog ..Kesan Pengambilan Vitamin Yang Berbeza =-.

          1. UmmuAhmads Avatar
            UmmuAhmads

            maaf mommylyna, kesemua petikan drp 5 pendapat di atas adalah selari dgn apa yg saya tulis dlm komen sebelum ini… dan selari dgn pendapat saya. Tetapi kesemua 5 (mungkin kecuali no 3) petikan tersebut contrary dgn jawapan mommylyna kpd komen saudari hanim diatas. Jadi saya kira, jika ini adalah jawapan kpd saudari hanim, instead of jawapan sebelum ini, maka saya bersetuju sepenuhnya…:) Sebenarnya saya sendiri kurang pasti, untuk apa fesyen sedemikian dan yang sewaktu dengannya diperkenalkan kalau bukan untuk mempamerkan kecantikan ketika keluar rumah, kerana obviously tak perlu bertudung di depan suami…hehe…

            1. Mommy Lyna Avatar

              sengaja menjawab begitu (since byk pendapat ttg ni, itu belum lg dari international scholars) supaya mengundang diskusi lanjut. kalo tak mesti “setuju, setuju” je, tol tak kak ummu? 😀
              .-= Mommy Lyna´s last blog ..Kesan Pengambilan Vitamin Yang Berbeza =-.

  3. fiza Avatar
    fiza

    ye, mommylina,
    bersanggul mmg boleh, tapi meninggikan sanggul seperti bonggol unta tanda hari kiamat..matlamat tak halalkan cara..

    1. Mommy Lyna Avatar

      mungkin kita boleh perkembangkan lagi tentang sanggul sebab sekarang ni bukan je bersanggul tapi jugak sanggul palsu yang dijual dengan pakej tudung2 ala ARabic gitu. 😀
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Kesan Pengambilan Vitamin Yang Berbeza =-.

      1. fiza Avatar
        fiza

        itulah yg dimaksudkan sy..rasa sylah, walaupun rambut seseorang wanita itu melepasi pinggang, kalau disanggulkan takkan terlalu obvious begitu..wanita yg punya ilmu juga takkan secara sengaja meninggi2kan sanggul..ada byk cara juga nak penyekkan(dh takda pkataan lain, hehe) sanggul supaya tidak terlalu menonjol..

        sokong pendapat mommylina ttg sanggul arabic tu..sanggul arab konon!!itu adalah sanggul unta ye puan2..cuma takda 2 bonggol je..

        mmg itulah sebenarnya point yg cuba disebarkan oleh para ustaz yg dibentangkan mommylina di atas..’yg menyamai bonggol unta’ – seperti mana yg disebut dlm matan hadis..
        sanggul arab ke, sanggul sendiri dok pi buat ala saloma lepas tu nak pakai tudung pulak ka..serupa sahaja..

        semoga mereka dan kita semua diberikan hidayah..

  4. kakLuna Avatar
    kakLuna

    bg akak, bersanggul tinggi samada palsu atau tak,akan menimbulkan fitnah (dah wanita tu mmg banyak sgt fitnahnya,pakaian adalah yg terbesar).

    mcm nak bgtau 1 dunia rambut aku panjang,boleh disanggul..lebih baik x payah tutup aurat sbb sdiri menggambarkan aurat tu kan..hmm bkn setakat sanggul ni..sarung lengan pun x memenuhi syarat sbb masih nampak bentuk tangan,malah ada yg jarang..*akak pakai sarung lengan ada juga ditegur sbb ketat…mana nk cari yg x ketat kecuali yg berbulu2 mcm org cina selalu pakai time drive..hmm,yg mana kita boleh jaga,jaga lah sbb itu sebaik2nya..

  5. Asiah Abd Jalil Avatar

    Sangat setuju dengan kakLuna! Aurat ni bukan setakat tutup, tapi kena rahsiakan. Tak boleh cakap kat orang rambut kita panjang ke pendek ke, lurus ke kerinting ke. Kalau dah bersanggul tinggi-tinggi, memang tujuannya nak cakap kat dunia la tu, rambut saya kat dalam tudung ni panjang tau!

    Tutup pun bukan setakat balut ketat-ketat, tapi kena tutup longgar-loggar. Macam tu juga dengan sarung lengan. Sekarang ni dah jadi trend, sengaja pakai baju T-shirt lengan pendek, lepas tu pakai sarung lengan. Sebenarnya sarung lengan tu pun tak menepati konsep tutup aurat, sebab dia melekap betul dengan lengan kita.
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Benchmark =-.

  6. jule Avatar
    jule

    salam,
    kan senang pakai bju krg/ abaya settle sume nye 🙂

    tu pun kn pastikan bju x fit lah, sbb zmn skarang ni ramai yg ske pakai fitting skit.

    kalau sarung lengan tu ade perbezaan pendapat, sy lbih yakin kpd pndpt yg mnyatakan xmengapa kalau nmpk smpi segenggam lengan (wrists)**. Islam tu mudah & x membebankan. Kalau kite yakin mengikut Quraan & Hadis, rsnye xde mslh inshaAllah. Lgpun sarung lengan tu bknnye dipakai diluar tp kan dipakai didalam (xtra)..jd dpnds la. kalau sarung lgn yg pakai utk cover lengan tshirt pndek tu mmg sah2 la xdikira sbg mnutup aurat.

    yg pnting is kita niat berpakaian mnnutup aurat utk dpt keredhaan Allah, then inshaAllah amalan kita diterima, kalau kita niat hnya utk cantik/berfesyen maka sia2 la amalan kita, so fikir2kanlah.

    * – Muntaqa min Fatawaa Shaikh Fawzaan: 454
    * – al-Imam Muhammad Naasiruddeen al-Albaanee

  7. […] copy+paste pandangan para ustaz/ustazah yang saya tulis dalam ruang komen di entry ini. komen saya […]

  8. su Avatar
    su

    kak..srhla Ardini’s Collection tu buat syria yg labuh…sy bkenan sgt nagn tdg syria tu..tp xleh pakai sbb pendek…sy nk yg labuh smpai pusatla klu bleh..

    thanks!

  9. Cesar Avatar

    As a taxi driver for 15 years, I have eteuonnercd all types of passengers (customers). My general conclusion is that Malay passengers are the best and the China Chinese passengers are the worst. This is derived from my personal experiences in the last 15 years.

  10. Saya Avatar

    Hi CC,What an awesome and insriping blog u have here! And I must say we have a few things in common i.e. we are both accounting graduates who loves fashion! But I am currently working as an accountant though, and it sucks BIG TIME!! Would really love to do what you are doing now..which is doing what you are passionate about 🙂

Leave a Reply to mamasyaza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge