Tips Workout di Rumah

Sejak saya dah resign dari syarikat yang famous tu, ada satu benda yang saya dah lama tak buat (tak pernah buat pun kot!) kini boleh saya buat dengan senang hati – bersenam! Lagi-lagi bila badan dah mula menembam ni… memang kena paksa juga diri buat. Dulu memang kurus, tapi sebab breastfeeding, T____T bila dah tak menyusu anak ni, badan makin cepat naik. Padahal dah tak makan benda merepek2 (snek in between meal). Nak tak nak terpaksalah bakar kalori.

Tapi senaman ni penting sebenarnya… cuma mungkin budaya kita kurang mengetengahkan bab bersenam ni. Sedangkan Rasulullah pun bersenam dan beraktiviti fizikal. Tambah-tambah zaman sekarang, kerja dok depan komputer, tengok gadjet…. semua tu kita kena ubah. Kena ada slot untuk bersenam. Masa saya kerja dulu ada kawan-kawan sign-up gym. Ada yang ke gym sebelum masuk office (office hour jam 8, jam 7 mereka ke gym dulu); ada yang pergi masa lunch hour; dan ada yang bila dah balik kerja. Saya memang tak terbuatlah…(alasan) pagi, uruskan anak-anak, hantar nursery; tengah hari, urusan bisnes; habis kerja nak cepat-cepat balik. Kalau tak, jem satu hal, anak di nursery kena OT pula.

Saya pernah sign-up dengan Fitness First lepas resign… tapi tak boleh commit >_< akhirnya lepas macam tu je…

So.. apa saya buat… workout di rumah ajelah. Sebenarnya workout di rumah lagi bagus dari di gym… jimat masa, jimat duit, kita enjoy… tapi satu masalahnya tak ada orang yang nak guide lah. Buat plank 15 saat dah baring, hahaha. Tapi macamanapun, senaman terbaik adalah yang kita seronok, happy dan nak buat selalu.

So, apa saya buat untuk seronok workout di rumah:

1. Beli XBOX

Masa mula-mula beli XBOX 360 (sekarang dah ada model baru kot, XBOX One, eh bukan reti sangat pun bebenda nih) ni, memang niat nak beraktiviti berpeluh dengan anak-anak. Alhamdulillah, memang guna betul. Game paling best untuk lompat-lompat dengan anak-anak adalah ‘dancing’. Boleh menari ramai-ramai, tak ada kalah-menang. Tapi memang penattt, respek dengan penari-penari, satu round pun dah mengah!

2. Video Senaman

Selain dari XBOX, saya beli vide0-video senaman… macam Zumba tu. Alah, tak betul pun takpe, nak gerak-gerakkan otot badan je. Daripada tak buat apa-apa.

3. App Senaman di iPhone

Tak kiralah iPhone ke uPhone ke… selagi boleh install apps, install lah app workout ni. Antara yang saya suka:

  • Nike Training
  • Workouts
  • Seven

Lepas tu jangan lupa ON NOTIFICATION. Kalau-kalau kita terleka dengan urusan harian, dia akan hantar pop-up suruh kita bersenam ­čśÇ

4. Pakai Activity Tracker

Yang saya guna sekarang adalah UP by Jawbone dan Vivo Fit Garmin. Dua-dua pakai sekali, (tamak!). Yang bestnya UP ni kita boleh check kualiti tidur.. dan Vivo Fit dia ada jam sekali. Dan waterproof. Tak payah buka-buka. Lagipun nampak stylo je bila pakai.

GARMIN
Stylo kan? Abaikan tangan hitam tu.

5. Alat-alat Senaman

Sekurang-kurangnya ada sepasang dumbell. Sambil-sambil layan anak, boleh layan dumbell sekali.

6. Keluar Jogging

Lama sangat dah saya tak jogging. Dulu-dulu sempat setiap hari jogging di Taman Tasik Perdana, tapi sekarang sejak anak sekolah, banyak benda nak dikejar. Jadi, saya jogging kalau travel je. Seronok juga bila tengok map kita tu ‘jogging di merata tempat di dunia’. Best kan, sebagai motivasi diri sendiri.

Dan…sebenarnya nak workout di rumah, memang tak susah pun. Kalau tak dan nak buat benda-benda di atas pun, ada banyak benda yang kita boleh bersenam secara ‘semulajadi’ di rumah.

7. Kemas Rumah

Sejam sapu lantai, 150 kalori terbakar tau! Lantai bersih, badan pun sihat.

8. Main Dengan Anak

Janganlah stress kalau ada anak-anak yang aktif suka sepahkan rumah. Main kejar-kejar dengan diorang, lepas tu kemaskan pula yang mereka sepahkan… wah dah berapa banyak kalori terbakar tu!

9. Cuci Baju

Dengan tanganlah. Saya masih juga cuci baju dengan tangan. Fuhhh, patutlah mak saya maintain kurus. Memang rasa nak tercabut urat lengan.

Harapnya entry boleh membantu surirumah dan WAHM yang pening macamana nak workout di rumah tu.. Selamat bersenam!

Comments

  1. says

    Cuci baju pakai mesin pun boleh berpeluh juga…angkat bakul penuh keluar…sidai…angkat bakul penuh ke dalam bil adah kering…fuh fuh…macam weigh training ­čśÇ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge