Tips & Trick : Borong Barang China & Mekap wif Maiza 19 Jun 2010

by Mommy Lyna on June 15, 2010 · 2 comments

*Sticky post Please Scroll down for my latest entries.Borong Barang China

Makeover by Maiza

BORONG BARANG CHINA

Kami dapati ramai yang berminat untuk memulakan perniagaan, dengan memperniagakan barang-barang yang boleh didapati dengan harga yang murah. Ramai yang mengambil barang-barang dari negara2 pengilang contohnya China, Korea, Indonesia, Vietnam dan sebagainya menggunakan orang tengah. Mungkin sebab tak tahu  bagaimana cara untuk terus mendapatkan barang tersebut dari negara-negara berkenaan, atau rasa tak mampu nak ke sana sendiri.

Hakikatnya,

  1. Anda mampu untuk pergi sendiri ke negara-negara seperti China untuk borong barang niaga dari negara berkenaan.
  2. Anda boleh pergi sendiri, sekali, dua kali.. malah berkali-kali tanpa tunggu sesiapa untuk bawa anda ke sana.
  3. Anda boleh berniaga apa saja yang anda rancang tanpa batasan.
  4. Anda boleh menjadi peniaga yang berdikari.
  5. Anda boleh menjadi supplier juga!

Best kan?

Takde idea langsung? Hm… tengok ni:

Q&A

Ramai yang tak tahu betapa mudahnya untuk borong barang jualan di China, dan peluang seumpamanya memang best, sebab barang-barang di kilang2 sana memang sangat suprise murahnya. Kalau orang yang ambil dari supplier pun boleh jual murah2, boleh imagine kan kalau kita sendiri yang ke sana? Mungkin boleh borong barang China berkontena-kontena!

Tak minat berniaga? Tak apa! Sebab kalau anda tak minat berniaga mesti anda minat shopping :) Kot la nak shopping untuk baju raya ke, baju tunang ke, baju nikah ke…

Oh tak perlu bertanda tanya lagi. Kalau anda berminat, atau ada saudara mara atau adik beradik yang sedang mencari-cari maklumat tentang kaedah boring barang jualan dari China, anda boleh datang atau bawa mereka datang ke Scriptory Box pada 19 Jun ini untuk sesi PREVIEW PERCUMA! Waktu: 4ptg-5ptg. Dan Bengkel Tip & Trik Borong Barang Dari China pada 26 Jun ini, jam 9pg-12 tghari. Harga istimewa untuk peserta Scriptory Box hanya RM100 seorang. Harga biasa adalah RM200.

Apa yang akan anda pelajari di Bengkel Borong Barang Dari China ni? Sila click gambar di bawah. (atau nama London-nya, Wholesale Master Course : Guangzhou 101)

Module

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada kay@scriptorybox.com, atau mommylyna@scriptorybox.com.

Jom kita sama-sama melancong sambil belajar meniaga!

*Sticky entry.Please scroll down for latest entries.

Makeover by Maiza

Siapa tak mahu kelihatan cantik kan? Lagi-lagi kalau cantik yet still mengikut acuan sunnah.

familyday 026

Cantik kan, Maiza? Mekap tak tebal pun, bibir tak merah pun.

Alhamdulillah, Maiza kini akan mengendalikan kelas kecantikan di Scriptory Box. Beliau kini duta Avon, model dan usahawan Muslimah yang cekal akan berkongsi tips dan trick mengenakan mekap, memakai hijab dan fesyen Muslimah.

Inilah masanya untuk belajar teknik mekap, terutama di hadapan suami, nanti suami bertambah sayang :)

15 peserta terawal mendaftar entitle untuk mendapat lucky draw. ;)

Sesi ini menggunakan mekap dari rangkaian produk Gfarrine, yang mana kata Zana (Akademi Fantasia), mekapnya memang lembut dan rasa ringan.

Selain itu, peserta juga akan mendapat:

  • Hadiah menarik untuk mereka yang mendaftar sebagai ahli.
  • Kupon istimewa bagi Wash & Vacuum kereta anda pada hari tersebut!
  • Snek dan minuman disediakan.
  • Boleh bawa anak juga!

Cepat-cepat daftar untuk Make Over bersama Maiza ni. Sambil2 boleh beramah mesra dengan beliau.

Tarikh : 19 Jun 2010

Tempat : Scriptory Box, Tingkat 1, Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong.

Masa : 2-4 petang.

Bayaran : hanya RM80 sahaja, harga khas untuk Scriptory Box.

Jumpa di sana!

{ 2 comments… read them below or add one }

aidie June 15, 2010 at 10:36 am

menarik menarik..
.-= aidie´s last blog ..mama…itu burung apa? itu burung murai…. =-.

Reply

sitisifir10 June 16, 2010 at 8:16 am

hoho…igt makover blog :P
.-= sitisifir10´s last blog ..Beri & Terima Peringatan =-.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

african mango ozoderm