admin Avatar

Semalam anak saya yang no-3, Danny bertanya tentang London. “Bila kita nak ke London lagi?”. Saya kata, kita baru je balik dari London 3 bulan lepas. Takkan nak pegi lagi.

Tapi mungkin budak 4 tahun bukan faham pun tentang London, main sebut je.

London adalah ibu negara England, sekaligus bandar terbesar di sini. Malaysia Airlines ada penerbangan terus dari KLIA ke London Heathrow dengan pesawat A380. Satu lagi yang ada direct flight adalah British Airways. Harga average paling murah untuk direct flight ni dalam RM3500-4000 macam tu untuk return.

Kalau nak murah lagi boleh ambil flight transit. Biasanya budak2 yang study di UK ambil flight Etihad, transit di Abu Dhabi. Harga average dalam RM2600 return.

Walaupun dah banyak tips pasal London dalam blog ni tapi nak juga tulis lagi 😀

MELAWAT LONDON

Tips Penginapan Bajet Di London

Kalau keluarga atau travel ramai-ramai boleh sewa aparment. Tong-tong ramai lebih menjimatkan. Satu rumah boleh dapat dalam RM550 satu malam di area Kensington. Kena rajinlah survey dan mencari. Di area outskirt lebih murahlah, of course.

Kalau hostel di kota London harganya average dalam RM180 satu malam, ke atas. Private room of course lagi mahal.

Hotel bajet di London pun bermula dari RM600 satu malam. Kalau di outskirt dalam RM300 boleh dapat.

Kalau nak try pengalaman baru boleh cuba yang free stay… guna Coachsurfing, Stay4Free ke, atau Global Freeloader. Saya belum pernah cuba lagi, dan setakat ni belum rasa keinginan hehe.

Harga-harga di atas ni kira average la ya… agak-agak tukaran Pound ke Ringgit Malaysia.

Tips Makan Bajet di London

Harga makanan di London ni widely range lah. Hehe. Kalau nak makan makanan Malaysia, sila lah ke Malaysian Hall di Bayswater. Tapi jangan terkejut lah dengan harganya. Jauh kot. Teh tarik pun 2 Pound ye… (dalam RM13). Kalau makan kebab tu boleh la bajet kenyang dalam 5 Pound or less.

Kalau makan fish & chips agak2 dalam 10 Pound macam tu.

Kalau masuk restoran, untuk seorang makan boleh lah bajet dalam 20 Pound (tapi tengok jugaklah wei, jangan masuk restoran mewah siap fine dining)

London ada banyak tempat makan halal. Kitorang biasanya menyantap di area Bayswater ataupun Edgware Road.

Tips Perjalanan Bajet di London

Silalah beli kad prepaid untuk transportation – Oyster Card, atau travel pass (kalau nak stay for 1 hari atau up tp 7 hari & mmg banyak naik public transport) – buat bacaan sikitlah ye nak compare. Oyster Card & Travel Pass ni boleh beli di train station yang bersambung dengan Heathrow Airport. Jimat banyak pakai Oyster ni, dalam 50% jugak. Boleh guna untuk naik tren dan bas. Midnight bus pengangkutan paling murah di London. Tapi kami tak suka naik bas coz asyik sesattt je.

Jangan lupa ambik tube map dan install apps untuk naik tube London. Stesen-stesen tube ni kalau bawa stroller memang haru sikit… tangga dia sikit punya tinggi. Eskalator yillek. Kalau tak sanggup mengangkut sebaiknya pakai baby carrier saja.

Teksi London sangatlah mahal. Kalau bajet, toksah le naik teksi.

Tips Melawat Keliling London

Jalan-jalan di London panjang-panjang, tapi interconnected dengan tube. Kalau nak jalan kaki, pilih lokasi mana nak pegi & mulakan dengan naik tube/bas. Bas memang bersepah-sepah. Tapi kena check route & nombor betul2.

London ada banyak muzium yang menawarkan free entrance. Best kan boleh belajar tentang sejarah London secara percuma je 😀

Jangan lupa ke Trafalgar Square, centre of London katanya.. dari sini boleh jalan kaki ke Buckingham Palace. Jangan lupa tengok upacara pertukaran guard di Buckingham Palace, jam 11.30 pagi everyday.

Enjoy London Like Locals Do

Hari Ahad adalah Market Day di London. Kalau kena ada di London hari Ahad, boleh jalan-jalan ke Candem Market ke , Portabello Market ke. Tak shopping pun takpe, boleh ambik gambar cantik-cantik.

CAMDEN MARKET

Orang London suka jalan-jalan di sekitar Sungai Thames. Alang-alang nak ke London Bridge kan… boleh naik tube stop di London Bridge Station. Aha… jangan confuse London Bridge dengan Tower Bridge. Yang selalu jadi lambang landmark tu Tower Bridge. London Bridge ni jambatan biasa je…

Tips Penting ke London

  • Power plug dia sama macam kita, 3 pin. Tapi better bawa universal adapter je.
  • London guna matawang Pound ye, jangan bawa Euro pulak.
  • Oxford Street adalah area shopping paling happening di London. Biasanya orang suka shopping di Primark. Murah-murah!
  • Kat sini kalau merasa air Evian, murahhh. Kat KL sebotol besar tu RM9, kat sana 1 Pound je.
  • Taman-taman di London ada banyak, dan ramai orang bersantai… Boleh tapau makanan & piknik ramai-ramai.

OK, selamat ke London!

admin Avatar

22 responses to “Tips Travel Ke London”

  1. efie muhamad Avatar

    Wahhh mahal betul…
    Bila la nak sampai sana ni agaknya ya…

  2. Raihanah Ahmad Avatar

    missed london, moga ada rezeki pegi lagi

  3. Mazia Avatar
    Mazia

    Hai, ada beza tak harga Oyster Pass kalau beli online atau beli di sana.

    Mana lagi okay Oyster card atau London Pass?

    T/kasih 🙂

    1. admin Avatar
      admin

      rasanya harga sama je sebab ia cuma prepaid card.

      Oyster atau Pass bergantung pd aktiviti apa nak buat kat sana. London Pass tak silap coverage dia tak luas sangat tp kalau plan nak visit attractions kat Central London je OK le kot.

  4. Saiful Avatar

    Salam, mohon laluan

    Menjemput rakan2 like page kami, mohon sebarkan kepada rakan-rakan dan saudara mara di seluruh dunia. Jasa baik sahabat semua, kami sekeluarga amat menghargai nya.

    Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK ) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    https://www.facebook.com/makananginlondon
    Instagram: makananginlondon
    Website: http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk/

  5. myliferia Avatar

    Seronok seronok serobok!

    Buleh minum air Evian sampai kembung…hehe

  6. Ahmad Avatar
    Ahmad

    Kita org mlysia kna ada visa x utk ke london?

    1. Lyna Noh Avatar

      Tak perlu Visa utk Malaysian

  7. Hazim Avatar

    Mohon berkongsi info Rumah Sewa di Aberdeen, Scotland UK. Khusus untuk orang dari negara Nusantara untuk rumah percutian, short term atau long term stay. Sewa sepenuhnya atau sewa bilik
    https://www.facebook.com/Rumah-Sewa-Aberdeen-United-Kingdom-380271628970479/ Terima kasih

  8. Saiful Avatar

    Homestay
    Makan Angin London
    SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    Instagram: makananginlondon
    Website: http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk/

  9. mohd zunaidi mohd dali Avatar
    mohd zunaidi mohd dali

    TQ for sharing sis..

    macam mana pula dgn air bnb?

    ok x sis???

    1. admin Avatar
      admin

      AirBNB sgt ok, tapi kami tak berapa gemar sbb nak kena berurusan dgn host hehe.

  10. mohd zunaidi mohd dali Avatar
    mohd zunaidi mohd dali

    and london pass perlu x?

    1. admin Avatar
      admin

      saya tak penah guna London pass

  11. abd rahman Avatar
    abd rahman

    jam berape… paling awal pengangkutan di london

    tq

  12. […] danny bertanya tentang london. “ kita nak london ?”. kata, kita je balik london 3 bulan lepas.. Tips Travel Ke London Blog cikgu askinah, Tumbuh melata pokok tebu pergi pasar membeli daging harta tak ilmu rumah tidak […]

  13. […] danny bertanya tentang london. “ kita nak london ?”. kata, kita je balik london 3 bulan lepas.. Tips Travel Ke London Tahun kelahiran ikut kalendar lunar cina (perwatakan, Ibu winda garut berkata atas nama ibu winda […]

  14. […] danny bertanya tentang london. “ kita nak london ?”. kata, kita je balik london 3 bulan lepas.. Tips Travel Ke London Wasir ambeien | terapi wasir operasi, Penyebab wasir, makanan pedas, minuman soda alkohol, jarang […]

  15. […] danny bertanya tentang london. “ kita nak london ?”. kata, kita je balik london 3 bulan lepas.. Tips Travel Ke London Begini alasan anak gugat ibu kandung rp 1,8 miliar , "kita tidak bisa melihat nilai dulu nilai […]

  16. Mark14 Avatar
    Mark14

    Hello, do you allow guest posting on mysuperkids.net ? 🙂 Please let me know on my e-mail

  17. […] danny bertanya tentang london. “ kita nak london ?”. kata, kita je balik london 3 bulan lepas.. Tips Travel Ke London Makanan sesuai ibu kucing – mykeledek, Agak susah + senang sebenarnya nak jaga kucing baka […]

  18. […] danny bertanya tentang london. “ kita nak london ?”. kata, kita je balik london 3 bulan lepas.. Tips Travel Ke London Ramalan zodiak minggu – kata ilmu, Ramalan zodiak minggu menoropong mengenai ramalan secara […]

Leave a Reply to abd rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge