,

Tips Tenangkan Hati dan Jadi Positif

admin Avatar

Tips tenangkan hati dan jadi positf ini diminta oleh salah sorang teman saya, konon katanya saya seorang yang nampak tenang dan positif saja. 🙂 terima kasih atas pujian terhadap saya yang tak seberapa ni. Tak ada lah macam tu, sesetengah perkara mungkin saya boleh bertenang, tapi ada banyak perkara yang boleh buat saya jadi gila. Tapi, mungkin sikit-sikit bolehlah. Mungkin juga saya jenis yang selamba dan tidak ambil kisah sangat dengan benda kecil-kecil.

Saya sebenarnya seorang yang sangatlah mudah stress dan selalu memikirkan tentang “apa yang orang fikir terhadap aku?”. Bertahun2 hidup dalam keadaan tertekan, rasa tak ada kawan, rasa semua orang gelakkan saya, memandang sinis dan sebagainya. Akhirnya, saya amat berterima kasih kepada seorang kawan lelaki (kini dah jadi suami saya) yang meminjamkan saya buku ini:

7 habits

Buku ini telah banyak berjasa kepada saya, memberikan saya inspirasi dan kekuatan di kala dalam keadaan ‘down’ dan stress. Sejak itu saya menjadi seorang yang positif, lebih tenang (sikitlah) dan rasional dalam berfikir serta membuat keputusan. Saya ingin berkongsi tentang tabiat pertama (Habit 1) yang saya amat sukai, dan masih membacanya hingga kini tatkala dalam keadaan hati yang tak tenang.

Habit 1 : Menjadi proaktif (be proactive). Habit ini mengatatan bahawa “Saya mempunyai kekuatan. Saya adalah ketua dalam hidup saya. Saya boleh memilih sikap saya. Saya bertanggungjawab atas kebahagiaan dan kesedihan saya. Saya adalah pemandu masa depan saya, bukan penumpang”. Ia adalah asas kepada 7 habits yang diasaskan oleh Steven Coveys. Antara lain ia mendorong sikap proaktif iaitu membuat pilihan yang tetap terhadap perasaan kita sendiri. Ini kerana setiap hari kita berhadapan dengan situasi yang ‘sentap’ dan menyakitkan hati. Tapi kita tak semestinya bereaksi terhadap benda2tersebut seperti orang lain.

Misalnya kita dah rancang nak keluar jalan-jalan, tiba-tiba hari hujan. Kita boleh bengang, marah dan rasa tertekan. Tapi kita boleh berasa ‘oh hujan pula, tak apa, boleh buat benda lain di rumah’, macam iklan chipsmore tu. Bila hujan satu keluarga bergembira sambil makan biskut. Bila ada orang yang menyakitkan hati, contohnya ada member ‘backbiting’ kita, kita boleh untuk berasa ‘sentap’, rasa down tak ingat selepas difitnah macam-macam, pergi ‘sound direct’, buat benda yang sama macam dia buat… ataupun cuma buat tak tahu saja, maafkan dia ataupun jumpa depan-depan dan berterus terang.

Begitu juga bagi bloggers sekiranya mendapat komen yang kurang ajar, kita boleh ‘sentap’, rasa down dengan komen itu, marah semula orang yang komen, ambil berat sehingga mengganggu emosi, atau cuma buat tak tahu saja, atau meraikan saja komen itu. Afterall itu cuma pendapat orang itu, boleh jadi orang tu tak kenal pun kita siapa, so apa nak kisah? Bila mengambil sikap proaktif, kita lebih berasa tenang dan lebih ada kuasa dalam mengemudi perasaan sendiri. Orang lain boleh buat kita marah, tapi nak rasa marah atau tidak itu terpulang kepada kita.

circle of control

Kita tak boleh nak mengawal semua benda yang berlaku dalam hidup. Kita tak boleh nak kawal perasaan seseorang terhadap kita. Biasa kita dengar, buat baik pun orang mengata, buat jahat lagiiiiii orang mengata. Jadi? Biarkan sajalah apa orang nak kata. Selagi kita tak berbuat perkara dosa terhadap Allah SWT, buat apa kita nak kisah keredhaan orang lain. Manusia biasanya berat sebelah terhadap golongan yang tak sama macam dia. Misalnya orang tak berduit mengata orang kaya sombong, orang kaya mengata orang miskin malas (contoh). Jadi apa masalahnya?

Satu benda yang kita boleh kawal ialah sikap kita. Itulah benda yang kita kena fokus sebenarnya.  Malah terhadap syaitan sekalipun, sekiranya kita yang memilih untuk mengikut jejak langkah mereka, ia adalah tanggungjawab kita sendiri, sebagaimana firman Allah ini:

“Allah berfirman (kepada iblis):’Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang mengikutimu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).’” ( 15:42)

Bermakna kita yang membuat pilihan dalam setiap apa yang kita jalani. Malah syaitan pun tidak akan bertanggungjawab sekiranya kita mengikuti hasutan mereka.

“syaitan berundur ke belakang sambil berkata: ‘Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangatlah berat azab seksa-Nya.’” (al-Anfal 8:48)

Jadi kenapa kita nak ikut apa yang orang fikirkan terhadap kita? Biarlah orang kata kita gila, atau jahat, atau bodoh, atau jahil (asalkan kita tahu demi Allah kita tak macam tu), siapa orang tu yang nak mengubah masa depan kita? Kecuali jika kita terikut-ikut dengan apa yang dikata-kata itu.

Kita mesti berpegang pada can-do-attitute iaitu:

  • mengambil inisiatif dan mula melakukan sesuatu
  • berfikir tentang penyelesaian dan pilihan
  • bertindak

Dan elakkan dari no-can-do-attitude:

  • menunggu sesuatu untuk berlaku kepada kita
  • berfikir tentang masalah dan halangan
  • bertindak hanya bila sesuatu berlaku

Apa kelebihannya mempunyai sikap proaktif ni?

  1. Menganjakkan paradigma. Sebelum ni kita mungkin melihat dunia dari kacamata orang lain. Misalnya orang selalu mengata kita terlalu gemuk, terlalu hodoh, terlalu lembab, tak berduit, hina, keji, caci maki dan sebagainya. Biarkan sajalah mereka tu. Yang penting kita gembira dengan apa yang kita ada dan mensyukurinya. Tak perlu nak perjelaskan kepada mereka kenapa kita jadi gemuk atau jadi hodoh atau jadi bodoh. Kita ada banyak benda nak buat selain dari melayan benda-benda macam tu.
  2. Tak mudah kecil hati. Bila orang lain buat sesuatu yang boleh buat kita ‘sentap’, atau menyebarkan fitnah terhadap kita, itu masalah mereka. Mungkin kita boleh ‘down’ sekejap. Terutama kalau yang tukang pemula dan sebar fitnah tu adalah orang2 yang kita percayai. Tapi kita tak perlu nak bereaksi keterlaluan. Biarkan saja mereka nak fikir apa pun. Setiap orang bebas berfikir. Kalau ada orang asyik memikirkan tentang sampah, itu masalah mereka, bukan masalah kita.
  3. Fikir sebelum buat sesuatu. Ada banyak benda yang kita ucapkan, kemudian menyesal kemudian hari, bukan? Itu bukan apa, sebab semasa kita nak ucap benda tu, kita tak fikir panjang, cakap ikut sedap mulut saja. Itu berlaku bila kita dah berada di luar kawalan fikiran. Bila kita kawal pemikiran kita, apa yang kita buat dan ucapkan adalah benda yang memang kita nak buat/cakap. Walaupun benda itu pahit, tapi itulah yang kita nak sampaikan.
  4. Mencari alternatif apabila sesuatu yang tak diingini berlaku. Mengeluh dan mengomel tidak mengubah apa-apa. Kita mesti bangun dan berbuat sesuatu sekiranya perancangan kita tak menjadi. Misalnya kita dah rancang nak bercuti di luar negara, alih-alih tiket penerbangan tiba2 naik harga, dan kadar tukaran wang asing tiba2 berubah, menyebabkan kita tak mampu nak menanggung perbelanjaan percutian itu. Kita boleh je nak marah2, stress, down, bengang, rasa nak bakar saja apa-apa yang berkaitan… tapi kita boleh bertenang, mencari hikmah di sebalik apa yang berlaku. Mungkin boleh menukar lokasi ke tempat percutian dalam negara, atau tangguh percutian sehingga kewangan kita dan ekonomi dunia stabil, dan sebagainya.
  5. Fokus terhadap benda yang boleh diubah, dan tidak risau pada benda yang tak boleh diubah. Harga petrol naik. Gula naik. Barang naik. Apa yang kita boleh buat untuk turunkan harga? Mungkin tak ada apa-apa yang boleh dibuat. Yang boleh kita buat ialah tukar rutin yang kita jalani hari-hari. Mungkin selama ni kita asyik minum kopi Starbucks, lepas ni boleh tukar kepada kopi Pappa Rich. Mungkin kita shopping baju baru 2 kali sebulan, lepas ni boleh cut sekali sebulan saja. Mungkin kita boleh buat kerja-kerja sampingan untuk tambah pendapatan. Merungut dan complaint tidak akan mengubah apa-apa pun..

Selain itu, petua untuk hati tenang (petua mencuci  hati) dari Dr Fadzillah Kamsah:

  1. Dirikan solat dan banyakkan berd’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
  2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
  5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
  7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok  aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan  sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
  8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
  10. Kekalkan wuduk
  11. Bersedekah
  12. Belanja orang makan.
  13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat
  14. Berkawan dengan ulama
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
  16. Pesan pada orang, jadi baik
  17. Menjaga pacaindera

Pokok pangkalnya hati yang tenang berada di dalam keadaan mengingati Allah

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenang dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenang” (13:28)

Ketenangan hati bersama Allah akan wujud apabila:

  • Kita bergantung sepenuhnya kepada Allah. Ajal maut, rezeki, keberadaan, etc.
  • Kita sedar ke mana kita akan kembali.
  • Kita tahu tak ada benda atas dunia yang boleh memberi manfaat mahupun mudarat kepada kita kecuali dengan izin Allah.
  • Kita yakin bahawa Allah akan membantu kita dalam apa jua situasi.
  • Kita melakukan jual-beli dengan Allah, dengan ‘menjual’ amal baik kita dan Allah ‘membelinya’ dengan rahmat yang tak terjangkau dek pemikiran.

Ayuh kita sama-sama tenangkan hati dan jadi positif 🙂

positif

Positif pasti membuahkan hasil! 😉

admin Avatar

22 responses to “Tips Tenangkan Hati dan Jadi Positif”

  1. yatie chomeyl Avatar

    nice entry…i like 😉

  2. izyanty collection Avatar

    suka baca en3 nie.thank;s kongsi kat sini..dah tau camna nak berfikiran positif 🙂

  3. farah Avatar

    like this entry..btul kite adalah ketua pada diri kite..mengeluh banyak2 tak guna..buatla sesuatu untuk berubah.

  4. mama faiz Avatar

    ye betull..semuanya bergantung pada kita…. dan akak setuju yang apa2 pun .at the end of the day..kene faham yang kita semua bergantung pada Allah..jadi tak boleh terlalu risau..terlalu takut menghadapi masa depan atau masa silam…dan yg demikian.hati akan tenang..kan kan..

  5. z@m Avatar

    for me…nak tenang dan positif, kita kena jadi forgiving. baru la tidur malam pun lena jek. takde stress.

  6. june Avatar

    makasih banyak2 atas perkongsian ini.. like it so very much!!!

  7. zaila Avatar

    aku xsuka baca buku motivasi sebab banyak perkataan pelik2 (bagi aku yg malas membaca ah) tapi aku suka baca ringkasan hok orang tulis macam mung buat sekarang..hahahaha..senang cerita, oyaklah gini “aku seorang pemalas baca buku tebal-tebal”;D

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      buku ni best sbb xbyk tulisan mcm buku bapak dia. sean dah ringkas kan, ayat2 ringkas, ada gambar2 & rajah2. kalo buku bapak dia aku pun malas nak baca.

  8. knv Avatar
    knv

    la tahzan.. 😀

  9. Cinta Super Avatar

    saya ada buku ini. saya beli sendiri masa zaman remaja dulu. content dia mmg clear. tapi kalau kita baca tak amalkan. same je mcm org yg tak baca. kan. hahha

  10. Mommy Of Q's Avatar

    ahhhhhh…..aku tak peduli ..minyak naik..aku pun nak naik gak ..naik hangin nih … wakakkaa

  11. azrina Avatar

    Selalu sentap cara berhemah wakakakakaka. Dengan itu dapat merangsang diri kita untuk jadi yang terbaik selalu dan memang selalu perasan kitalah terbaik (sbb nak upkan smgt). Kalau ikotkan byk nak rasa sentap tapi buat apa sesia jer, jadi baik telan B compleks byk2.

  12. zik Avatar

    postif adalah perkara yang orang mahu …. ke arah itu.. masalah orang kita zaman ini bilanya dah tak dapat menyelesaikan masalah yang terlalu…cepat berputus asa… 🙁

  13. bebed Avatar
    bebed

    thank q..munasabah diri yang memberangsangkan..thank..

  14. cik cikki Avatar

    suka baca tips ni..
    mohon copy ^_^
    saya dah copy ke blog saya dan letakan link ke sini..
    tq 🙂

  15. qaseh_nor Avatar
    qaseh_nor

    suke baca tips 2..bt sy tenang..
    tq 🙂

  16. fatini Avatar
    fatini

    salam,terima kasih diatas pkgsian,sy nak c0py bleh x?minta halal yew..nk simpan untuk lihat dilain masa..apa2 p0wn tip 2 amat mbntu sy yg sdang dlm keadaan resah gelisah..m0ga hdup anda dpermudahkan ALLAH..amin

  17. nuur atiqah izzatie Avatar
    nuur atiqah izzatie

    insya-Allah smoga ap yg ku baca ini dpt menenangkn hati dan perasaanku tatkala ini..terima kasih…

  18. […] Kesimpulannya, elakkan stress untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan slim! Tetapkan diri dengan makanan seimbang, aktviti sihat, amal ibadat yang istiqomah dan latih pemikiran yang positif. […]

  19. ana Avatar
    ana

    tq allah tq akak kerana perkongsian yg menarik,amat mudah difahami..boleh mnyerap dgn ayt2 mudah ni..moga2 dipermudahkn olehnya utk mnjadi lbh baik dr sebelum ini…

  20. Neroecha Avatar
    Neroecha

    Entah kenapa lepas baca post hati rasa tenang sangat..tqsm for the post

  21. Sarah Avatar
    Sarah

    Assalamualaikum,

    Mohon share ye. Sy pon ade masalah yg sama. Baca entry ni buat sy tersedar.

Leave a Reply to mama faiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge